Sunday, December 29, 2019
Ungkapan Maaf Itu Penawar
Sebagai seorang perempuan yang dibesarkan dalam suasana panas dan ego, aku sangat dahagakan kasih sayang serta perhatian.
Itulah yang aku harapkan terhadap seorang lelaki yang bakal menjadi suami.
Lebih-lebih lagi aku yang ditakdirkan untuk melalui perkongsian kasih dan jika diizinkan, akan berkongsi suami.
Saat orang yang dicintai tiada di depan mata dan diketahui sedang bersama dengan yang di sana, hati menjadi hiba. Jika tiada sebarang khabar, pasti duka melanda kerana mungkin aku telah dilupakan dengan hangat belai manja yang di sana.
Perasaanku redup sepanjang hari ibarat awan melitup bumi. Hati mula terasa jauh. Rajuk mula bertandang. Apakan daya, dia bukan milikku.
Begitulah yang aku rasakan sepanjang hari Rabu lalu.
Tapiii...
Demi menerima text permohonan maaf kerana tidak melayanku hari itu ditambah dengan kata-kata lembut, hati yang rajuk sekonyong-konyong terubat. Maaf itu ibarat penawar yang merawat segala kepedihan sepanjang hari yang ku tanggung.
Jika boleh aku gambarkan, saat membaca text abang meminta maaf kerana sibuk melayan yang di sana sehingga mengabaikan aku, ianya seperti hatiku yang membeku seperti ais Kutub Utara terus mencair seperti disinari hangat mentari Gurun Sahara.
Aku menangis kesayuan dan terharu. Dalam sibuk dan penat abang melayan yang di sana, abang masih lagi fikirkan perasaanku, hatiku.
Hati yang rajuk rasa terubat. Moodku terus bertukar ceria setelah menghabiskan tangis kesayuanku.
Dan aku semakin bersemangat untuk berusaha menjadi yang terbaik buatnya meskipun aku tahu bukan mudah.
Terima kasih abang kerana membuatkan sayang rasa dihargai.
Sayang bukan mahu abang tunduk kepada sayang. Sayang hanya mahu merasai kasih sayang abang biarpun dari kejauhan. Permohonan maaf itu sebenarnya menambahkan rasa hormat sayang pada abang.
Begitulah ajaibnya perkataan maaf dan sikap lemah-lembut itu. Ianya membuatkan semakin bertambah kasih sayang sayang untuk abang.
Friday, December 27, 2019
Apa Yang Aku Rasa
Biar aku lakarkan di sini tentang apa yang aku rasa, tentang perasaan di sebalik dada, tentang hati yang bergetar.
Ya Allah,
Terima kasih Allah kerana dengan izinMu aku mula merasakan hangat panahan asmara ini. Aku mohon Ya Allah agar rasa ini subur sentiasa hingga ke Jannah.
Ya Allah,
Kasih sayang ini mengalir untuk dia.
Lalu rama-rama cinta berterbangan melata menebarkan keindahan yang berwarna-warni.
Rindu pun segera menjengah mengusik hati dalam getaran.
Wednesday, December 25, 2019
Sabar Itu Pedih
Ya Allah,
Andai ini jalan yang Kau takdirkan buatku, maka Kau berikan aku kekuatan serta kesabaran.
Ya Allah,
Sabar itu pedih, terlalu sakit. Maka datangkan kepadaku segala keindahan dari sabar ini.
Ya Allah,
Andai sabar ini yang terbaik,
Jauhkan aku daripada dianiaya,
Jauhkan aku dari dizalimi,
Jauhkan aku dari diambil kesempatan,
Jauhkan aku dari dipersia,
Jauhkan aku dari dikhianati,
Jauhkan aku dari perbuatan yang tidak adil.
Ya Allah,
Aku berpegang pada janjimu bahawa sabar itu indah akhirnya.
Maka aku serahkan hati yang hiba ini, untuk Kau rawat.
Aku serahkan perasaan yang lara ini untuk Kau ubati.
Wednesday, December 11, 2019
Konsep...
Orang ni, bila kita tak cakap, dia tak faham. Tapi bila kita cakap, marah.
Tak apa. Kita tengok konsep yang diperkenalkan, kalau kita jaga hati dia, dia akan jaga hati kita lebih lagi.
Kita tengoklah sejauh mana berkesannya konsep ni. Sekadar cakap kosong atau itu yang akan dibuat.
Thursday, December 5, 2019
Satu Cinta Dan Satu Hati
Aku hanya ada satu cinta dan satu hati. Dan yang satu itu telahku berikan kepada seseorang yang istimewa.
Mungkin ini ujian Allah untuk menduga seteguh mana cinta ini.
Ada yang mengaku telah lama menyimpan perasaan. Tapi kenapa baru sekarang mahu diluahkan? Setelah aku tidak lagi mempunyai ruang di hati. Setelah wilayah hati ini ditakluk oleh dia yang istimewa.
Setelah sejauh ini kami lalui hubungan ini, setelah dia buktikan betapa bersungguhnya dia terhadap hubungan ini, sehinggakan saat-saat genting rela dia hadapi, mana mungkin aku berpaling. Dan setiap hari, kasih sayang ini terasa semakin indah walau pun terkadang taufan melanda.
Aku tidak mahu menyakiti hati sesiapa apatah lagi mempermainkan perasaan orang sepertimana aku tidak mahu dipermainkan. Maka kalian jagalah hati kalian. Kita sekadar kawan. Dan tak boleh lebih dari itu. Kerana itu, bila ditanya, aku tanpa berselindung memberitahu yang aku sudah mempunyai seseorang.
Aku minta maaf, aku tidak bisa memenuhi kehendak semua orang. Dalam hal ini, aku harus memilih dan pilihan telahku buat.
Kita, tetap kawan sampai bila-bila melainkan takdir mengubahnya.
Thursday, November 28, 2019
Apa Yang Orang Lain Tak Buat
Aku sering terpegun dengan apa yang dia lakukan. Rasa syukur pada Allah kerana dikurniakan lelaki yang aku idamkan selama ini. Bukan seratus pratus tapi apa yang dia lakukan, buat aku terharu. Benda-benda remeh je tapi itulah yang menyemarakkan rasa cinta dan kasih sayang.
Dulu, kawan pernah cakap, “Kalau nak kahwin, cari orang Melaka sebab orang Melaka romantik.”.
“Ye ke?” Tanyaku kepadanya.
“Betul kak. Contohnya abang ipar saya. Romantik kak. Dari zaman bercinta, sampailah dah ada anak ni, macam tu je dia,”
“Contoh romantik tu?” Tanya saya lagi.
“Abang ipar saya, dari zaman bercinta sampai sekarang, selalu bawakan beg tangan akak saya.”
“Ye ke?” Aku teruja.
“Betul kak,” Jawabnya.
“Walaupun di tempat ramai?” Tanya saya ingin tahu. Ada ke lelaki macam tu? Macam dalam novel pulak.
“Betul. Kat shopping complex pun dia yang bawakan,”
Wow! Amazing! Bukanlah kita nak memperhambakan lelaki. Tapi bila dia buat sesuatu yang sweet, itulah yang akan kita ingat sentiasa walaupun benda yang simple.
Selama aku bercinta, tak pernah ada pasanganku yang bawakan beg tanganku. Mungkin dia orang malu kot.
Tapi... aku terkejut bila kali pertama keluar dengan abang sebagai pasangan kekasih, abang mengambil beg tanganku dari peganganku lantas membawanya sepanjang kami berjalan-jalan. Kalau aku bawa dua beg iaitu beg tangan dan recycle bag, abang akan bawa mana yang berat. Kalau dia bawa beg laptop, dia akan bawakan beg recycle aku yang sering dipanggilnya beg doraemon. Tapi kalau aku bawa satu beg tangan je, dia akan ambil dan bawa beg tangan aku. Dialah juga yang akan memasukkan begku ke tempat duduk belakang setiap kali nak masuk kereta walaupun dia sekadar menjemputku.
Perkara-perkara macam ni, sering diambil remeh oleh kaum lelaki, tapi, kalau diamalkan, perkara yang kecil ni, menjadi pengikat kasih sayang. Perempuan akan rasa betapa untungnya dapat pasangan macam ni. Kita akan rasa, bertuah sangat. Lebih-lebih lagi kalau benda tu tak semua orang nak buat.
