Saturday, February 16, 2019

Luahan Rasa

Kerinduan yang menyala sejak semalam akan terus marak. 



Tuhan je tahu aku gembira saat berbalas text dengannya. 


Tapi... saat dia menyebut tentang di sana, hati terguris. Aku tahu itu bukan niatnya. Namun perasaan ini datang tanpa diundang. Aku rasa down, rasa terusik. Tapi aku tak mahu mengganggu emosinya yang baru pulih. 


Apakah aku perlu menjadi aku yang dulu? Pendamkan semua yang aku rasa meskipun ianya menyakitkan? Kadang-kadang aku luahkan padanya tapi ianya membawa kepada pergaduhan sedangkan niatku sekadar meluah rasa supaya dia faham. Aku malas bercerita pada orang lain. Tapi... aku sering disalah tafsir. 


Ya Teja, aku rasa aku harus menjadi seperti dulu. Seorang yang pemendam. Tahankan saja walaupun pedih. Sampai masa ianya tidak tertahan, maka ia pecah. Meletup. 


Sesungguhnya saat ini aku amat mendambarkannya untuk meredakan rasa ini. Tapi aku tahu, dia tak suka kalau aku suarakannya. Cukuplah dia selalu cakap aku salahkan dia, aku fikir tentang aku je. Serius, tak nak gaduh. So jalan terbaik, aku diamkan saja. Tak perlu mengharapkan pujukannya. 

No comments: