Monday, March 11, 2019

Cinta Gila

Cinta ini memang gila. Masa tenang, OK, tak bergaduh rasa sayang sangat. Rindu sangat kat dia. Tapi masa bergaduh, rasa geram, rasa jauh hati dan rajuk. Rasa marah. Masa tu, cakap je apa nak cakap, tulis je apa nak tulis hingga saling menyakiti dan melukakan hati orang yang kita sayang. Memang tak fikir panjang apa akibatnya. Lepas sakitkan hati, mulalah hati rasa resah-gelisah, rindu, takut ditinggalkan, fikir kenapa dia buat kita macam ni? Kenapa dia sampai hati buat aku macam ni? Agaknya dia pun sama. Dalam-dalam duk marah dan merajuk, rindu pun datang bertandang. Lagilah hati tak keruan, fikiran tak tenang. Duk tertanya-tanya. Aku sorang je ke yang rindu kat dia? Dia rindu aku tak? Ke dia nak tinggalkan aku? Tiba-tiba, bila baik, perasaan sayang dan kasih tu membara semula. Semoga perkara yang digaduhkan tu dapat memberi pengajaran untuk tidak diulangi pada masa depan. Semoga cinta ini terus semakin erat hingga ke Jannah.

3 comments:

Anonymous said...

berfikirlah secara rasional. jauhi prasangka dan meramal apa yang akan berlaku dan sedang berlaku. selepas berusaha, yakin dan tawakal serta serahkan setiap urusan pada yang Maha merancang. semoga kebahagiaan itu dapat dikecapi dengan sebenar-benarnya.

Tun Teja said...

Awak ni siapa sebenarnya?

Tun Teja said...

Anyway, thank you atas nasihat tu