Sunday, February 24, 2019

Excited Yang Berakhir Dengan Kehampaan

Dari semalam aku excited nak jumpa mama dan abah hari ni. Katanya, mama dan abah akan ikut Hakim datang rumah aku. Aku dah kemas bilik Hakim sebab biasanya, abah akan tidur dalam bilik tu sebab abah tak nak kipas. Toto pun dah ada di tempat yang senang nak diambil. Kebiasaannya, Hakim akan tidur atas toto di ruang tamu sebab dia nakkan kipas. Mama pula kali ni akan tidur atas tilam baruku. Bolehlah sembang-sembang lama sikit. Nak tahu jugak sebab kematian Pak Andah dan berita orang Kampung Tumang. 



So hari ni mendatang dengan insiden yang telah aku ceritakan dalam entri terdahulu. Aku tidur lepas makan ubat selsema. Tidur dalam kehibaan. Hati jadi lara dan sedih. Kawan call setelah membaca entri tersebut bertanyakan khabarku. 


Kemudian, telefon bimbitku berdering. Nama mama tertera di skrin. Hati rasa riang. Mungkin mereka dah gerak dari rumah angah menuju ke rumahku. Kan tadi kata lepas lunch di rumah angah, mereka akan berkunjung ke sini. Tak pun, mereka dah sampai. Pintu rumah ni tebal. Kadang-kadang tak dengar bila orang ketuk or bagi salam.Aku segera menyambut panggilan tersebut. 

“Long, mama tak jadi datang rumah along. Acik nak hantar mama balik Kelantan terus,” Aku hampa lagi. Kesedihan tidak mampu dibendung. Aku menangis lagi. Namun sempatku tahankan tangis itu ketika line masih bersambung.


“OKlah,” Jawabku ringkas sambil menahan tangis. Aku kecewa. Excited menunggu kedatangan mereka mati bersama kehampaan. 


Entahlah. Tak dapat aku gambarkan perasaanku dikala ini. Hari ini. Hatiku remuk-redam. Aku mengharap kepada sesuatu yang tak pasti. Sebab itulah, aku tak suka nak cakap dengan orang nak jumpa ke, nak apa ke, nak minta tolong ke, nak minta hantarkan ke, sebab aku sering dihampakan. Dari dulu, dari kecil lagi. Kecuali dengan arwah chek dan mummy. Jadi ianya memberi kesan dalam hidupku. Sebab tu aku jarang ingin kongsikan perasaanku, apa yang aku rasa. Sebab aku rasa semua orang takkan faham perasaanku. Semua orang akan hampakan perasaanku, harapan dan impianku. Sebab tu aku tak suka untuk nyatakan apa yang aku inginkan, bagaimana yang aku mahu. Sebab orang selalu membuatkan apa yang aku mahu tidak tercapai. 


Ya Allah, 
Gantikan semua kekecewaanku dalam keluarga ini dengan sesuatu yang membahagiakan. Yang mampu merawat semua pedih yang aku rasa sejak dulu. Sejak zaman kanak-kanakku. 

No comments: