Friday, February 8, 2019

Masa Yang Tak Disangka

Malam setelah aku terjaga dari tidur menahan sakit jari, seperti biasa, aku berbalas text dengannya. Dia bertanyakan tentang jariku. Aku memberitahunya sebenarnya, aku perlu ke klinik sama keesokan hari untuk mencuci luka tersebut. Tapi, aku katakana jua kepadanya yang aku telah maklumkan kepada klinik berkenaan bahawa aku tidak boleh datang semula ke klinik tersebut kerana ingin pulang ke kampung. Nurse telah mengajarku cara untuk mencuci luka. Dan aku minta dia yang mencucinya. Dia: Kalau sayang nak ke klinik dulu pun boleh je. Boleh? Tak susahkan diakah? Dengan gembira aku membalas. Aku: Boleh. Kita pergi klinik dulu. Seperti yang dijanjikan, sebelum bertolak pulang, kami singgah di klinik. Setelah beberapa lama menunggu, nurse meminta dia membawa aku ke bilik treatment. Selepas menyiapkan peralatan, Nurse mula membuka balutan jariku. Saat nurse menarik gos yang melekat pada isi luka, aku menjerit kecil dan cuba menarik tangan. Dia lantas mengusap belakangku menenangkan aku yang kesakitan. Hanya Allah je tahu bagaimana pedihnya jariku saat ditarik kain yang melekat pada luka tersebut. Aku mula menangis. Dia tenang memujukku. Terdapat kesan darah pada kain yang ditarik sebentar tadi. Nurse meneruskan kerja-kerja mencuci. Nurse: Kita nak matikan kuman. Pedih sikit ya. Kita nak titik ubat ni. Apa lagi yang boleh aku buat melainkan menganggukkan kepala tanda setuju? Dia bersiap-sedia memegang bahuku sementara sebelah lagi tangannya memegang tanganku yang sedang dirawat. Mungkin dia dapat mengagak tindakan spontanku nanti. Tatkala nurse menitiskan ubat, subhanallah, pedihnya Allah je yang tahu. Terlalu pedih. Aku tak bias menggambarkannya. Katanya, ubat tersebut seperti asid. Apabila dititis, ia berbuih-buih di atas dagingku yang masih kemerahan. Secara reflex aku menarik tanganku namun ianya terhalang dek pegangannya. Sementara tangannya sebelah lagi menepuk dan mengusap bahuku yang mula menangis kepedihan. Dengan lembut ia berkata kepadaku sekejap je sayang. Kejap lagi siap. Pedihnya bu8kan sekali seperti ubat menitis. Mungkin sewaktu ubat itu berbuih selagi tulah rasa pedihnya. Ya Allah, kenapa pedih sangat ni? Mungkin kerana bekas kuku yang dicabut. Setelah pedih beransur kurang, nurse memberitahu bahawa dia akan menitiskan iodin. Ubat kuning penyembuh luka. Aku tenang. Sangkaku, ubat kuning akan memberi kesejukan kepadaku. Sangkaanku meleset. Pun pedih jugak! Ya Allah, kenapa pedih sangat? Dia masih setia memegang tanganku yang dirawat dan mengusap belakangku menenangkan sambil bercakap lembut kepadaku agar bersabar. Kemudian, nurse kembali membalut jariku. Sepedih manapun rawatan yang ku terima ianya menjadi kenangan terindah apabila insan yang kita sayangi ada di sisi menemani serta menenangkan. Aku terharu dengan perbuatannya. Ya Allah, Izinkan aku terus bahagia di sampingnya meskipun dalam saat-saat sukar dan getir. Izinkan kami terus mencintai hingga ke JannahMu Ya Allah. Setelah Kau izinkan hatiku terbuka buatnya, pinjamkanlah dia kepadaku hingga ke alam abadi. Janganlah Kau ambil dia daripadaku seperti Kau ambil insan-insan sebelum ini. Abang, Terima kasih. Sayang bahagia bersama abang. Sayang harap, sayang juga mampu membahagiakan abang seperti abang membahagiakan sayang.

No comments: