Tuesday, February 12, 2019
Kau Buatku Terharu
Pagi semalam, seperti hari-hari sebelumnya, dia menghubungi aku. Kami berbual sepanjang perjalanan kami ke pejabat.
Aku lupa apa mulanya, yang aku ingat, dia memberitahuku yang dia tidak mahu berlama-lama begini.
Bercerita tentang hantaran, "Sayang nak berapa?" Tanyanya kepadaku.
"Entah. Abang nak bagi berapa?" Tanyaku kepadanya. Aku tahu keadaan ini tidak disukainya. Dia tak suka aku membalas pertanyaannya dengan soalan.
"Cuba sayang cakap betul-betul dengan abang, sayang nak berapa?"
"Sayang tak tahu. Asalkan abang mampu dan tak susahkan abang." Sungguh, aku tidak tahu berapa mahar yang sesuai untuk diriku. Persoalannya, mampukah aku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepadanya setimpal dengan maharnya?
Tiba-tiba suara arwah chek terngiang di telingaku.
"Chek tak kisah dengan siapapun along nak kahwin. Tapi, chek nak orang tu buat along macam orang lain." Kata chek kepadaku dengan lembut di suatu hari setelah aku bercerita kepadanya tentang siapa aku tak ingat.
"Macam orang lain tu apa maksud chek?" Tanyaku kepadanya.
"Chek tak nak orang ambil kesempatan pada cicit chek. Jangan mentang-mentang cicit chek ni tak Nampak, tak sempurna macam orang lain, buat cicit chek ni ala kadar je. Mas kahwin pun bagi murah sebab cicit chek ni tak Nampak. Dia fikir cicit chek ni tak layak diberi sama macam orang lain,"
Sampai begitu chek menjagaku. Sayang dan rindu chek.
Tapi buat masa sekarang ni, aku memang tak ada satu nilai tertentu untuk diminta dari dia. Asalkan dia mampu, ikhlas untuk memberi padaku, aku terima seadanya dan aku bersyukur.
Tapi semalam dia ada bagi tahu jumlah yang dia target untuk mas kahwinku. Orang Kelantan, biasalah, mana ada hantaran, duit hantaran tu jadi mas kahwin. Sebab tu Kelantan tak ada ketetapan mas kahwin.
Dia juga cakap kalau boleh dia tak nak tunggu sampai tahun depan. Sebab usiapun masing-masing dah meningkat. Kena fikir pasal zuriat dan sebagainya. Kalau boleh biarlah ada anak yang menemaniku saat dia tiada di sisiku.
Dan untuk ke sekian kalinya dia buat aku menangis terharu. Dia minta aku survey pakej perkahwinan atau dewan dan sebagainya untuk anggaran perbelanjaan majlis kami. Pada asalnya dia Tanya berapa dia nak bagi untuk majlis di kampung? Orang Kelantan, dah bagi mas kahwin, tak perlu lagi bagi belanja majlis. Keluarga yang akan tanggung kos majlis.
So, dia just perlu fikir tentang majlis di sini jika nak buat.
"Sayang, kenapa nangis ni? Abang salah cakap ke?" Tanyanya terkejut.
"Tak. Sayang tak pernah rasa dihargai begini. Tak pernah rasa orang betul-betul nak kat sayang sampai macam ni," Kataku dalam esak yang tertahan.
"Kan abang dah cakap banyak kali, abang nak jaga sayang. Dah, sayang jangan nangis. Abang bukan nak main-main dengan sayang," Pujuknya lembut.
Ya Allah,
Aku mohon, permudahkan urusan kami. Bahagiakan kami hingga ke Jannah. Izinkan kami terus hidup dalam saling mencintai dan merindui.
Amin...
Sayang sayang abang sebanyak bih yang memutih di lautan. Semoga kasih sayang kita tanpa tepian seperti lautan yang luas terbentang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment