Sunday, February 17, 2019

Boleh Tak Bagi Aku Tenang Kejap?

Panggilan dari mummy sekejap tadi membuatkan aku rasa tention. Mood aku ni baru nak pulih sejak Jumaat lalu. Aku baru nak tersenyum dan ketawa. Baru nak cari makan dan baru nak beraktiviti. Abah tak tahu yang Hakim akan tinggal bersama aku. Demikian berita yang disampaikan. Mummy suruh aku cakap dengan Hakim agar beritahu abah tentang itu. Eh, boleh tak buat masa ni aku tak nak fikir masalah orang? Aku sendiripun baru nak tenang ni. Bukanlah aku ni pentingkan diri sendiri. Tapi perkara simple macam tu, takkanlah tuan punya badan sendiri tak boleh fikir? Takkanlah semua benda aku nak jadi PR dalam family ni? Penatlah. Benda-benda simple macam ni, korang fikirlah sendiri. Takkanlah aku yang jauh ni nak ambil tahu hal semua orang? Ya Allah, Apalah yang mama buat kat rumah tu? Mamalah orang yang paling tepat untuk beritahu abah apa yang berlaku, situasi anak-anak, masalah anak-anak. Dah tahu buat diam tu kenapa? Abah kan ketua keluarga. Kenapa dibelakangkan abah macam tu? Memang benda ni simple tapi sebagai adabnya... Masalah paling besar dalam keluarga ni adalah masalah komunikasi. Bila komunikasi tak bagus, macam-macamlah masalah timbul. Aku peliklah, orang yang ada suami tak nak share, tak nak cerita dengan suami apa yang berlaku. Terbaliklah. Aku ni pulak, semua benda nak cerita dengan boy friend. Entah larat entah tidak dia dengarpun aku tak tahu. Entah-entah waktu dia penat dan tak sedia nak dengar cerita aku pun dia terpaksa dengar sebelum aku merajuk or untuk jaga hati aku dan jaga hubungan. Tu yang salah cerita lain pulak jadinya. Kahwin dah berpuluh tahun dah. Dah sepatutnya jadi model kepada anak-anak yang nak kahwin or dah kahwin. Please la. Berubahlah. Hidup kita ni tak lama. Esok lusa kita semua nak balik ke sana. Sampai bila korang nak hidup dalam keadaan macam ni? Tak nak ke rasa bahagia, saling menyayangi dan menghormati? Rasa saling mencintai dan bermesra antara satu sama lain? OK, buat masa ni aku malas nak ambil tahu pasal sesiapa dan malas nak masuk campur urusan sesiapa. Nak jaga hati yang baru pulih dari ribut tropika ni! Esok lusa kalau aku ada mood, aku nasihatkan Hakim. Tapi kalau tak ada mood, pandai-pandai koranglah. Semua dah besar dan tua. Takkan tak tahu peraturan keluarga? Keluarga ni macam sebuah kapal terbang. Ada pilot, ada co-pilot, ada pramugara-pramugari dan ada penumpang. Nak mendarat kat mana, nak berlepas pukul berapa, nak transit kat mana, semuanya kena bincang dengan pilot. Cuma kapal terbang keluarga ni fleksibel tak perlu ikut menara kawalan punya arahan. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau satukanlah keluarga ni. Kau lembutkan hati semua orang dalam keluarga ni seperti mana Kau lembutkan Daud akan besi dan Kau lembutkan hati Umar Al-Khatab saat mendengar Surah Toha. Dahlah. Aku nak duduk tenang-tenang. Hati aku pun baru sembuh ni.

No comments: