Tuesday, January 29, 2019

Rindukah Aku?

Ya Allah, Kenapa hati ini sering melayang kepadanya? Rindukah aku? Ya Allah, Andai rindu ini bisa menambahkan rinduku padaMu, maka izinkanlah hati ini sarat merinduinya. Ya Allah, Kau permudahkan cinta ini agar rindu anugerahMu ini tidak ternoda. Ya Allah, Bila rindu ini bertamu, sukar aku mentafsirkan perasaan ini. Biar sering berbual dengannya, biar sering menerima dan memberi text kepadanya, tidak mampu menghentikan rindu ini buatnya. Aku menghitung waktu, detik bertemunya petang ini. Ya Allah, Jangan Kau dera hati ini dengan rindu yang tak berkesudahan. Tiap kali rindu mendera, air mata ini senang sekali tumpah membasuh perasaan. Bagaimana harusku tahankan hati yang rindu ini? Abang, Sayang rindu abang. Sentiasa.

Monday, January 28, 2019

Aku Yang Confuse

Aku selalu membaca artikal atau luahan isteri pertama, bahawa jangan sekali-kali isteri kedua mengirim pesanan ringkas atau menghubungi sang suami tatkala giliran mereka. Begitu juga seseorang yang istimewa buat si suami tidak digalakkan menghantar sms atau call si suami ketika dia di rumah. 



Tak kurang juga aku baca luahan suami yang tidak suka diganggu ketika dia bersama isterinya atau tak suka second wife contact bila dia di rumah first wife. 


Jadi, sedari awal aku menyedari perasaan aku terhadap si dia, aku telah bersiap sedia dengan beberapa hal termasuk perkara ini. So, bila dia di rumah, aku tidak sekali-kali menghantar text terlebih dahulu apatah lagi untuk membuat panggilan. Namun, sejak dari awal perhubungan, dia meminta aku sentiasa textnya meskipun dia di rumah. Aku pelik. Mungkin, itu sekadar kata-kata untuk menjaga hatiku. Mungkin dia tidak mahu aku rasa terpinggir. Namun aku tetap dengan pendirianku, untuk tidak mengganggunya semasa dia di rumah tak kira malam atau weekend. Sebelum-sebelum ni dia ada sindir aku bila aku masih tidak melakukannya. 


Tapi hari ini... setelah aku membuatnya terkilan, dia memberitahuku bahawa sebelum-sebelum inipun ada perkara yang buat dia rasa terkilan terhadapku tapi dia diamkan saja. Aku lantas memintanya untuk berterus-terang. Rupanya, perbuatanku yang tidak menghantar text kepadanya sentiasa, terutamanya waktu malam dan hujung minggu benar-benar membuatnya terguris. Apa benar hal ini? 


Aku masih lagi memberi alasan yang sama iaitu tidak mahu mengganggunya bersama di sana, takut suasananya di sana jadi kacau dengan kehadiran textku, takut dia rimas akan aku yang sering menghubunginya. Aku terkelu tatkala dia meninggikan suaranya, menegaskan yang dia benar-benar menginginkannya dan maksudkannya. Katanya, dia ingin sentiasa menerima textku, ingin sentiasa bahagia bersamaku, ingin membuatku rasa bahagia. Jangan sibuk memberi alasan tentang yang di sana. Dia tak pernah meninggikan suaranya begini terhadapku. Apa benar textku itu bermakna baginya sampai alasan-alasanku membuatnya semakin panas dan terkilan? Benarkah sebegitu bermakna textku padanya? 


Sekarangpun ada kami text waktu malam dan weekend tapi dia yang akan memulakan. Tapi dia mahu juga menerima textku terlebih dahulu tanpa menunggu text darinya. Betulkah semua ni? 

Tiga Perkataan

Pemikiran orang perempuan ni, tak sama dengan orang lelaki. Perempuan ni, hati tisu dan lebih sensitive. Mungkin sesuatu perbuatan atau perkataan tu biasa-biasa je bagi lelaki. Tapi bagi perempuan, ianya bias menyakitkan, menggembirakan, melukakan atau membahagiakan. So kat sini ada tiga perkataan yang boleh membuatkan hati yang marah reda kemarahannya. Hati yang panas, sejuk kembali atau boleh membuatkan seseorang itu merasa dihargai dan tersenyum sepanjang hari. 1. Terima kasih/thank you: Terima kasih ni ramai jugak yang lupa nak ucap kat sesiapa yang membantu atau memberi. Tapi, ucapan ini bias membuatkan seseorang itu rasa dihargai. Ucaplah terima kasih walau dalam sekecil-kecil perkarapun. 2. Tolong/please: Kalau nak minta seseorang tu buat something, mulakanlah ayat dengan tolong atau please. Tidaklah ia merasa seperti menerima arahan. Maka seseorang itu pun akan melakukan sesuatu yang diminta dengan senang hati. 3. Maaf/sorry: Perkataan ini terlalu mahal harganya bagi sesetengah orang. Ramai orang merasakan egonya jatuh atau dia tidak perlu meminta maaf sebab dia tak salah. Memohon maaf ni bukan sekadar kita mengaku salah. Malah, memohon maaf ni bisa membuatkan hati yang marah terpujuk. Hati yang panas sejuk. Bukan bermakna seseorang memohon maaf tu dia di bawah dan hina. Tetapi dari perkataan yang ramai orang tak suka ni bisa menambahkan rasa kasih sayang orang kepada kita. Bagiku, maaf ni bukan perlu diminta kerana kita bersalah. Tetapi maaf itu sebenarnya sesuatu yang mampu memadamkan calar terhadap kasih sayang kerana berlakunya perselisihan faham atau pertengkaran. OK bye.

Sunday, January 27, 2019

Hanya Dengan Satu Text, Mood Melayang

Seperti hari-hari sebelumnya, aku menerima text dari dia. Hati yang terasa ingin menjauh, sedikit terpujuk. 



Sejak semalam aku rasa jauh darinya. Namun, memandangkan kesibukannya, ku pujuk hati sendiri. Kesian dia, dia penat. Pagi semalam, bila menerima balasan text darinya yang tak seperti selalu, aku serba-salah. Adakah aku yang salah? Sebab petang Jumaat kami keluar bersama menyebabkan dia pulang lewat. Lantas menyebabkan kepenatan yang berlarutan pada sebelah malamnya dan mungkin membawa ke pagi. Dia marahkah sehingga textnya tak semesra selalu? Ku pujuk hati, mungkin dia penat. OK, aku diam. Memang tak banyak text tapi aku faham sibuk. Dan aku pun menjalani hariku seperti biasa tanpa ada rasa marah atau rajuk.


Tapi bila pagi ni dia kata mana sempat je, sedangkan aku dah cakap aku berjauh hati, hatiku terus jauh lagi. Tak boleh ke bila aku katakan aku gerasa kita jauh, cakap jelah sorry/maaf. At least, tak adalah aku berjauh hati. Bila kata mana sempat je, so aku yang dah sedia berjauh hati terfikir, adakah aku dilayan tatkala sempat je? OK la, kalau macam tu, biarlah, tak payahlah text. Sebelum orang buat aku bila sempat je, biarlah aku sendiri memutuskan tak payah sempat. Pergi jelah kenduri dan balik kampung. Nanti kalau rasa rindu menjengah, text jelah aku kat sini. Tapi please la, jagalah tulisan tu. Jangan tambah lagi rasa jauh hatiku dan rasa terasaku ini.Tak perlu pujuk bila ada depan mata je. Dari jauh pun boleh pujuk. Bukan susah sangat nak memujuk. Nak dengan tak nak je. 

Wednesday, January 23, 2019

Pertemuan Kedua - Kronologi Pertemuan Aku Dan Dia

OK. Meh kita sambung cerita yang dah lama tertangguh ni. Hari tu aku dah cerita macam mana aku bertemunya di pejabatnya. Maka 26 Oktober, 2018 pun tiba. Rasa berdebar pun ada. Aku confuse, berdebar sebab nak sertai simulasi kecemasan ke berdebar nak jumpa dia? Ish, apalah aku ni? Nak berdebar jumpa dia buat apa? Sama je macam jumpa orang lain. Berdebar sebab simulasi kot. 24 dan 25 Oktober, tu kami sering berbalas text. Segan jugak nak jumpa depan-depan bila dah selalu balas-balas text ni. Ah, buat apa nak segan? Kawan kan? Akal pulak meningkah. Kawan? Hoi, itu bukan taraf kawan kau eh. Tu boss-boss tu. Alah, boss pun manusia biasa. Balas akal kepada hati. So malam tu, seperti yang dijanjikan, aku hadir ke simulasi tersebut. Berdebar jugak nak call dia bila Mr. Muru sampai untuk maklumkan ketibaan Mr. Muru. Segan jugak rasanya bila sentiasa duduk di meja dan dia sentiasa di meja tersebut. Yelah, mungkin dia nak meraikan kami sebagai jemputannya. Sampailah time masuk train, train accident dan selamat diselamatkan. Kami diletakkan di suatu kawasan untuk pemeriksaan. Selesai prosedur penyelamatan, dia datang membawa kami ke meja semula. Malam tu berakhir dengan dia dan seorang staffnya menghantar kami balik ke office. Jalan kaki je. Dah kenapa hati aku ni? Berdebar tak tentu pasal bila dia jalan kat sebelah aku kenapa? Mereng? Habis program jam 3.00 pagi. Aku tidur. Sebelum tidur tengok jugak handset kot-kot ada text dari dia macam pertemuan pertama hari tu? Tak ada. May be sibuk mengemas kot. Tak pun mengantuk, balik dan tidur. Paginya pun tak ada message. Dah kenapa aku ni? Duk tunggu text dia kenapa? Buang masa jelah. Mungkin dia tak berminat nak kawan aku lagi setelah melihat siapa aku sebenar sepanjang program malam tadi. OK. Lupakan dia! Tak susah nak lupakan diakan? Bukan ada apa-apa pun. Kenalan kerja. Kebetulan hari tu Sabtu yang aku bekerja. Balik rumah, kawan ikut balik. So, inilah peluangnya untuk aku lupakan dia. Handset aku campak atas katil. Siap berazam tak nak tengok whatsapp. Takut mengharapkan text dari dia. Jom kita enjoy-enjoy dengan kawan. Malamnya, terasa nak tengok phone pulak. Takut ada text penting masuk. OK, nama dia muncul. Rupanya, dia text aku sebelah petang. Katanya rasa tak best bila tak kacau aku. Dia text lagi sebelah malam bila tiada balasan dari aku. Siap panggil aku Cik Siti Wan Kembang dan bagi tahu risau sebab tiada respon dari aku. Hahahaha... Kenapa nak risau pulak? Dan, untuk malam tu dan hari-hari selepas tu kami terus berhubung melalui text. Tak sangka pulak boleh jatuh cinta. Sekarang kalau tak text, aku merajuk! Tak call pun merajuk jugak! ahahaha... Abang sabarlah layan kerenah sayang. Sayang pun akan layan kerenah abang.

Tuesday, January 22, 2019

Terima Kasih, Allah

Ya Allah,
Aku rasa sebak bila mengenangkan hari-hari yang aku lalui bersamanya. Sebak kerana terharu kesyukuran Engkau mempertemukan aku denganNya. Aku tak pernah terfikir orang yang hampir seperti aku angankan hadir dalam rialitiku. Meskipun kami dipertemukan dalam situasi sebegini, alhamdulillah, aku tenang dan gembira bersamanya. 


Ya Allah,
Aku mohon izinMu untuk kami terus bersama dalam ikatan suci hingga ke Jannah. Ya Allah, andai dia jodoh yang Engkau janjikan, izinkan aku mencintainya hingga ke nafas terakhirku. Izinkan jua cintanya kepadaku hingga ke degup akhir jantungnya. Dan, izinkan kami kembali bersatu di JannahMu kelak. 


Kekasih,
Mencintaimu adalah sesuatu yang indah.
Dicintaimu adalah sesuatu yang manis. 
Rindu yang kita rasa menyiksakan namun indah.
Aku tak mahu kehilanganmu namun aku manusia biasa. 
Lantas, aku tawakalkan cinta ini pada Yang Esa.


Kekasih,
Aku harap aku jua mampu membuatkan kau bahagia.
Aku harap, aku jua mampu mewarna-warnikan hari-hari indahmu. 
Ketauilah, aku sentiasa merinduimu dengan izinNya yang menitipkan rasa ini dalam hatiku.

Monday, January 21, 2019

Melayang Ingatanku Padanya

Dinihari ini, teringat aku padanya. Rindu ini menjemput sayu bertandang. 



Apa ada padanya sehingga ia mampu memadam ingatanku pada masa silamku? 


Apa kena denganku hingga marak cinta yang telah padam? 


Aku lantas kembali kepada pencipta. Siapa ingin berada dalam situasi ini? Tapi siapa pula mampu melawan apabila takdir mengatur kisah? 


Jelasnya, aku menyayanginya, merinduinya dan inginkan dia di sisi.  


Aku tak tahu kenapa Subuh ini deras saja tangis ini mengalir. Andainya layar ini sehelai kertas dan aku mempunyai air mata, pasti basah dan berkesan air mataku di sini. 


Atau mungkinkah kerana rindu yang kian mendesah menjadikan sayu menyengat rasa? Hari ketiga tidak bisa berbicara dengannya pasti menjemput pilu ini bertamu. Lazimnya, di pagi hari begini tidak sabar aku menanti panggilannya. Namun hari ini, seharian lagi aku harus bertahan tanpa berbicara dengannya, tanpa mendengar suaranya, tanpa mendengar dia memanggilku dengan panggilan kegemarannya, tanpa mendengar lafaz kasih sayangnya secara lisan. 


Ya Allah,
Aku redha dengan ketentuanMu andai ini yang terbaik. Jika ini harga yang harusku bayar untuk mencintainya, maka kau kuatkan hati ini untuk menempuhnya. Aku mohon Ya Allah, kuatkan ikatan ini hingga ke Jannah. Dan Kau kukuhkan cinta rindu dalam hatinya buatku walau di mana dia berada, walau siapapun di hadapannya seteguh batuan pergunungan yang Maha Indah. 


Ya Allah, 
Sampaikan salam rinduku padanya, sehingga aku menjadi kerinduannya. 

Sunday, January 20, 2019

Keep the Change

Kali pertama keluar bersamanya kami ke Coffee Bene Mid-Valley. Aku just minum chocolate blended sebab kenyang. 



Masa ni masih segan lagi dan takut-takut. Yelah. Kali pertama kan. Tak biasa lagi. Tak tahu apa yang dia suka dan tak suka.  


Wow! Ni lelaki Melayu pertama atau lebih tepat lagi yang ada hubungan istimewa denganku cakap dengan waiter ‘keep the change’. Tak kisahlah berapa pun jumlahnya hatta 50 sen pun. Selalu aku baca dalam novel je keep the change dan tengok dalam TV je. First time tengok depan mata ni. Bagus! Aku suka orang yang bersedekah. Tak kisahlah kecik atau besar jumlahnya. Sedekah tu kan mensucikan harta supaya lebih berkat. Sedekah dulu baru kaya bukan kaya baru sedekah. Selalu jugak aku dengar ayat ni dalam ceramah. Mummy pun selalu pesan kat aku supaya hari-hari bersedekah walaupun 50 sen. Aku cuba amalkan perkara ni sekalipun kepada budak penghantar delivery dan memang terasa kesannya. 


Aku harap, dia istiqamah dengan hal ni untuk kita sama-sama memberi kepada mereka yang memerlukan andainya kita ditakdirkan bersama. Dulu-dulu aku selalu berangan, aku dan suami ke rumah anak yatim untuk memberi sumbangan. Bagi dia orang makan, bagi dia orang duit raya atau apa saja yang termampu. Macam kami di asrama dulu selalu dapat jemputan yasing dan tahlil pas tu tuan rumah bagi makan, bagi duit, bagi macam-macam kat kami. Masa tulah kesedaran aku timbul untuk memberi. Best je tengok suami-isteri sama-sama mengagihkan makanan dan barang sumbangan. Kalau suami memberi, isteri di sisi menemani. Aku nak rasa semua tu. 

Wednesday, January 16, 2019

Pesan Aku Kepada Yang Kedua

Ni pesan aku sebelum aku masuk ke alam ni. Bukan setakat pesan kat korang, tapi lebih kepada pesanan buat diri sendiri. Kebanyakan pembacaan yang aku buat pun memang seperti yang aku tulis. Tapi, bila kita dah bersetuju untuk menghabiskan sepanjang hayat kita dengan seseorang bergelar suami orang jadi kita terima jelah. Dan pandai-pandailah ubat hati sendiri. Sebab hati kita bukan keutamaan. 1. Perlu ingat, hati yang pertama itu keutamaan untuk suami kita menjaganya. Tak kiralah apapun alasannya. Macam yang dah aku tulis kat atas, pandai-pandailah kita pujuk hati sendiri. Mungkin dia tak sempatpun nak pujuk hati kita sebab sibuk memujuk yang di sana. 2. Bersedialah untuk suami kita melebihkan yang pertama. Namapun kita menumpang kasih orang, so inilah harga yang perlu kita bayar. 3. Bersedialah untuk suami kita tiada bersama kita hatta sewaktu menyambut hari-hari penting. Mungkin untuk menjaga hati yang pertama, suami kita akan utamakan mereka untuk meraikan hari-hari kebesaran bersama mereka. Kalau aku, aku akan buka aircon kuat-kuat dan bungkus badan dengan comforter supaya dapat tidur sepanjang hari dan malam jadi, aku dapat lenyapkan kesedihan aku. Macam sebelum-sebelum ni, inilah yang akan aku lakukan kalau aku dilanda perasaan sedih disebabkan sesuatu perhubungan. Sebab sedih perasaan ni lain macam. Hanya Allah yang tahu bisanya. 4. Bersedialah untuk suami kita tiada bersama kita dalam menyambut hari penting kita seperti hari lahir hatta hari ulang tahun perkahwinan sekalipun. Again, mungkin pada hari-hari tersebut kena pada giliran yang pertama atau kalau bukan giliran pun, dia terpaksa pergi ke sana disebabkan sesuatu demi menjaga hati yang sana. 5. Bersedialah untuk menyaksikan yang pertama akan dilebihkan dalam segala hal tak kira kasih sayang, perhatian, wang ringgit, masa dan sebagainya. Tak kiralah dengan alas an untuk menjaga hati atau apa sekalipun. Untuk itu, menjadi yang kedua ni, kena pandai berdikari. Banyak benda kita kena buat sendiri. 6. Bersedialah untuk panggil ambulans atau pergi ke hospital/klinik sendiri walaupun di malam hari ketika suami tiada bersama kita sekalipun untuk melahirkan anaknya. Janganlah mengada-ngada nak call dia bila dia bersama yang pertama nak manja-manja minta dihantar ke hospital/klinik walaupun dalam kecemasan. Urus jelah sendiri. Kalau tak nanti jadi gaduh. Kalau kita tak gaduhpun, orang lain bergaduh sebab kita. Habis tu, yang kedua ni tak ada hati dan perasaan ke? Kalau kita dapat suami yang faham dan bertimbang-rasa, dia pasti tahu cara memujuk kita. Tapi kalau tak, kita tersinggung lepas tu pujuklah hati sendiri. Tapi kalau kerap sangat keadaan ni berlaku lepas tu tak ada usaha memujuk atau reward atas segala kesedihan dan terasa hati yang kita pendam, lama-lama kasih kitapun boleh jadi pudar. Kalau suami kita betul-betul sayang dan perlukan kita, pasti dia takkan benarkan hal ini berlarutan. Yelah, hati yang kecewa kalau tak diubati pasti akan menjadi jauh. Akhirnya, kasih yang membara pada awal perkahwinan boleh mati begitu saja. Bila kasih telah mati, rumahtangga akan menjadi hambar.

Jika Ini TakdirNya

Aku tak tahu apa yang aku rasa dikala ini. Rasa syukur, sebak dan terharu bersatu. Ya Allah, jika sebelum ini aku mengharapkan seseorang yang datang padaku orang yang tidak membahagikan kasihnya, tapi kini aku redha dengan ketentuanMu jika dia jodohku. Aku redha seandainya aku ditakdirkan bukan yang pertama dalam hidupnya. Cuma aku mohon Ya Allah agar kasih sayang, cinta dan rindunya dapat aku rasakan hingga nadiku berhenti berdenyut. Aku pasti, ramai para isteri di luar sana mengecamku. Tapi ketahuilah kalian, bukan semua yang kedua itu jahat yang datang dengan tujuan merampas segala-galanya. Atau berniat memisahkan sang suami dengan isteri terdahulu. Aku yang sering menolak takdir itu akhirnya tewas apabila kalam Allah melakar rencana. Aku tidak tahu apa ini benar jodohku, tapi jika benar Ya Allah, aku mohon Kau bahagiakan hidup kami hingga ke Jannah. Aku tak akan menjadi tuan, merampas apa yang hak orang lain. Cukuplah sekadar hakku dipenuhi dan aku serahkan segalanya padaMu. Kini aku faham akan takdir. Takdir itu ketentuan Allah, bukan mengikut apa yang kita mahu. Semalam, dia meminta aku untuk sama-sama mencari tahu tentang poligami. Namun, tidak banyak info yang kedapatan tentang proses serta syarat poligami. Petangnya, dia memaklumkan bahawa dia akan ke Jabatan Agama Islam dan Mahkamah syariah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang proses poligami. Dan hari ini, dia benar-benar mengotakan katanya. Dia telahpun ke Jabatan Agama Islam dan seterusnya ke Mahkamah Syariah untuk maklumat lengkap. Aku tak pernah rasa seorang lelaki benar-benar ingin bersamaku. Aku tak pernah merasai usaha lelaki untuk merialisasikan impian bersama begini. Jika ini takdirMu Ya Allah, aku mohon agar kami sentiasa hidup dalam berkasih sayang serta cinta rindu membara hingga ke nafas terakhir kami. Amin...

Tuesday, January 15, 2019

Bila Nak Balik Kampung?

Sudah beberapa kali dia bertanyakan padaku bila boleh ke kampung bertemu familyku? Kali pertama pertanyaan itu meluncur dari bibirnya, aku sangkakan sekadar usikan. Atau sekadar untuk mengujiku. Aku rasa bukan itu yang dimaksudkan. Aku tak yakin dia ingin melakukannya. Beberapa kali selepas itu dia mengulangi soalan sama. Seriuskah dia? Lalu aku zahirkan soalan itu di bibirku. Katanya serius. Hati terkejut walaupun aku tenang menghadapnya. Bagaimana harusku beritahu keluarga? Tidak susah untuk memberitahu mereka yang aku akan pulang membawa teman. Namun, sukar bagiku untuk memaklumkan akan status teman itu. Sudahnya, persoalan si dia aku biarkan berlalu dengan jawapan nantilah. Atau selesaikan di belah sana dulu. Suatu hari, lewat panggilannya, dia memaklumkan padaku, dia harus bertemu dengan keluargaku dahulu. Tidak perlu mengikut plan asalnya. Otak berputar laju. Bagaimana harusku katakana kepada keluarga? Katanya, dia seirus dan aku punya ibu bapa. Jadi, dia harus bertemu dengan ibu bapaku untuk memaklumkan duduk perkara sebenar dan melihat reaksi keluargaku. Saat bertemu, dia mencadangkan tarikh, 26 Januari. Tapi belum confirm. Aku berdebar tapi setelah mendengar tidak confirm, aku sedikit lega. So, tak payah fikir apa harus diberitahu. Namun, aku mula bercerita pada mummy. Alhamdulillah, penerimaan mummy positif. Dia maklumkan yang tarikh ditunda kepada minggu hadapannya dan confirm. Dadaku sesak. Bagaimana harus aku nyatakan kepada keluargaku? Ah, sukarnya detik ini! Bagaimana kalau mereka memarahiku? Bagaimana kalau mereka menolak pertemuan tersebut? Aku tak sanggup melihat dia kecewa atau tidak dilayan dengan baik. Aku gusar. Tapi aku sedar, aku harus selesaikan hal ini secepat mungkin. Biar segalanya terjawab. Aku tak mahu hidup dalam teka-teki. Aku tidak mahu bermain dengan persepsi sendiri.

Monday, January 14, 2019

Tak Ingin Cinta Ini Berlalu

Ya Allah, 


Aku tak ingin cinta ini berlalu,
Aku tak ingin rindu ini padam,
Aku tak ingin kasih ini pudar,
Aku tak ingin sayang ini mati,
Aku tak ingin indah ini lenyap,
Aku tak ingin waktu ini pergi.


Ya Allah, 

Aku tawakalkan cinta ini padaMu,
Padamu pemilik cinta teragung,
PadaMu pencipta cinta suci,
Padamu pemberi cinta. 


Ya Allah, 

Aku tak bisa membaca hatinya, 
Aku tak tahu isi nuraninya, 
Apa benar cintanya buatku? 
Hanya Engkau Maha Mengetahui. 

Ya Allah, 
Andai benar hatinya padaku, 
Tulus kasihnya buatku,
Kau permudahkan segalanya, 
Kau bahagiakan kami hingga ke Jannah,
Meski jutaan dugaan menguji. 

Ya Allah, 
Sampaikan salam rinduku padanya,
Sehingga aku menjadi kerinduannya.

Saturday, January 12, 2019

Kesilapan Yang Aku Saksikan Dari Kecil

Hidup berumahtangga banyak ranjau durinya. Meskipun aku belum lagi diizinkan untuk melalui saat-saat itu, berdasarkan pemerhatianku, banyak perkara yang aku belajar.   



Kawan-kawan sering menganggap aku datang dari keluarga yang bahagia. Apakah dengan mendapat apa yang aku inginkan serta bercuti bersama maknanya bahagia? Tidak bagiku. Bukan aku tidak bersyukur, tapi itu rialitinya. Ku coretkan kisah ini di sini buat kita semua jadikan pengajaran. Bukan untuk membuka aib sesiapa cuma sekadar meluah rasa yang sekian lama aku pendamkan.  


Para isteri, ingatlah bahawa suami yang kita sangka seorang lelaki yang gagah dan kental sebenarnya mempunyai jiwa yang halus. Sentiasa perlukan belaian, perhatian dan kasih sayang.  


Sejak kecil, aku tak pernah lihat mama dan abah bermanja-manja macam dalam filem Melayu. Sehingga pernah aku terfikir mungkin, apa yang aku tonton di TV atau layar perak itu hanya suatu khayalan yang tiada di alam rialiti. Mama juga tak pernah bercakap manja dan lembut dengan abah. Kalau tak bergaduh, lembutlah, tapi bukan lembut yang manja.  


Mama jugak ada baiknya. Mama buatkan sarapan, makan tengahari, makan malam, minum petang dan malam. Di mana kesemua hidangan dimasaknya sendiri setiap kali menjelang waktu makan. Jarang kami makan lauk berulang atau yang disimpan. Kecuali kalau terbanyak. Itupun mesti ada tambahan lauk baru. Minum malam dan petang tu masa aku kecil, mama buatlah kuih tapi mama kan kerja. Selalunya belilah kuih untuk minum petang dan malam tu. 


Satu lagi, gosok baju. Mama yang gosok baju abah untuk seminggu. Baju dan seluar. Tak pernah dihantar ke dobi. 


Apa yang kurang adalah kasih sayang. Keluarga ni bukan keluarga yang menunjukkan kasih sayang. Masing-masing ego untuk mempamerkan kasih sayang. Sedangkan aku dan angah telah terbiasa ditunjukkan kasih sayang oleh mummy dan chek. Kami nakkan semua tu. Dan kami juga ingin memberi kasih sayang. Menzahirkan kasih sayang kami tapi tak bisa. 


Aku selalu dengar mama marah-marah dan membebel kalau abah mengadu sesuatu. Sampai aku rasa tak faham, perlukah abah dimarahi begitu? Kalau betulpun dia salah, cakaplah baik-baik. Tegurlah elok-elok macam chek tegur ayah. Kadang-kadang aku rasa apa yang abah buat untuk kebaikan tapi tidak mendapat sokongan baik mama. Kenapa jadi macam ni? 


Dan... Abah mula merahsiakan segala-galanya dari mama walaupun hal yang baik. Contohnya, masa abah bertugas di Johor dulu, abah berkongsi niaga dengan kawan-kawannya membuka kedai makan. Masa tu hidup kami rasa lebih dari biasa. Banyak benda yang kami nak, abah bagi. Tapi, bila mama tahu abah berniaga, mama marah. Mama takut abah kena tipu dan sebagainya. Kenapa mesti marah? Bukankah sokongan dan kata-kata semangat seorang isteri itu penguat semangat suami? Andai kata abah gagal, mama jugalah sepatutnya mendamaikan hati abah. Bagi abah semangat dengan kata-kata lembut penuh kasih sayang agar abah bangkit semula. Kan indah kalau hidup berkasih-sayang?  


Dan, aku dan angah mula mencari cinta dan perhatian. Lebih-lebih lagi bila arwah chek dah tak ada. Orang ada yang cakap, bila aku kecewa dalam bercinta, aku sedih yang amat. Dia orang kata aku buat perkara bukan-bukan. Tidak sebenarnya. Tapi aku rasa hampa. Rasa kecewa yang amat. Niat hati nakkan cinta sebagai ganti perhatian dan kasih sayang yang kurang sedari kecil. Tiba-tiba gagal, mestilah kecewa. Orang tak tahu apa yang kami alami. So, orang buat persepsi sendiri.  


Pada aku, cinta dan kasih sayang tu penting. Dan aku menginginkannya. Bila aku menginginkannya, aku perlu memberi dan menghargai. Seandainya aku diberi insya-Allah, aku cuba yang terbaik untuk membalasnya. Aku seorang yang manja, yang perlukan perhatian serta belaian. Tapi aku faham, cinta tidak akan kita peroleh percuma tanpa membajanya. Tapi jangan sampai melanggar batas.

Friday, January 11, 2019

Rasa Ini

Ya Allah, Kenapa hati ni Ya Allah? Aku rasa sayang sangat pada dia. Tapi Ya Allah, jagalah hati ini agar sayangku padanya tidak melebihi sayangku padaMu. Aku tak mahu lagi seperti dulu. Tak mahu melupakanmu saat hati dilanda cinta asmara hingga menjejaskan hubunganku denganmu dalam solat meskipun aku tidak meninggalkannya. Izinkan kali ini Ya Allah, aku mencintainya dengan tuntunanMu. Ya Allah, Ku mohon jua agar rasa yang sama Kau tanamkan dalam hatinya. Andainya rasa di hatinya terhadapku lebih dari yang ku rasa, tanamkan jua rasa itu dalam hatiku. Izinkanlah kami untuk hidup dalam hangat asmara ini dengan restuMu hingga ke akhir hayat kami. Ya Allah, Akhirnya aku mohon, Satukan hati kami, Tautkan cinta kami , Pahatkan rindu kami, Utuhkan kasih kami, Padukan saying kami, Berpanjangan hingga ke JannahMu. Amin...

Wednesday, January 9, 2019

Kau Jangan Jawab!

Peristiwa ni berlaku sewaktu aku masih kanak-kanak. Tak ingat masa tu kami umur berapa. Masa umur antara 4-7 tahun, aku dibesarkan dan diasuh oleh Arwah moyang suami-isteri dan mummy. Jadi, kenangan zaman kanak-kanak yang aku ingat kebanyakannya berkisar kepada kenangan bersama mereka. Dan tahun lepas, aku hadir satu program kekeluargaan bersama Lembaga Pembangunan Penduduk Dan Keluarga Negara (LPPKN). Dah alang-alang jadi emcee dua hari berturut-turut, so dengar jelah ceramah. Kata sorang penceramah, kanak-kanak akan ingat peristiwa yang berlaku sewaktu ia berusia empat tahun dengan jelas dan ianya memberi kesan mendalam kepada kanak-kanak tersebut. So aku faham kenapa kenangan semasa tinggal bersama nenek moyang yang banyak aku ingat hingga kini. Macam yang pernah aku tulis, aku bersekolah jauh. Masa cuti semestinya aku ingin menghabiskan sebahagian cutiku bersama nenek dan moyang yang sangat aku sayangi. Aku masih ingat, masa tu, cuti hariraya Aidilfitri. Macam biasa, lepas berhariraya, aku dan angah mahu tinggal di rumah nenek dan moyang dan tidak mahu pulang ke rumah abah dan mama. Abah seorang yang sangat memahami jiwa anak-anaknya. Tahu mama tidak suka kami tinggal lama di rumah moyang, kami meminta kebenaran abah untuk stay lebih lama di rumah tersebut. Abah tanpa keberatan mengizinkan kami tinggal bersama nenek dan moyang. Abah tahu kerinduan kami terhadap mereka lebih-lebih lagi aku. Apabila mengetahui hal itu, mama marah-marah. Bukan sekadar kami dimarahi, abah juga turut menjadi mangsa kemarahannya. Abah mempertahankan kemahuan kami dan bertegas tidak akan membawa kami pulang bersamanya. Janji kami dengan abah, kami akan pulang pada minggu berikutnya. Abah yang akan jemput kami. Selang sehari dua berlalu, aku lupa di mana moyang dan nenek. Yang pastinya aku dan angah tinggal di rumah berbual dan bermain. Tiba-tiba, telefon rumah berdering. Aku ni kan jadi PR dari kecik lagi hehehee... Akulah yang menjawab telefon. Kedengaran suara mama keras di hujung talian. Dia marah-marah dan bertanya bila kami mahu pulang? Aku katakana kepadanya, abah akan jemput kami minggu hadapan. Aku mengharapkan dia memahami perasaan kami kerana cuti persekolahan masih panjang. Masa kami di rumah nenek tidaklah sebanyak di rumahnya. Mama kalau marah, kata-katanya keras. Cakapnya menghiris hati. Aku tak mampu menahan kesedihan. Tapi, aku tidak seberani angah untuk menjawab kata-katanya. Aku menangis dan mematikan talian telefon. Angah: Kenapa, long? Kenapa kau nangis? Aku tidak mampu menjawab pertanyaan angah dek kerana sedih yang amat. Angah: Siapa telefon? Aku: Mama. Dalam sedu-sedan, aku menjawab. Angah: Kenapa kau nangis? Suara angah mula keras. Aku: Dia suruh kita balik. Dia tak bagi kita duduk sini lama-lama. Angah: Kau ni kan, jawablah! Kenapa nangis? Tolonglah keras sikit! Aku tahu, angah meradang dengan khabar yang ku bawa. Telefon berdering lagi. Angah: Kau jangan jawab! Biar aku jawab! Angah mendahului aku mendapatkan telefon. Angah: Kita orang tak nak balik! Kita orang nak balik minggu depan! Kita orang dah janji dengan abah! Abah bagi kita orang duduk sini! Aku sedih dengan keadaan itu. Aku tahu, mama seorang yang ego dan dia akan menggunakan apa cara sekalipun untuk memuaskan hatinya meskipun ianya melukakan pihak lain termasuk menggunakan kekerasan. Angah menghempaskan gagang telefon. Aku: Kenapa cakap macam tu? Nanti mama kata aku kurang ajar. Sebenarnya suara kami hampir sama. Kadang-kadang orang sukar membezakan suara kami menerusi telefon. Angah: Biarlah! Nak harap engkau, sampai bila? Sampai bila kita nak dapat apa yang kita nak? Dia kena dengar cakap abah. Abah kan suami. Kita ni asyik nak kena dengar cakap dia je. Keesokan harinya, kereta pejabat mama berhenti di perkarangan rumah mummy. Mama dan driver pejabat serta sorang dua rakannya datang untuk menjemput kami. Betapa hancurnya hati kami dengan perbuatan mama. Kami menangis minta difahami yang kami masih belum puas bersama nenek. Namun, tidak dihiraukannya. Kami diarahkan untuk masuk kereta. Beg kami serta barang-barang lain dipunggah masuk ke dalam kereta. Perpisahan bersama nenek dan moyang petang itu sangat memilukan. Kami menangis sementara nenek dan moyang menahan sebak masing-masing melihatkan situasi tersebut. Kalau kita nak memenangi hati seseorang, buatlah secara lembut. Jangan memaksa. Paksaan akan menjauhkan hubungan kita dengan orang yang kita inginkan.

Tuesday, January 8, 2019

Jambangan Mawar Merah, Menceriakan Hariku


  Tatkala aku keluar dari bilik discussion, Kak Sha memanggilku. Suaranya seakan ada sesuatu. Mungkinkah pihak Datuk Bandar menghubungiku ketika aku dalam perbincangan? Kak Sha: Teja. Aku: Ya. Kak Sha: Teja, sini jap. Aku: Apa dia? Menghampiri mejaanya. Kak Sha: Ada bunga untuk Teja. Aku: Bunga? Bunga apa? Kak Sha: Jambangan bunga mawar merah. Delivery. Dya bawa masuk. Kau tak ada, dia bagi kat akak suruh sampaikan kat kau. Teja: Ya ke? Aku terus menguntum senyum sesegar mawar merah itu. Seterusnya ketawa kegirangan. Aku dapat mengagak siapa pengirimnya. Penakluk hatiku! Rasa gembira, sebak dan terharu bercampur-baur. Aku: Siapa pengirimnya? Aku inginkan kepastian. Kak Sha: Tak tahu. Aku: Takkan tak tulis? Senyuman mati seketika. Takkan peminat misteri pulak? Aku mengharapkan jambangan ini daripadanya, bukan orang lain. Kak Sha: Tapi ada kad. Aku: Kad? Tulis apa? Kak Sha: Tak tahu. Akak tak buka. Aku: Bukalah. Bacakan saya. Aku harap dia. Kak Sha: Semoga harimu seceria bunga-bunga ini. From, Mr. Nice Guy. Senyuman yang tadinya terhenti, mekar kembali. Yes! dari dia. Aku tidak dapat menyembunyikan rasa gembiraku di hadapan kawan-kawan. Afiqah: Waaaa... Teja dapat bunga. Dari siapa? Nak tahu, nak tahu. Siapa wei? Aku senyum. Kak Sha: Ikrom belum tengok. Pergi tunjuk kat dia. Mesti becok mulut dia. Aku ke bilik boss Ikrom di mana Ikrom seorang di dalamnya sedang menyiapkan tugasan diberi. Ikrom: Kau dapat bunga ke? So sweet! Siapa bagi? Mr... eh? Dia bagi? So sweet. Aku senyum. Aku: Siapa lagi, dialah. Ikrom: To Teja. Wei, dia panggil kau Teja ke? Teja: Yelah. Ikrom: Jom, jom ambil gambar. Kau tak nak ambik gambar ke? Aku: Aku dah siap bawa phone ni. Nak ambik gambarlah. Nanti aku nak hantar kat dia. Biar dia tahu yang bunga dah sampai. Dah jadi macam sesi photoshoot pulak dengan si Ikrom dan Afiqah ni. Sorang tukang ambik gambar, sorang suruh possing gitulah, ginilah. Betulkan tudunglah, betulkan bungalah, betulkan kad la. Sudahnya tiga gambar je dorang pilih untuk simpanan. Masa duk ambik gambar tu, notification whatsapp muncul. Ikrom baca, Mr. Nice Guy. Ikrom: Wei, kau memang dah tukar nama dia dalam phone kau Mr. Nice Guy ke? Aku: Ye. Ikrom: Dia tahu ke? Teja: Tahulah. Dalam kad ni pun dia tulis nama dia senggitu. Ya Allah, Terima kasih Allah kerana memberikan rasa ini. Rasa dihargai, disayangi, dicintai dan dirindui. Aku jua menyayanginya, merinduinya dan ingin sentiasa bersamanya. Allah itu Maha Adil. Jika dulu aku pernah menyayangi, mencintai dan menghargai seseorang dengan tulus dan ikhlas. Kini aku merasakannya. Seolah apa yang pernahku lakukan pada mereka yang tidak menghargaiku, kini aku menerima balasannya. Allah hantarkan seseorang yang istimewa untuk menyedarkan aku betapa sebenarnya ada insan lain yang menghargai dan menyayangiku sepertimana aku menyayangi mereka. Ya Allah, Izinkan cinta ini bertaut dalam rahmat kasih sayangMu. Aku mohon Ya Allah, mohon untuk Kau pinjamkan dia padaku hingga ke Jannah nanti. Aku mohon ya Allah, Jangan Kau izinkan waktu ini pergi. Aku tidak mahu waktu ini berlalu Ya Allah, Aku ingin hidup dalam kasih sayang ini selama-lamanya bersama dia. Mr. Nice Guy, I love you so much. Tak ingin saat ini berlalu tanpa engkau di sisi. Saya harap Allah pinjamkan hati awak, kasih sayang awak, cinta dan rindu awak buat saya selama hayat awak. Dan ianya membawa ke Jannah.

Monday, January 7, 2019

Siapa Jodoh Terbaik?

Bercerita tentang jodoh... Aku rasa sayu. Mungkinkah aku yang tidak cukup sempurna sebagai seorang perempuan sehingga sukar jodoh mendatangi? Apa sebenarnya penghalang jodohku selama ini? Kenapa susah sangat jodoh untuk ku temui? Siapa sebenarnya jodoh terbaik buatku? Aku cuba untuk menjadi pasangan terbaik dalam serba kekurangan. Namun aku gagal sehingga orang yang ku anggap jodoh pergi menjauh. Lagi dan lagi, siapa sebenarnya jodoh terbaik buatku? Pemikiranku selama ini, jodoh yang baik adalah jodoh yang tidak menyakiti hati wanita lain. Bermakna jodohku seorang yang bujang atau duda bukan suami orang selain daripada lelaki itu baik dan membahagiakan. Tanyalah wanita di dunia ini, siapa yang mahukan suami orang? Semuanya tak mahu berkongsi. Kalau kita isteri pertama, kita tak mampu menghalang suami tapi kalau kita yang kedua dan seterusnya, bagiku, tidak ada alas an untuk tidak mengelak. Benda tu boleh dielak. Dalam memikirkan hal ini, betapa taksubnya aku terhadap suami curang dan bagaimana lukanya hati isteri pertama diduakan, hingga aku terlupa bahawa Allah punya perancangan Maha Hebat. Dia berhak memberi kepada hambaNya apa yang dirasakan baik hatta di luar kemahuan hamba itu sendiri. Aku diuji dengan kehadiran suami-suami orang menghampiri. Sejak bertahun lama, aku menepis. Tanpa sebarang pertimbangan, aku menolak mereka mentah-mentah. Kalau yang sekadar nak berteman tapi mesra tu senang hidupku. Aku tolak dan mereka menjauh. Ada jugak yang merayu-rayu siap menangis. Bukan tak kesian, tapi prinsipku, tidak mahu melukai hati wanita lain. Aku tidak pernah merasa bangga bila lelaki menangis keranaku sebab aku mengerti kelukaan hati mereka. Aku pun tidak mahu membuat mereka begitu. Tapi maafkan aku, prinsipku jelas. Bagiku, isteri kedua dan seterusnya jahat, tak baik. Dan aku tidak mahu menjadi orang yang jahat terutama kepada kaumku sendiri. Dan lagi, aku lupa akan ketentuan Allah yang mengizinkan lelaki berkahwin lebih daripada satu. Dan bagiku, lelaki yang ingin berkahwin lagi itu jahat. Kerana kebanyakan yang aku temui, mereka mengabaikan yang pertama dan melebihkan yang kedua. Aku lupa lagi, bahawa Rasulullah berkahwin ramai dan baginda adil dalam kehidupannya terhadap isteri-isterinya. Melayan isteri-isterinya dengan baik dan lemah-lembut. Sunnah telah ditunjukkan sejak ribuan tahun lalu cuma orang zaman sekarang yang tidak mengambil iktibar serta pengajaran daripada sunnah tersebut. Sementara yang kedua cuba merampas suami tersebut untuk dirinya seorang. Ada yang sampai bercerai-berai disebabkan kezaliman isteri kedua. Aku masih lupa bahawa, isteri-isteri Rasulullah saling menghormati sesama mereka hingga mereka bahagia. Bahkan, mereka mendapat layanan baik dan disayangi oleh rasulullah. Mungkin kerana taksubnya aku akan lelaki bujang dan duda, Allah menurunkan ujianNya buatku. Mungkin Allah ingin mengingatkan aku agar tidak mempersoalkan kuasaNya dan keistimewaan yang diberikan kepada kaum lelaki. Selama ini aku hanya mengatakan atau lebih tepat menghukum seseorang dengan akal logic. Bukan akal logic sahaja tapi mengikut apa yang aku suka. Pintu hatiku diketuk oleh seseorang berstatus suami orang. Biasanya, jika aku mengetahui status dia suami orang, hatiku jadi tawar untuk terus mengenalinya. Walau sebaik manapun sikap yang dipamerkan padaku, ambil berat macam manapun, status suami orang itu mematikan semua rasaku padanya. Pernah aku tertarik kepada suami orang. Demi mengetahui dia suami orang, aku memutuskan untuk membunuh segala rasaku dan aku menangis keseorangan kerana tersiksa melupakannya. Bukan sekali dua aku mengorbankan perasaanku kerana lelaki yang menghampiri itu suami orang. Aku berdoa kepada Allah, "Aku korbankan semua perasaanku terhadap lelaki-lelaki yang mula mendapat perhatianku kerana dia adalah suami orang. Maka Ya Allah, Kau berilah ganti yang lebih baik sebagai ganti setiap kelukaan yang ku ciptakan demi perempuan lain." Tapi kali ini, aku tidak faham dengan hatiku yang ingkar secara terang-terangan kata akal. Niat pada asalnya sekadar melayan komen whatsapp menumbuhkan bibit rasa indah dalam hati. Aku mengharapkan dia berterus-terang akan statusnya pada hari pertama kami ber'Whatsapp' tidak kesampaian apabila dia hanya berbual biasa denganku. Malah, setiap kali aku bertanya perihalnya, dia mengatakan, aku hanya perlu menjawab soalannya. Biarlah dia yang bertanya kerana dia adalah secret admireku. Setelah aku mengetahui statusnya, pernah aku cuba untuk melupakannya serta menjauhkan diri darinya. Namun, aku tidak mampu menanggung siksa jauh darinya. Masa tu aku rasa aku dah gila! Aku mohon kepada Allah supaya hentikan perminan dan perasaan gilaku ini. Aku tidak mahu menyakiti wanita lain. Tolonglah Allah. Aku merayu dalam doaku. Malah ketika berbaring pun aku menangis mengenangkan semua ini. Tapi Allah terus mengizinkan rasa ini bertunas walaupun aku tidak rela. Aku bertanya kepada diri sendiri dan rakan-rakan apakah aku berdosa kerana merasakan semua ini? Ada jugak sengaja aku keraskan ayat dalam text supaya dia berfikir akan kata-kataku dan meninggalkan aku. Tapi Allah terus mengabaikan rancangan-rancanganku dan menggantikan dengan rancangannya Yang Maha Indah. Dan hari ini, perasaan sayangku padanya tidak mampu ku nafikan lagi. Ya Allah, apakah ini dengan izinMu atau ujianMu lagi buatku? Dan baru aku faham, bukan semua orang yang berhubungan dengan suami orang berniat jahat. Aku tidak mahu merampasnya dari isteri dan anak-anaknya. Aku tidak mahu merosakkan kebahagiaannya. Aku tidak mahu dia menjadi seperti suami lain yang akan baran dan memarahi isteri serta anak-anak tatkala mencintai perempuan lain. Aku tidak mahu mengambil masanya bersama keluarganya meskipun aku kesunyian dan perlukannya di sisi. Aku sedar aku adalah orang ketiga yang datang untuk menumpang kasihnya, berkongsi kasihnya dengan isterinya. Cuma aku mahukan keadilan, aku mahu dia mencintai aku kerana Allah serta menyayangiku tulus dari hati yang dalam. Sentiasa merinduiku walau di mana dia berada walaupun di tengah-tengah kebahagiaan bersama isteri dan anak-anaknya. Insya-Allah, aku tidak akan ganggu kebahagiaan mereka. Andai jodohku adalah dia, aku akan gunakan waktu yang diberikan kepadaku sebaik mungkin untuk bersamanya tanpa mencuri waktu orang lain. Aku menjaga hatiku agar tidak terlalu marak api cemburu sehingga memudaratkan sesiapa. Aku menjaga hatiku agar tidak mendesak dan memaksanya melakukan sesuatu yang aku mahu. Alhamdulillah, setakat ini, tiada timbul perasaan ingin memiliki dia sepenuhnya. Dan Alhamdulillah, aku aku bahagia bersamanya walaupun aku bukanlah satu-satunya dalam hidupnya. Ya Allah, kenapa aku rasa sebak dan sedih ni? Aku tahu, aku perlu kuat sekiranya ini takdirku. Bukan isteri pertama je perlu kuat apabila berkongsi. Yang kedua juga harus kuat. Tapi, andainya suatu hari dia memilih untuk meniggalkan aku demi isteri dan anak-anaknya atau keluarganya, maka aku pasrah kerana yakin Allah ada dan Dia telah siapkan segala yang terbaik buatku. Aku sedar, apa bila menjadi orang ketiga, aku harus bersedia dengan segala kemungkinan meskipun ianya melukakan. Ya Allah, Andainya akku tidak mampu menjadi Saidatina Khadijah, maka izinkanlah aku menjadi Saidatina Aishah yang sangat dicintai suaminya.

Dosa Pahala Suami, Isteri Dan Madu

Aku tertarik dengan isu ini. Sebenarnya aku sedang confuse, apa benar ada istilah curang atau itu diwujudkan oleh orang Melayu? Islam membenarkan poligami tapi rata-rata dari kita menganggap suami yang berhubungan dengan perempuan lain adalah curang. Kalau dia tidak berkenalan dengan perempuan lain, dso macam mana dia nak kenal yang bakal isteri kedua tu baik atau tidak? Peninglah. Ada tak sesiapa boleh jawab? Jom kita baca artikal ni. SOALAN:Suami saya berkahwin lagi satu tanpa pengetahuan saya. Hanya selepas dua tahun, saya dapat tahu. Saya sama sekali tidak rela. Selama ini saya menumpahkan kasih sayang, berkorban untuknya dan keluarga tetapi dia mengkhianatinya. Saya sentiasa mengawasinya dan tidak membenarkannya ke rumah isteri muda dan dia tidak pernah tidur di rumah isteri muda. Saya pernah menemui bomoh untuk mengatasi masalah ini dan saya dapati suami saya takut dengan saya. Adakah suami saya berdosa kerana tidak tidur di rumah isteri mudanya? Untuk pengetahuan ustaz, saya baru balik daripada menunaikan umrah. – AZURA, Batang Berjuntai. JAWAPAN: Allah s.w.t menyuruh agar seorang lelaki itu berkahwin dengan perempuan yang baik-baik, dua, tiga atau empat orang isteri. Sekiranya seorang lelaki itu takut atau bimbang tidak berupaya bersikap adil, Allah menyuruh agar mengahwini seorang perempuan sahaja. Maksud adil di sini iaitu kepada lelaki yang diharuskan berkahwin itu adalah adil menyediakan nafkah, penyediaan makan minum isteri atau isteri-isteri yang dikahwini, anak-anak yang bakal dilahirkan, menyediakan pakaian, tempat tinggal, termasuk giliran bertemu, pergi ke rumah isteri-isteri yang dikahwini. Disyaratkan sedemikian rupa kerana keadilan zahiriah itu adalah sesuatu yang dapat dilakukan oleh manusia biasa. Namun keadilan yang berkaitan dengan kasih sayang, cinta dan seumpamanya adalah di luar keupayaan manusia untuk berlaku adil ataupun saksama. Jelasnya Islam mengharuskan seorang lelaki itu berkahwin lebih daripada seorang perempuan yang diistilahkan sebagai poligami. Keharusan yang diberi oleh syariat adalah keharusan bersyarat, iaitu adil seperti yang dijelaskan. Biarpun kebanyakan orang, iaitu orang Islam memahami juga menyedari keharusan tersebut, tetapi kebanyakan isteri tidak rela dimadu atau lebih jelas tidak rela suaminya berkahwin lagi kerana: 1) Ia adalah tabiat semula jadi manusia. 2) Sebahagian daripadanya tidak faham atau tidak menghayati bahawa keharusan bagi lelaki berkahwin lebih daripada satu itu adalah ketentuan Allah. 3) Kebanyakan lelaki atau suami tidak berupaya menunaikan tanggungjawab terhadap isteri-isteri yang telah dinikahi, terutamanya yang berkaitan dengan giliran, pemberian nafkah, tempat kediaman, persekolahan anak-anak dan sebagainya. Hal demikian terlalu membimbangkan para isteri yang dimadukan atau bakal dimadukan. Keadaan atau latar belakang seperti ini menjadi seumpama gawat apabila jabatan-jabatan agama yang diberi tanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir hal-hal yang berkaitan dengan kekeluargaan, gagal untuk bertindak, mengatasi masalah yang timbul akibat ketidakadilan suami yang mempunyai isteri lebih daripada satu tadi, terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan nafkah. Fenomena ini berlaku akibat daripada sebab-sebab yang saling berkait, kekurangan kakitangan, kekurangan pengalaman atau latihan, tidak mempunyai visi yang jelas dan sebagainya. Fenomena seumpama ini secara tidak langsung menggalakkan lelaki seumpama ini bertindak sewenang-wenangnya tanpa ada hukuman yang jelas, lepas daripada tanggungjawab dan sebagainya menyebabkan pelbagai masalah dihadapi oleh isteri-isteri yang teraniaya. Mereka tidak takutkan balasan Allah. Mereka telah melakukan sesuatu yang diharuskan, tetapi melanggar syarat-syarat yang ditetapkan terhadap keharusan tersebut. Keharusan ini adalah keharusan bersyarat. Kerana itu apabila syarat tersebut tidak dipenuhi, maka keharusan tersebut tidak ada padanya. Kerana itu, lelaki atau suami yang bertindak sedemikian, telah melakukan dosa. Atas pengalaman yang banyak berlaku dalam masyarakat seperti inilah maka kaum wanita terlalu takut untuk dimadukan. Poligami adalah keharusan yang ditetapkan oleh Allah kerana tidak adanya jalan keluar, selain daripada berpoligami atau berkahwin lagi. Seorang isteri contohnya, yang tua, uzur atau sakit yang tidak berupaya melayani kehendak batin suaminya, adalah wajar baginya merelakan suaminya yang masih mempunyai nafsu dan mempunyai sifat adil untuk berkahwin lagi. Dalam keadaan tertentu, contohnya selepas berlaku peperangan, bencana alam menyebabkan bilangan perempuan banyak, tidak mendapat pembelaan atau perlindungan, adalah wajar bagi kaum lelaki melindungi mereka, termasuk anak-anak yang terbiar. Caranya ialah dengan mengahwininya. Sesetengah lelaki mempunyai nafsu yang kuat berbanding dengan lelaki biasa, menyebabkan isteri yang sedia ada tidak berupaya melayani nafsu suaminya. Dalam keadaan seperti ini lelaki berkenaan layak untuk berkahwin lagi dengan syarat sifat adil itu ada pada dirinya. Sekiranya lelaki berkenaan tidak dibenarkan berkahwin lagi, padahal nafsunya selalu membara, berkemungkinan dia akan melakukan perzinaan dengan perempuan simpanan, dengan teman-teman atau melanggani pelacur-pelacur. Kerana itu adalah wajar dan dapat diterima akal sekiranya lelaki atau suami seperti ini dibenarkan berkahwin lagi dengan syarat yang jelas. Contoh-contoh di atas hanya merupakan sebahagian daripada fenomena yang mengharuskan seorang suami itu berkahwin lagi. Bagi orang yang seumpama ini jalan keluar tidak ada kecuali dengan berkahwin lagi satu. Seorang lelaki yang terdorong untuk berkahwin lagi, tetapi disekat atau ditahan, dia akan terus bertindak untuk melaksanakan hasrat yang sentiasa membara, kalau keizinan isteri itu diwajibkan, berkemungkinan dia akan mencuri cap jari isteri ketika tidur, memujuk, menguliti lalu si isteri menurunkan tandatangan tanpa menyedari borang yang ditandatangani ialah tanda keizinan berkahwin lagi. Jelasnya mewajibkan seorang isteri bagi seorang suami melalui pernikahan itu adalah tidak praktikal, biarpun berpoligami itu bukan merupakan satu idaman kebanyakan lelaki. Biar dalam keadaan apa sekalipun, sekiranya seorang suami itu dihalang berpoligami, si suami akan menganggap bahawa isterinya merupakan penghalang untuk berkahwin lagi. Dengan demikian kasih sayang itu akan terhakis daripada pasangan ini dan dia berkemungkinan akan mencari jalan keluar yang menyalahi undang-undang. Di Malaysia perkara ini berlaku hingga sekarang. Amalan nikah lari di sempadan yang jelasnya menimbulkan pelbagai masalah, terutamanya kepada pasangan perempuan terus-menerus berlaku. Ada pula yang berkahwin menggunakan wali bapa, abang kandung dan sebagainya tanpa merujuk ke pejabat agama atau didaftarkan menurut lazimnya. Kahwin di sempadan menjadi seumpama satu kemelut yang tidak berpenghujung yang dibiarkan sehingga sekarang ini, kerana perkahwinan di sempadan itu menjadi seumpama satu eskapisme. Tidak kira di mana perkahwinan itu dilakukan, dengan izin isteri atau tidak, atau hanya diizinkan oleh Mahkamah Syariah, apabila dia cukup syarat-syaratnya maka sahlah pernikahan tersebut. Dengan demikian, isteri yang baru dinikahi itu adalah menjadi isteri kepada lelaki yang telah sedia mempunyai isteri, seorang, dua orang atau tiga orang. Dalam keadaan seperti ini, perempuan yang baru dinikahi itu adalah isteri yang sah. Sebagai isteri, dia mempunyai hak di sisi undang-undang, hak nafkah, perlindungan kediaman, pakaian dan sebagainya termasuk gilirannya. Dalam situasi seperti ini, kedudukan isteri-isteri adalah sama, tidak kira sama ada dia isteri tua atau muda, isteri ketiga atau keempat. Dan apabila hak tersebut tidak dapat dinikmati oleh mana-mana pihak akibat daripada pihak yang satu lagi atau lebih jelas diperkatakan bahawa isteri muda itu tidak mendapat gilirannya kerana puan sentiasa mengawasi pergerakan si suami puan, hakikatnya telah melakukan kezaliman, menyekat hak yang sewajarnya dimiliki oleh madu puan. Rasulullah pernah bertanya kepada sahabat-sahabat tentang orang yang dianggap bankrap. Di antara sahabat menjawab menyatakan orang yang bankrap itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta. Baginda menjelaskan pendapat itu tidak tepat. Orang yang bankrap itu ialah mereka yang pada hari kiamat kelak dibangkitkan oleh Allah berhimpun di padang mahsyar. Bersama mereka ialah pahala hasil daripada ibadah sembahyang, pahala zakat, pahala puasa dan sebagainya. Ketika diadakan timbang tara atau hisab akan datang mereka yang menuntut, iaitu mereka yang dizalimi ketika hidup di dunia. Akan datang menuntut di hadapan Allah mereka yang kena maki cela, yang kena bunuh, kena umpat dan sebagainya. Allah akan menyempurnakan segala tuntutan mereka dengan mengambil pahala kebajikan yang dilakukan di dunia kepada mereka yang menuntut. Tuntutan ini adalah umum. Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui. Mengenai kes puan, sekiranya madu puan tidak puas hati atau tidak reda terhadap tindak- tanduk puan di dunia, dia akan menuntut haknya, iaitu hak giliran suami yang puan tahan dan sentiasa intai-intai. Lalu sebahagian daripada pahala puan itu diberikan kepada madu puan yang puan zalimi tadi. Sekiranya kezaliman yang dilakukan oleh seseorang itu banyak, maka banyaklah mereka yang menuntut. Apabila pahala milik orang yang kena tuntut itu habis, padahal tuntutan masih berlaku akibat kezaliman yang dilakukan banyak, maka Allah akan mengambil dosa orang yang menuntut tadi dan dipertanggungjawabkan ke atas orang yang kena tuntut lalu akhirnya orang ini dimasukkan ke dalam neraka jahanam. Inilah sebenar-benar orang yang bankrap, padahal ketika mula berada di padang mahsyar, dia mempunyai pahala, lalu akhirnya dia dicampakkan ke dalam neraka. Orang yang banyak melakukan dosa ketika hidup, tidak ubah seperti orang yang banyak hutang. Untuk melangsaikan hutang, sesetengah orang terpaksa bekerja keras, apabila dapat wang, wang itu digunakan untuk membayar hutang yang ditanggung, tidak kira hutang yang baru atau hutang lapuk. Semakin banyak seseorang itu melakukan dosa, maka semakin banyaklah dia perlu menghapuskan dosanya, iaitu dengan memperbanyakkan kebajikan. Untuk menjadi penghuni syurga, pahala yang dimiliki oleh seseorang itu perlu mengatasi dosa atau kejahatan yang dilakukan. Tidak ada gunanya seseorang itu memperbanyakkan amal ibadah atau kebajikan, tetapi dalam masa yang sama dia melakukan dosa yang lebih banyak daripada pahala yang dicari melalui ibadah tadi. Orang yang bijak ialah mereka yang melakukan ibadah sederhana dan dalam masa yang sama mengurangkan dosa, namun mereka yang pintar ialah orang yang berupaya memperbanyakkan ibadah dan dalam masa yang sama mengurangkan kegiatan yang menyebabkan tanggungan dosa. Menemui bomoh atau melibatkan ilmu penunduk seperti puan lakukan, menjadikan suami takut atau tunduk kepada isterinya ini menyebabkan rumah tangga akan menjadi kelam-kabut seumpama tidak terkawal. Suami puan berdosa kerana zalim kepada isteri mudanya. Puan berdosa kerana menjadi punca utama suami melakukan dosa. Perbuatan puan menundukkan suami, menyebabkan suami takut itu diistilahkan sebagai “tiwalah”. Amalan tiwalah menyebabkan syirik. Demikian keterangan hadis yang perlu difahami untuk dijadikan pedoman mereka yang terlibat dengan amalan seperti ini. Sumber: utusan online

Sunday, January 6, 2019

Cerita Di Sebalik Salvatore Ferragamo

Aku melihat kembali koleksi botol minyak wangi kepunyaanku sejak 12 tahun lalu. Masa zaman sekolah punya botol ada di kampung. Bukan apa, excited tunggu display cabinet bakal tiba nak menyusun barang.  



Dalam banyak-banyak botol perfume ni, aku terpegang satu botol. Salvatore  Ferragamo Incanto Bloom. Kalau dulu, pasti bergetar hati kalau pegang. Tapi sekarang tidak lagi. Rasa biasa je. Sama je macam botol-botol perfume yang lain.  


Lima tahun lalu, sewaktu di dalam kereta, dia memberitahuku yang dia akan out station di Langkawi. 

Aku: Laaa... kenapa tak cakap tadi? 


Dia: Kenapa? 


Aku: Saya nak keluar duit. Nak kirim. 


Dia: Nak kirim apa? 


Aku: Perfume. 


Dia: Tak apalah. Saya belikan dulu. Nanti awak bagi. 


Aku: Tak apa ke? Mahal jugak harganya walaupun duti free. Bukan RM50-rm60. 


Dia: Tak apa. Awak nak perfume apa? 


Aku: Salvatore Ferragamo, jenis Incanto Bloom. Tu pun kalau awak ada masa untuk beli. Kalau tak ada masa, tak apalah. 


Dia: Saya cuba ya awak kalau free. Kalau busy, tak sempatlah.  


Aku menerima text daripadanya setelah beberapa hari dia  di Langkawi memberitahuku yang dia berada di perfume shop. Dia minta aku text kepadanya perfume yang aku mahu. Tak lama kemudian, satu text daripadanya memaklumkan bahawa perfume tu ada. Aku tanyakan harga kepadanya. Manalah tahu kot di luar budget. “RM272.00,” Waaa... jimat! OK proceed.  


Sekembalinya dari Langkawi, dia bertemuku dengan membawa perfume dan beberapa plastik dan kotak coklat. Mengetahui akan kedatangannya, wang sejumlah harga perfume telahku siapkan. 


Dia: Awak, perfume ni saya hadiahkan pada awak. 


Aku: Laaa... Kenapa pulak? Kan saya kirim. Bukan minta. Kalau saya cakap saya kirim, maknanya, saya ada duit. 


Dia: Tak apa. Duit awak tu, awak simpan untuk beli benda lain. Yang ni saya bagi awak sebab awak berkelakuan baik. 


Aku: amboi, awak ingat saya ni banduan ke apa? 


Dia ketawa. 


Dia: Saya memang nak bagi awak. Sebab awak baik sangat, awak. 


Aku: Baik macam mana? Biasa je saya rasa. Saya macam ni  je sejak dari awak kenal saya. 


Dia: Awak cakap dengan saya baik-baik, awak tak buat perangai, awak tak marah-marah, awak tak merajuk kalau saya busy, awak tak marah kalau saya cakap tak boleh jumpa awak. Entahlah. Awak baik sangat. Tak melawan saya. Sejukkan hati saya kalau saya marah. Sebab tu saya tak boleh marah awak lama-lama.  


Aku: saya boleh je baik dengan awak selalu. Tapi awak janganlah ambil kesempatan atas tolak-ansur saya. Saya tak suka gaduh dengan awak. Sebaik mungkin saya cuba elak benda yang awak tak suka. Saya harap, awak pun sama.  


Hahahaha... itu cakap orang masa suka kat kita kan? 


Prinsip saya satu je. Kalau kita ada hubungan dengan seseorang, kita cuba sebaik mungkin untuk jaga hubungan tu. Jangan sesekali ambil kesempatan pada dia walau sebaik manapun dia. Kita kena sayang dia dengan tulus dan ikhlas bukan kerana apa-apa. Kalau kita betul-betul ikhlas, seandainya berlaku perpisahan, saya yakin, Allah akan beri kita ganti yang lebih baik.  


Apa yang saya rasa, setelah Mr. MF tinggalkan saya, Allah gantikan dengan Mr. AF yang lebih baik dari Mr. MF. Setelah Mr. AF tinggalkan saya, Allah temukan saya dengan Mr. Nice Guy yang lebih baik dari Mr. AF untuk setakat inilah. Kalau makin lama Mr. Nice Guy ni tunjuk perangai dia sebenar tak tahulah kan. Harapnya, dia akan sentiasa lebih baik dari yang sebelum-sebelum ni supaya yang sebelum-sebelum ni benar-benar jadi kenangan, bukan sesuatu yang diimpikan.

Friday, January 4, 2019

Apa Yang Buat Awak Happy

Perasaanku mendung petang ni. Entahlah. Aku tak tahu kenapa.  



Tiba-tiba aku terima panggilan dari x-bossku, En. Faizal. En. Faizal yang telah ku anggap seperti bapa sering menghubungiku bertanya khabar tentang kerja, tentang ofis dan tak terkecuali tentang aku. Aku dan dia memang rapat sejak 12 tahun lalu. Bukan sekadar aku dan dia, tetapi isteri dan anak-anaknya juga dah seperti keluarga. 


Pada awalnya kami bercerita tentang pejabat dan kerja. Topik yang hangat diperkatakan adalah politik office.  

Aku: Saya harap office ni akan maju macam dulu. 

En. Faizal: 30 juta akan masuk. At least boleh bertahan 10 tahun lagi. 


Aku: Laaa... Saya nak kerja at least 25 tahun lagi!  


En. Faizal: 25 tahun? 


Aku: Yelah, 25 tahun lagi saya 60. 


En. Faizal: You tak nak kerja sampai umur 70 ke? 


Aku: Eh, saya pun macam En. Faizal jugak. Saya nak berehat, nak pergi masjid, nak bersedia untuk mati pulak. Tu pun kalau mati lepas umur 60. Kalau tak, sebelum 60 dah mati. 


En. Faizal: Hei, you nak kahwin bila? 


Aku: Kahwin? Tak tahulah, En. Faizal. Belum lagi. 


En. Faizal: You tak ada boy friend ke sekarang? 


Alamak, soalan cepu emas ni. Nak jawab macam mana eh? 

Aku: En. Faizal, yang single datang, perangai tak berapa nak OK, kerja tak tetap, ada yang muda, baru nak mula hidup. Lately ni ramai suami orang je yang datang. 


En. Faizal: Apa yang buat you happy? You kena tanya diri you. 


Aku: Entahlah.  


En. Faizal: Kalau dia mampu, then go a head. 


Aku: Family saya tak semudah tu. Orang Kelantan kot. 


En. Faizal: Orang Kelantan kan kahwin ramai. Kahwin empat pun ada. 


Aku: Tapi family saya tak terbuka benda-benda macam ni. 


En. Faizal: As long as dia mampu, you happy dengan dia, janganlah you dah tahu dia bukan lelaki bertanggungjawab, then you go in. Memang you sajalah cari penyakit. Dan jangan pilih lelaki yang merendahkan you. Yang buat you down. Dia kena hormat you. 


Aku: En. Faizal, memang ada lelaki yang macam tu. Tapi saya tak tahulah perangai sebenar macam mana. Setakat hari ni dia OK, baik. Dan dia je cakap nak jumpa family, nak serius. Kalau boleh nak buat cara baik. Kami tak naklah kahwin lari. Kahwin kat sempadan. Cumanya, saya takut family saya menolak. 


En. Faizal: then OK la. Jumpa family you, then slow talk dengan wife dia. 


Aku: Tak, plan asal, slow talk dengan wife dia dulu. Baru jumpa family saya. Tapi saya tak tahu penerimaan family saya. 


En. Faizal: Kalau itu yang boleh buat you happy, pujuk. You kena pujuk dia orang. Slow talk. 


Aku: Saya pernah bagi hint. Nenek saya suka tanya bila nak kahwin. Saya cakaplah, suami orang ramailah datang. Dia cakap, tak payahlah, saya kan tak nampak, nanti orang buat macam-macam kat saya. Dia sendiri ke, wife dia ke. 

En. Faizal ketawa. 


En. Faizal: Ni bukan masalah nampak tak nampak. You slow talk. Bila dia lembut sikit, you cakap baik-baik, tanya dia, macam mana dia boleh gerenti kahwin dengan bujang boleh bahagia? Tak semestinya. Kalau nasib tak baik, kahwin dengan bujang pun bertahan tiga tahun, setahun. Dan siapa kata kahwin dengan suami orang tu gerenti tak bahagia? Cuma, janganlah demand lebih. Kalau you rasa wife dia hidup mewah, then you pun nak mewah, kalau tak, tak happy, then tak payah. 


Aku: Saya faham benda tu. Saya bersedia seandainya saya jadi yang second. Saya insya-Allah tahu kedudukan saya. 


En. Faizal: Kalau itu buat you happy, then you go. Dapat bertahan OK kalau tak, lima tahun pun OK. As long as you rasa happy tu. Then you dah ada anak, dia nak lari, larilah. 


Aku: Hei, En. Faizal ni, ada pulak dah ada anak lari. Banyak cantik. Anak dia, jagalah sekali. Kalau boleh biarlah sampai mati bersama. 


En. Faizal ketawa. Saya tahu dia buat lawak. Ada orang panggil dia. Katanya ada tamu. Nanti akan discuss later topic ni. 


Ya Allah, 
Aku tak tahu apa ada dalam takdirku,
Sekiranya dia baik untuk agama dan hidupku, dunia dan akhiratku, maka kau dekatkan hatiku dan hatinya. Izinkanlah kami bersama, permudahkanlah urusan kami. 


Jika sebaliknya Ya Allah, jauhkan aku dari derita cinta dan berikanlah ganti yang lebih baik daripadanya. 


Pertemuan Pertama - Kronologi Pertemuan Aku Dan Dia

23 Oktober, 2018: Hari itu, aku rasa tidak keruan menanti jam 11.30 pagi. Aku pelik sendiri. Kenapa hati rasa berdebar ni? Aku nak jumpa orang atas urusan kerjalah. Bukan nak buat apapun. Kalau boleh, aku tidak mahu jarum jam bergerak. Berhentilah. Aku tidak mahu melewati jam 11.30 pagi. Tapi kenapa? Kenapa rasa semacam je nak jumpa dia ni? Aku membelek telefon bimbit dengan harapan ada text daripadanya mohon maaf kerana temujanji terpaksa dibatalkan. Tiada! Dalam tidak keruan itu, aku menghabiskan masaku dengan melayari internet dan mempersiapkan diri. Mengemaskini solekan mana yang patut seperti lazimnya aku ingin bertemu orang. Aku lihat jam. Jarum jam bergerak lambat. Sedang aku mahu ia berhenti. Mungkin aku segan sebab dah banyak kali berbalas whatsapp dengannya tanpa bertemu. Bagaimana orangnya? seperti yang dijanjikan, lebih kurang jam 11.15 aku bersama assistantku mengorak langkah ke pejabat sebelah. Dalam debar, aku melangkah dan mukaku maniskan. Tidak mahu terkesan dek assistant yang aku sedang gundah-gulana. Gundah kerana apa? Entah. Tiba-tiba pulak kali ni rasa macam ni. Jumpa menteri pun tak rasa macam ni. Hanya dengan beberapa minit, kami telah pun selamat berdiri di kaunter penyambut tamu pejabatnya. Assistant: Assalammualaikum, nak jumpa... Aku: Mr. Nice Guy. Bercakap perlahan mengingatkan assistantku akan nama orang yang mahu kami temui. Assistant: Ya, Mr. Nice Guy. Lupalah tu. Kataku dalam hati. Hati tetap dengan debarannya. Mengadalah kau hati! Receptionist: Dari mana? Assistant: Dari ... Receptionist: Ada buat appointment ke? Assistant: Ada. Pukul 11.30. Aku diam menjadi pemerhati setia. Receptionist: Kejap ya. Dia menghubungi seseorang menerusi intercom. Mr. Nice Guy kot. Receptionist: Mr. Nice Guy, ni ada dari ... nak jumpa. Dia bercakap perlahan namun masih kami dengari. Receptionist: Tingkat 2 eh? Dia mematikan talian. Receptionist: Tingkat 2 ya cik. Setelah mengucapkan terima kasih kepada receptionist bertugas, kami menghala ke lif. Tiba-tiba ada seorang lelaki keluar dari lif dan memberitahu kami, "Mr. Nice Guy?" Tanyanya. "Ya," Jawab assistantku. Aku diam lagi. Rasa lidah malas nak berkata-kata. "Dia turun," Beritahu lelaki itu kepada kami. Nak turun? Tadi suruh naik. Takkan nak discuss kat bawah ni? Fikirku dalam hati. Biarlah dia. Office dia, suka hati dialah. Kami memutuskan untuk menunggunya di sofa dan beralih menghala sofa. Aku melabuhkan punggung di sofa. Telefon bimbit ku ambil dari tas tangan. Tengok Facebook la sambil tunggu. Tiba-tiba seorang lelaki lain keluar dari lif. Dia menghala ke arah kami sambil memberi salam. Salamnya ku jawab perlahan. Assistant: Waalaikummussalam. Mr. Nice Guy ke? Aku tidak dengar jawapannya. Mungkin dia angguk. Assistant: Teja, jom. Dia dah turun. Kami menyertai lelaki berkenaan ke lif. Sedang aku masih membisu. Mr. Nice Guy: Cik Teja tak pakai tongkat pulak? Aku geleng. Assistant: Saya ada, dia tak pakailah. Kalau sorang dia pakai. Kami ,e,bp;pslam doro le da;a, ;of sete;aj ;of terbila/ Masing-masing tidak banyak cakap hingga ke tingkat 2. Sampai di tingkat 2, dia mempersilakan kami masuk ke biliknya. Dia memulakan bicara. Berbasa-basi. Aku masih diam tapi mukaku maniskan. Assistantku menjawab semua pertanyaannya. Setelah berbasa-basi, dia memulakan taklimat ringkasnya berkenaan dengan sesi simulasi yang bakal diadakan. Aku menyampuk bila sangat perlu. Kedudukan kami berhadapan. Tidak lama kemudian, tea lady membawa minuman buat kami. Dia menuangkannya dan menghulurkan kepada kami. Dia kekok sewaktu menghulurkan cawan the kepadaku. Tak tahu macam mana nak buat. Aku ketawa kecil. Assistant: Tak apa. Letak je. Teja tahu. Dia buat sendiri. \ Setelah berbincang serba sedikit, kami meminta diri untuk pulang. Dia menghantar kami hingga ke bawah. Aku: Mr. Nice Guy, tak apalah. sampai sini pun cukup. Kita orang boleh. Kataku kepadanya apabila melihat dia menghantar kami hingga ke tangga keluar dari pejabatnya. Sewaktu kami berjalan pulang ke pejabat, dia masih lagi di situ. Mungkin tanda hormatnya kepada tetamu. Sesampainya aku di pejabat, aku menerima pesanan menerusi whatsapp daripadanya. 'Terima kasih sudi dating. Tak sangka' 'Cik Teja ni lawa hehehehe' 'Tergugat iman jap' Saya lantas membalas: 'Ingat isteri kat rumah,' Dia pula membalas 'Ingat,' Demi membacakan balasan tersebut, hati rasa lain. Entah apalah aku ni hari ni. Maka hati pun berkata-kata, lepas ni, jangan layan text dia. Reject terus dan jauhkan diri. Nanti jadi macam suami-suami orang sebelum ni. Text, text lepas tu mula berkait hati perasaan. Naya aku. Jangan gatal-gatal nak text dia pulak ya. Ingat tu, suami orang. Memang keluar dari senarai terus! Menyampahhlah, asyik-asyik jumpa suami orang. Tak ada ke yang single? Alah, dia ni text kau bukannya apa. Bosan kot. Just nak main-main hiburkan hati. Bukan nak apa-apa pun. Biasalah, suami kesunyian kot. Petang tu, dia masih lagi menghantar text kepadaku. Aku bosan. Balas jelah. Layan je text dia. Kita kawankan? Bukan apa-apapun. Kalau dia pelik, terus diam. Macam seseorang sebelum ni. Text macam kawan. Bila dia buat luahan perasaan, aku terus nasihatkan dia dan terus tak balas text dia. Benda-benda ni kena cegah dari awal. So, selagi dia tak mengada-ngada, maknanya dia anggap aku kawan. Macam En. Yusri yang kadang-kadang call dan whatsapp aku.

Thursday, January 3, 2019

Dialogku Bersama Tuhan

Tuhan,  

Ku rasa angin cinta mula berhembus. Lembut berpuput menyapu sanubari. Apakah ini kiriman jodoh atau sekali lagi ujianMu buatku? 

Tuhan, 
Sebelum hatiku dilanda badai asmara, izinkan aku bina benteng kekuatan agar badai itu tidak bertukar menjadi derita. Namun tuhan, aku mula rasai pantai hati ini disapa ombak cinta yang belum membadai.

Tuhan, 
Aku mohon padaMu, andai dia yang kau ciptakan buatku, andai dia titipan dariMu, maka pergilah semua kenangan yang mengerikan. Izinkan ku rasa hangat kasih ini bertaut. 


Lelaki Macam Ni Pun Ada

OK, sebelum aku masuk zon nombor-nombor buat budget, aku nak menulis dulu. Nanti jap lagi aku pening. Aku memang allergy angka ni. 11 tahun lalu, aku ada kenal seseorang di stesen LRT. Kami sama-sama tunggu LRT. Dia nak ke KLCC sementara aku nak ke Masjid Jamek sebab nak tukar Ampang Line. Dulu kan kerja kat Ampang. Hujung ke hujung naik LRT lepas tu naik teksi lagi. Memang kerja untuk bayar tambang jelah hahahaha... Dari kenal kat stesen kita orang jadi kawan. Kawan OK, tak ada lebih-lebih. Aku tak tahulah jawatan dia apa kat KLCC tu. Yang aku tahu dia kerja kat syarikat besar dan dia berpangkat besar. Ada aku kisah pangkat kau besar ke tidak? Kalau cakap kau pun macam orang besar... Memang tak rapatlah kita berkawan. Biar aku namakan dia sebagai Zaf. Satu hari, dia ajak aku keluar. Nak belanja makan. OK. Aku kan berkawan dengan semua orang. Janji tak mengada-ngada. Once aku masuk dalam kereta dia, "Teja, you know what, semua mata tertumpu pada you bila Mercedes datang ambik you." So, apa masalahnya? Aku tak rasa banggapun dengan Mercedes ni. Bukan harta aku. Dalam keluar tu, aku dapat buat kesimpulan bahawa dia ni ada ego tersendiri. Ego orang kaya-kaya. Dia bercerita tentang lifenya. Ada waktunya dia keluar jamming sampai pagi. Ada ketikanya dia ditemani oleh mana-mana perempuan yang dia suka. Katanya just keluar makan or minum, sembang-sembang. "Kak Zati tak marah?" Tanyaku ingin tahu. Kak Zati tu wife dia yang aku tak kenal. "I tak pernah tinggalkan rumah tanpa RM1,000.00 cash dalam rumah. I will make sure semua kelengkapan cukup. Beras, lauk dan sebagainya. Apa lagi yang dia nak bising?" Katanya yakin. Aku terkejut. Macam ni ke hidup orang kaya? Cash seribu ringgit dalam rumah dan semua kelengkapan material tu memadai ke untuk seorang perempuan? Patutlah kau ni dijodohkan dengan Kak Zati. Kalau dengan aku... memang tak amanlah hidup kau. Hahahaha... Seorang perempuan perlukan kasih sayang jugak, perhatian serta belaian. Masa tu aku masih mentah. Baru setahun habis belajar. Ke aku yang tak matang dalam mengertikan hidup? Fikir aku dalam hati. "My salary is RM40,000.00 a month," Aku lupa topic perbualan yang menyebabkan dia bercerita tentang gaji dia. Terkejut jugaklah aku dengan gaji sebanyak itu. Patutlah bukan main lagi kau punya ego dan lagak. Hmmm... Sayang betul. Dalam novel aku selalu baca hero dia, kaya, hansem, baik, gentleman dan semua yang indah-indahlah. Tapi mamat kaya kat depan aku ni, buatkan aku jadi takut. Apa pandangan dia pada perempuan sebenarnya? Rasanya tak perlu kot kau cerita gaji kau berapa kat aku. Aku bukan siapa-siapa dengan kau. Dan kalau kau rasa aku nak tumpang senang kau bila berkawan dengan kau, kau salahlah. Sebab aku ada harga diri. Apa gunanya dilimpahi dengan kemewahan tapi penghargaan kepada seorang perempuan tu tak ada? Mungkin kalau orang lain, dari status kawan tu nak tukar status dengan kau, nak upgreat status sebab tahu apa yang kau ada, tidak bagi akulah. Dengar cerita kau pun aku dah rasa sengsara. So, aku jadi kawan kau jelah. Hahaha dah sebelas tahun berlalu. Ada jugak sesekali dia ni call or whatsapp Tanya khabar aku. Tak habis-habis Tanya aku dah kahwin ke belum? Bila nak kahwin? Sampai dia kenal dengan kaawan aku pun, dia asyik cerita pasal aku kat kawan aku. Sampai kawan aku pun pelik apasal la dengan mamat tu. Kawan aku cakap, dia tu tak habis-habis cakap, "Teja tu cantik. Kenapalah sampai sekarang dia tak kahwin lagi?" Kau ingat jodoh tu kenal ke cantik ke ttidak? Tak semestinya cantik tu cepat kahwin. Cantik mana sangatlah aku ni kot ya pun. Dulu masa rancangan aku disiarkan di Astro pun dia Tanya kenapa aku gemuk? Hello, aku tak gemuk OK. Tapi kau tahu tak bila kau tengok orang dalam TV ianya akan Nampak besar enam inci dari rialiti? Tahun lepas ada sekali dia whatsapp aku cakap gambar profil aku cantik. Agaknya time whatsapp aku tu dia mamai kot. Dia pun ada cakap, aku Nampak lain. Tak macam dulu. Kau nak bandingkan aku dengan dulu ke? Masa aku budak-budak hingusan baru habis belajar dulu? Grooming pun tak pandai. Masa tu aku ni budak-budak yang baru nak hidup. Tak ada keyakinan diri sangat. Tapi nasib baiklah kau kenal aku dulu. Kalau kau kenal aku sekarang, buat perangai macam-macam memang kenalah kau dengan aku. Lepas tu dia Asyik Tanya je, kenapa dah lama tak Nampak aku kat Taman Melati? Aku dah pindahlah.

Kisah Hati Yang Orang Tak Pernah Tahu

Beberapa bulan lalu, aku ada berbalas text dengan angah. Bercerita tentang family. Angah: Orang tak tahu perasaan aku sejak kecik. Kau lupa, kita berdua je. Kita happy dan bahagia. Tiba-tiba acik lahir. Aku rasa aku terabai. Dan sejak kecik aku hidup berdikari sebab kau sakit. OK. Ni kata-kata yang aku rasa tak boleh nak tahan. Sebenarnya dah beberapa kali aku dengar ayat ni. Kalau tak dari dia, dari boy friend dia even bakal suami dia pun pernah ulang cerita benda ni kat mama. Tapi aku lupa bakal suami tu suami sekarang ke atau yang tak jadi sebelum ni. Macamlah aku ni lemah sangat sampai orang kena bagi perhatian kat aku sampai mengabaikan adik-adik. Aku rasa dah tiba masanya untuk aku luahkan apa yang aku pendam selama ni. Biar dia sedar yang dia sebenarnya lebih beruntung dari aku. Dan dia patut bersyukur. Sedangkan aku yang Allah bagi kurang ni pun aku bersyukur, apatah lagi dia? Aku: Ngah, aku nak cakap dengan kau sesuatu. Aku minta maaf kalau apa yang aku cakap ni buat kau marah atau kau tersinggung. Aku memulakan bicara. Rasanya angah ni dapat agak kot nada lembut suaraku yang sering aku gunakan untuk menasihati dia. Aku: Ngah, kau je yang rasa kau diabaikan. Kau je yang rasa kau terpaksa berdikari sebab aku sakit. Sebenarnya, kalau aku sihat pun, kau tetap akan hidup macam apa yang kau lalui. Sebab aku bukan penjaga kau. Kalau jarak usia kita jauh, mungkin semua benda aku buatkan untuk kau. Kalau kau rasa kau berdikari dari kecik sebab aku sakit, kau pernah tak letakkan diri kau kat tempat aku? Angah tidak menyampuk. Tapi aku tahu dia sedang membaca apa yang aku tulis. Cuma aku berdoa supaya dia tak sensitive dan tersinggung. Angah ni lain macam sikit. Kalau dia sensitive, ambil masa lama. Aku: Kau pernah tak bayangkan perasaan aku, seorang kanak-kanak buta berusia sembilan tahun terpaksa berpisah dari ibu bapa, dari chek yang aku sayang, dari mummy, dari adik-adik dan dari keluarga? Aku dihantar ke asrama sebab tak ada sekolah khas yang dekat dengan rumah. Aku dihantar ke Johor. Jauh ngah. Pada hal masa tu, aku budak, aku tak faham apa-apa. Kita sama-sama manja. Kau dapat tak bayangkan perasaan aku yang ditinggalkan abah yang memanjakan aku selama ni? Kau dapat tak bayangkan betapa aku dahaga kasih sayang dari family masa tu? Bayangkan, budak umur Sembilan tahun yang buta, bagaimana nak sesuaikan diri untuk hidup berdikari yang semua benda kena buat sendiri? Tapi, Allah bagi kau yang Nampak untuk terus tinggal dengan keluarga. Semua benda mama dan orang gaji buat. Abah pun ada sentiasa dengan kau. Kau nak pergi sekolah, ada orang tengok kau naik van, bagi bekal dan duit belanja, sarapan dengan family, balik sekolah, lunch sama-sama family, begitu jugak dengan dinner. Tengok TV sama-sama, ulangkaji kat rumah. Ada masa main game, main macam-macam, keluar jalan-jalan dan shopping dengan abah. Apa kau nak semua dapat. Tapi aku? Aku diasuh oleh orang lain. Oleh cikgu, waden dan staff sekolah. Mana sama kasih sayang yang aku dapat dengan kau dapat. Kau tahu tak apa perasaan aku bila pergi sekolah pergi sendiri, balik pun sendiri. Dahlah balik sendiri, makan ramai-ramai dengan kawan-kawan je. Tak ada abah, tak ada mama dan tak ada kau dan acik. Menu ikut yang sekolah tetapkan. Tapi kau, makan sedap-sedap kat rumah. Banyak lauk. Boleh request nak makan apa. Paling penting makan dengan abah. Nak keluar jalan-jalan, tak adalah. Sesekali je kalau ada lawatan sekolah. Semua benda kena buat sendiri. Tak buat kena marah. Lepas tu terkejar-kejar ikut jadual sekolah dan asrama. Aku lihat angah masih lagi online dan text yang ku hantar bertanda dibaca. Aku teruskan lagi. Aku: Bila masuk sekolah menengah, sama jugak. Tak ada perubahan. Aku masih di Johor. Masuk sekolah lelaki. Kau bayangkan apa perasaan aku masa awal-awal masuk sekolah, aku kena sesuaikan diri dengan sekolah yang besar untuk bergerak sendiri. Dalam kelas, aku sorang je perempuan. Sangat tak selesa keadaan tu. Dahlah semua Nampak. Yang tak Nampak ada tiga orang lagi tu pun lelaki. Masa aku sekolah dulu, kita orang tak ada buku teks sangat. Ada subjek yang langsung tak ada buku teks. Kalau kau study, ulangkaji selama 4 jam, kau boleh gunakan 4 jam untuk menelaah. Tapi aku? Aku kena bagi masa untuk salin buku teks, salin buku latihan atau nota tambahan kalau perlu dengan menelaah. Berapa sangat masa aku ada untuk study sendiri? Orang lain boleh belajar katalah 4 jam, aku, aku kena gandakan. Buat kerja rumah lagi. Kau, ambik je buku, boleh baca dan buat latihan. Tak perlu nak salin bagai. Allah bagi kau apa? Masuk sekolah sains. Bagi kau keputusan cemerlang, straight A setiap peperiksaan. Aku tak dapat straight A setakat SPM pangkat 1 je. Allah tu maha tahu yang kau ada masalah dengan mama sejak kecik. Allah tahu kau banyak terasa hati. So, Allah bagi kau duduk asrama tapi masa kau form 1. Lepas tu, Allah hiburkan hati kau dengan bagi kau pergi oversea. Itu yang kau nak. Allah pun bagi. Angah tetap membaca. Sedangkan aku, Allah uji lagi. Allah bagi aku masuk UiTM. Universiti yang tak ada blind kat situ. Peralatan pun tak ada, bahan bacaan braille apatah lagi. Tapi aku perlu buktikan yang aku boleh. Jadi, aku kena usaha keras. Kat U tu macam-macam cabarannya. Orang lain boleh pergi library ambil buku dan baca, buat assignment. Aku masih kena buat proses yang sama. Salin, scan, rekod. Angah setia membaca. Aku: Bila habis U, aku merangkak dari bawah. Pernah kerja yang tak ada basic gaji. Pernah aku terima gaji RM100 lebih je sebulan sebab tak pandai buat telemarketing yang tak ada basic gaji tu. Entah berapa tempat kerja aku diuji dengan gaji rendah sampai makan pun bercatu sebab nak jimat untuk bayar tambang. Aku pernah terfikir, untuk apa aku kerja kalau aku tak rasa pun benefitnya? Tapi aku ingat arwah check kata hidup ni kena banyak sabar. Kadang-kadang, aku makan maggi je. Sebab tak ada duit. Bukan aku tak boleh minta dengan abah tapi aku malu sebab aku dah kerja. Sampai sekarang pun, gaji aku tak besar manapun kerja kat NGO ni. Tapi tak adalah seteruk dulu. Tapi kalau kita redha, Allah bagi kita tenang. Syukur dengan apa yang ada. Kalau aku nakkan sesuatu, aku kena kumpul duit, baru boleh beli. Sampai sekarang ngah. Tapi Allah bagi kau, kerja gaji besar. Kau berhenti jadi cikgu pun, still dapat gaji yang lebih besar dari cikgu. Kau nak beli apa-apa, tak payah berkira, tak payah kumpul-kumpul duit. Terus pergi dan beli je. Allah masih lebihkan kau dalam semua hal. Kau pernah tak rasa apa yang aku rasa? Masa mula-mula habis belajar dan nak hidup berdikari, aku sampai tak boleh tidur malam bila mengenangkan yang keesokan hari aku kena ke tempat kerja sendiri dalam keadaan yang tak Nampak dan tak biasa sorang-sorang. Tahu tak perasaan takutnya macam mana? Lepas tu, kalau nak pergi mana-mana berurusan tempat tak biasa, terpaksa minta tolong orang. Kalau ada orang nak tolong OK. Kalau tak, nasiblah. Aku banyak kali menangis bila susah. Tapi tak pernah aku mengadu kat family. Hanya pada orang tertentu yang faham je aku luahkan kesedihan aku. Tapi kau? Kau boleh pergi ke mana saja yang kau nak, bila-bila masa kau boleh drive dan pergi. Jadi, kau boleh nilai apa itu berdikari dan cara kau berdikari dengan cara aku berdikari macam mana. Aku tak pernah cerita ni kat family, tak nak abah risau. Aku pun tak pernah cerita kat adik-adik susah aku. Sebab aku rasa aku boleh handle. Semua orang ada urusan masing-masing dan hidup masing-masing. Aku tak nak susahkan orang. Jadi isu aku sakit tu sebenarnya tak timbul. Malah aku sakit tu sebenarnya lebih kepada ujian untuk aku dalam segala hal. Tak ada kena-mengena dengan orang lain terpaksa berdikari sebab aku. Abah dan mama pun tak ada dengan aku untuk sentiasa bantu aku. Aku berdikari sendiri ngah. Kau tak pernah tahu apa yang aku rasa dan apa yang aku lalui. Begitu jugak dengan family yang lain. Sebab Nampak aku OK je. Happy, tak ada masalah. Dia masih lagi online dan baca. Aku: Dan kerana Allah tahu kau kurang kasih sayang, kau terasa dengan family ni, Allah temukan jodoh kau dulu. Kerana apa? Sebab Allah gantikan kasih sayang family dengan kasih sayang seorang suami untuk kau rasa disayangi, dicintai, dihargai dan kau dapat bermanja. Alhamdulillah, kau dapat suami yang baik. Aku tumpang bahagia. So, jaga suami kau baik-baik. Jangan buat dia terasa selalu. Kalau gaduh tu, jangan lama-lama tak bertegur. Kau nampakkan, walaupun kau rasa kau selalu diabaikan tapi Allah sebenarnya bagi kau macam-macam yang dia tak bagi pada adik-beradik lain. Siapa kata mama tak sayang kau? Dia sayang kau dan semua orang dalam family ni sayang kau. Cuma mungkin dalam family ni ada yang tak pandai nak zahirkan kasih sayang tu. Tu yang buat kau terasa. Kau jangan sensitif sangat. Dan jangan lama sangat merajuk. Sebab dia orang tak pandai pujuk. Aku rindu angah yang dulu. Kita rapat tak macam sekarang. Sebenarnya aku pun kurang perhatian, kurang kasih sayang. Aku pun manja macam kau. Jadi, kita kena memberi kasih sayang, untuk dapatkan kasih sayang tu. Dalam hidup ni ngah, kita takkan dapat semua yang kita nak. Allah tu adil. Dia bagi kita lebih kat sini, kurang kat sana. Macam tu jugak dengan orang lain. Tapi kita kena fikir hikmah dia dan apa sebab Dia buat macam tu. At least sekarang, kau ada suami yang sayang kat kau. So, kau lebih banyak masa dengan family sendiri. Tak perlu dah nak fikir sangat apa yang buat kau terasa dalam family kita. Aku harap, kau tak marah dengan apa yang aku cakap. Maaf ya ngah kalau kau tak suka. Aku kena cakap. Mungkin selama ni tak ada orang bagi tahu kau betapa kau beruntung sebenarnya. So, sekarang kau tahukan? Kau beruntung dan lebih baik kehidupan kau berbanding yang lain walaupun dari satu sudut kau kurang. Dia baca dan terus offline tanpa sebarang jawapan. Aku biarkan dia. Memberi ruang untuk dia berfikir. Angah ni lembut hatinya kalau kena gaya dan baik orangnya. Tapi hatinya sensitive dan panas. Nak ubat dia punya sensitif tu lama. Aku bertawakal kalau lepas ni hubungan kami tak baik. At least, aku dah bawa dia untuk berfikir akan takdir Tuhan. Bukanlah aku baik sangat. Cuma dia harus positif dalam hidup ni. Beberapa lama kemudian, tak tahulah berapa minggu kemudian. Dia call aku. Suaranya ceria dan bersahaja macam tak ada apa yang berlaku. Dia nak datang rumah jumpa mummy yang nak bertandang ke rumah aku. Kami makan bersama dan sembang-sembang. Rasa seronok. Angah, aku sayang kau. Aku nak angah yang dulu. Yang selalu ada dengan aku. Yang selalu bela aku kalau orang buat macam-macam kat aku masa kat tadika dulu. Indah kenangan tu. Dan selalu bela aku kalau aku kena marah dengan mama. Hahaha... Aku dulu mana pandai jawab.

Wednesday, January 2, 2019

Kau Boleh Dapat Better Than Him

Latar Masa: 2012 Perbualan lebih kurang begini: Kawan: Aku harap kau belum buat keputusan untuk terima dia. Teja: Kenapa? Kawan: Aku rasa, kau boleh dapat better than him. Teja: Kenapa kau rasa dia bukan better untuk aku? Kawan: Ada banyak factor. Teja: Apa dia? Kawan: 1. usia. 20 tahun lebih tua dari kau. Aku rasa terlalu tua untuk kau. Kalau 10 tahun... OK lagi. Matang and nice. Muda sangat pun susah jugak sebab lelaki lambat matang. 2. Aku rasa kau boleh dapat lelaki lebih ada rupa dari dia. Aku menarik nafas panjang. Kenapa manusia suka pandang luaran? Kalau factor lain, mungkin aku boleh terima. Tapi dua factor ni... Tak kukuh. Teja: Dari segi perangai, apa komen kau? Kawan: Tak dinafikanlah, dia baik. Even dengan kawan-kawan kau pun dia boleh masuk dan mesra. Dan Nampak dia berusaha untuk dapatkan kau. Kau tak ada ke orang lain better dari dia? Teja: 1. Usia bukan penghalang as long as dia boleh buat aku selesa dan rasa happy, cukup bagi aku. 2. Rupa tu bukan segalanya. Kalau hensem tapi menyakitkan hati pun tak guna jugak. Kawan: Kau dah ada apa-apa dengan dia ke? Teja: Begitulah nampaknya. Kawan: Kenapa kau pilih dia? Kau betul-betul dah jatuh cinta ke? Teja: Kau jangan Tanya pasal jatuh cinta. Sebenarnya, aku tak adalah jatuh cinta kat dia. Cuma aku belajar untuk mencintai orang yang mencintai aku. Orang tua-tua kan kata, lebih baik kita terima orang yang cintakan kita daripada kejar orang yang kita cinta. Aku tak nak dah kejar orang macam dulu. Kawan: Apa yang membuatkan kau belajar mencintai dia? Teja: Sebab dia tak buat aku stress, dia faham apa yang aku nak. Selalu bagi support pada aku untuk Berjaya dan tak haling aku buat apa yang aku nak buat. Dia pun tak kongkong aku. Kawan: Tapi aku still harap, kau jumpa orang lain yang lebih baik dari dia. Setahun dua berlalu, kawan aku masih bertanyakan hal yang sama. Kawan: Kau OK dengan dia? Teja: Setakat ni OK, Alhamdulillah. Kawan: Tapi whats next? Aku terdiam. Kawan: Aku tengok korang ni macam tak ada progress. Sampai bila nak tunggu? Nanti jadi lagi macam yang lepas. Teja: Kau doa yang baik-baik untuk aku eh? Kawan: Kau tak ada pilihan lain? Teja: Kalau aku dah pilih dia, takkan cepat benar hati aku berubah? Kawan: Tapi aku masih harap kau jumpa orang lain yang lebih dari dia. Teja: Kenapa kau cakap macam tu? Dia kan baik jugak dengan kau. Kawan: Sebab aku tak nak kau buang masa dan factor usia tu membuatkan aku rasa dia tak sesuai dengan kau. Eh, Rizal ada approach kau kan? Dia tu anak datuk tau. Apa kata kalau kau bagi peluang kat dia? Teja: Kau ni saja nak jerumuskan aku dalam gaung tahu tak? Memanglah anak datuk, ada kedai sendiri. Tapi perangai? Kawan: Aku rasa dia OK je. Dia tu loaded tau. Kau cakap je apa, mesti dapat. Teja: OK? Kau tak tahu apa yang aku tahu. Memanglah boleh dapat apa yang aku nak. Dia pun ada ajak aku pergi shopping. Tapi, diapun boleh buat apa yang dia nak. Yang selebihnya, biar aku je tahu. Kawan: Ala, kau kenallah dia dulu. Mana tahu kau dengar tu gossip ke. Teja: Kalau aku dengar gossip tu aku tak berani cakap. Tapi aku tahu kehidupan dia dari dia sendiri. Kawan aku yang sorang ni selalu memberikan pilihan lain kepadaku. Dan dia jugak selalu menggalakkan aku untuk jatuh cinta dengan orang lain. Pantang ada lelaki yang cuba rapat denganku, kalau dirasakannya OK, dia mesti bagi semangat kat aku untuk terima orang baru. Tapi aku adalah aku. Masakan aku mahu memungkiri janji tanpa sebab munasabah? Yelah, masa tu si dia pun baik terhadapku. Melayanku dengan baik dan kami sentiasa bersama serta bahagia.

Kini Kau Jauh

Hari pertama aku bertugas untuk tahun baru. Hari pertama, dia tidak lagi bertugas di bangunan sebelah kerana telah bertukar ke bahagian baru walau masih dalam syarikat yang sama. Hati ni memang mudah tersentuh. Meskipun dia bertugas di sini bukan setiap hari bertemu, tapi bila dia tiada di sini, hati tetap terusik. Yelah, kalau dia di sini, aku rasa dekatnya. Kalau rasa nak jumpa, anytime boleh cakap nak jumpakan? Tapi bila jauh, kena rancang dulu. Rasa tak ada semangat. Janganlah banyak benda yang mendatang hari ni. Aku tak ada semangat dan tak ada mood. Tapi bukan mood marah. Mood mendung, sedih. Kalau kerja nak mendatang tu, sabarlah, esok-esok datang. Hari ni, nak buat apa yang dah ada sambil layan perasaan. Layan perasaan ni malas nak sibuk-sibuk. Lagi satu, jangan sesiapa datang nak bincang macam-macam hari ni. Aku malas nak layan dan malas nak jumpa orang. Tapi kalau ada yang datang, terpaksalah maniskan senyuman dan melayan. Aku tahu, dia mesti sibuk hari ni. Mungkin ada taklimat-taklimat yang perlu dihadiri. Mungkin kena jumpa orang. Apapun, aku doakan dia lebih Berjaya di tempat barunya. Sesungguhnya kau sentiasa dalam hatiku. Ya Allah, Satu aku minta, jangan lebihkan perasaan antara kami, melebihi perasaan kami terhadapMu. Aku tidak mahu mencintai seseorang melebihi cintaku terhadapMu. Kelak cinta sesama manusia berantakan entah ke mana. Aku mahu kali ini, biarlah cinta ini berlandaskan cintaMu meski kami bukanlah dari orang-orang yang zuhud dan maksum. Amin...

Tuesday, January 1, 2019

Kau Buat Aku Tergamam

Semalam, aku keluar bersamanya mencari display cabinet. Tujuan utama adalah Ikea. Dulu aku pernah tengok display cabinat kat sana. Semua kaca. Kalau yang berlampu RM400.00. Ofice aku pun ada beli satu yang macam aku berkenan tu. Tak adalah lawa sangat-sangat. Tapi OK la dengan budgetku. Aku ni bukannya orang have have bak kata orang zaman sekarang hehehe...  


Cari punya cari, tak ada yang macam aku berkenan tu. Mungkin dah keluar model baru kot. Harga RM600.00. Menepati budget. Rasa macam nak beli terus sebab nanti susah kalau tak ada orang teman. Takkanlah nak ajak Mr. Nice Guy ni berkali-kali pergi sana. Tak naklah pergi berulang kali. Kau ingat orang tak ada kerja lain nak meneman kau je kerjanya? Hehehehe... memanglah dia tak cakap macam tu. Tapi sendiri mau ingatlah hahaha...  

Saat aku mahu membuat pilihan antara dua cabinet tu, dia tanya, nak beli terus ke? Aku jawab, yelah. Dia cadangkan supaya kami ke kedai perabot untuk melihat banyak pilihan. Oleh kerana dia kata boleh pergi kedai lain, so aku menurut. 

Sampai di Home Furniture, kami tengok ada dua display cabinet. Dalam katalog ada lagi pilihannya. Alamak, dia ni dah tanya macam-macam dengan orang kedai ni. Kalau aku, aku tanya harga dulu. Kalau bukan under budget, dah. Kita angkat kaki. Seperti yang ku jangka, melihatkan designnya berbingkai kayu, tinggi almari, besar almari, tingkat yang banyak dan lampu di setiap tingkat, mungkin ribu kot harganya. Telahanku tepat. RM1,400.00. Tak payahlah. Baik beli almari baju. Aku diam mendengar perbualan dia dan jurujual. Siap minta kurang lagi. Hayyooo... nanti tak beli malu je. Macam mana nak stopkan dua orang ni? Orang tu siap bagi diskaun lagi sampai RM1,100.00. Dia tanya saya OK tak? Memang tak OK la. Satu kali ganda kot lebih budget. Dia minta jurujual tu tinggalkan kami seketika untuk perbincangan. 

Maka, kamipun berbincanglah. Siap tengok balik kebesaran almari tu. Memanglah cantik, sebab harganya cantik. Siap ada lima tahun waranti tuuuu... Dia tanya saya, sebenarnya aku OK tak dengan almari tu? Memanglah OK, cuma budget yang tak OK. Dahlah, jom beli Ikea jelah. Then dia cakap, kalau OK tak ada masalah. Selebihnya dia tambah. Hah? Betul ke telinga aku dengar ni? Dia ulang lagi. Rasa macam betul. Perasaan segan terus datang. Memang, ni bukan kali pertama orang berbelanja untukku. Tapi kali ni, kami baru je berhubungan dan jumlahnya besar. Aku takut membebankan dia. Paling takut kalau disebut suatu hari nanti. Aku akan terguris. Kalau aku yang sebut tak apa. Tandanya aku sangat menghargainya. Dia siap cakap, ‘jangan fikir bukan-bukan pulak,’ maksudnya? Aku tak faham tapi tak sempat nak tanya sebab otak ligat berfikir betul ke apa yang dia cakap tadi? 

Dia terus panggil jurujual dan settlekan diposit.  

Ya Allah, jika benar Kau ciptakan dia buatku, maka permudahkan jodoh kami. Aku menerimanya bukan kerana wang ringgitnya tapi kerana perasaan yang Kau titipkan dalam hatiku. Dan seperti doa-doaku buat orang-orang sebelum ini, Kau mewahkan rezekinya, permudahkan segala urusannya. 

Mr. Nice Guy,
Saya tak pernah jumpa orang yang macam awak. Saya akan abadikan di sini setiap detik indah kita lalui. Saya tak nak detik itu berlalu tanpa merakamkannya seperti orang-orang sebelum ni. Bila dia dah tak ada, baru saya tulis dan ketika saya menulis, kisah itu bukan lagi bugar di ingatan. Ada beberapa lagi kisah yang buat saya lihat awak lain dari yang lain walaupun dalam perkara yang kecil.