Jadi, bukanlah kena tunggu kahwin dengan orang Melaka kalau nak lelaki romantik. Orang Pahang pun romantik jugak. Ia bergantung kepada individu. Kalau yang sebelum ni, pegang beg tangan sekejappun tak nak. Malu katanya. Kalau terpaksa pegang, cepat-cepat nak bagi balik kat aku walaupun masa tu, aku tengah kelam-kabut. So, aku ingat spesis lelaki ni semua sama. Kalau kita nak buat something, terpaksa minta dipegangkan beg tangan, barulah ambil dan pegang.
Thursday, November 21, 2019
Masa Diluangkan Bersama 2
Jalan santai diteruskan lagi dan kali ni, kami melintasi Brand Outlet. Sekali lagi aku bertawakal dan minta singgah sebab nak beli seluar slack.
Memang seluar slack ada. Murah pulak tu. Tapi... Aku ni nak kena try lepas tu nak pendapat orang OK ke tak. Kalau tak OK, kena try yang lain. Tengoklah. Kalau mood dia tak OK, nanti aku ajak Amjad la datang sini beli.
Dia kata, slack tu OK. Then aku cakap, aku nak beli dan nak try. Tanpa banyak cerita, dia tengokkan saiz slack dan bawa aku ke fitting room. Alamak, seluar ni, kenapa rasa macam tak best. So, aku kena minta tolong dia lagi untuk ambilkan saiz lain. Harap abang tak marah. Abang, sayang bukan nak susahkan abang. Tapi sayang terpaksa. Sayang tak boleh cari sendiri. Sebab tu sayang terpaksa susahkan abang.
Aku bagi tahu dia yang aku nak try saiz L. Then dia pergi carikan saiz L. Salah cutting la pulak. Kena susahkan dia lagi. Aku cakap kat dia, salah jenis seluar. Then dia pergi ambil yang lain. Bila dah try, aku minta pendapat dia. Senang je nak suruh dia tengok sebab dia ada je kat luar fitting room tu. Dia kata besar sangat. Lagi elok yang M sebab terletak pada aku. Lepas tu aku nak try balik yang M tadi. Akhir sekali, aku pilih slim fit saiz M.
Kami pun meneruskan perjalanan santai kami. Sebenarnya, aku rasa lapar sangat masa jalan-jalan tu. Tapi, rasa sayang nak ganggu waktu ini. Takut jugak kalau dia tak nak makan. Tak apalah. Balik nanti aku masak maggie.
Sampai kat stesen Ara Damansara, "Eh, sayang ni tak nak makan ke?" Tanya dia padaku. Mungkin dia baru teringat.
"Sebenarnya, sayang lapar," Jawabku perlahan.
"Laaa... Kenapa tak cakap?" Tanyanya kalut.
"Abang tak tanya pun. Sayang diamlah," Jawabku perlahan bercampur mengantuk sebab pagi semalam aku bangun jam 3.25 pagi then tak boleh tidur. Jadi aku rasa mengantuk sangat.
"Laaa... Perut sayang, sayang yang rasa lapar, sayang kenalah bagi tahu. Abang mana tahu perut sayang." Aku diam.
"Nak makan kat mana ni? Kalau cakap tadi kan senang nak makan," Aku diam lagi. Bimbang dimarahi.
Sudahnya, bungkus makanan kat kedai mamak.
Begitulah kisah pertemuan kami semalam.
Abang tahu tak, masa bersama abang tu cukup bermakna bagi sayang? Sayang faham, abang tak boleh jumpa sayang selalu. Tapi, sayang suka sangat bila abang ada satu masa at least sekali seminggu untuk sayang. Masa macam malam tadi. Masa yang abang relax bersama sayang. Tak terkejar-kejar. Masa yang sayang rasa memang abang peruntukan untuk sayang. Sayang tak rasa yang sayang berkongsi masa abang.
Masa Diluangkan Bersama
Malam tadi, kami meluangkan masa bersama. Bersiar-siar di Sunway Piramit.
Hari tu abang kata, Selasa nak park kat Subang. Tapi tak jadi. So, postpone ke hari Khamis.
Aku tak mengharapkan yang lebih-lebih. Bimbang kecewa untuk ke sekian kalinya. Jadi, aku beranggapan, dia sekadar ingin bertemu, hantar aku balik dan dia pun pulang. Ya. Kalau aku harap dia nak luangkan masa bersama aku, kalau tak berlaku, bila dia balik, aku yang nangis sorang-sorang seperti dua minggu lepas. Oleh itu, biarlah aku jaga hati aku sendiri sebab tak akan ada orang yang nak jaga hati aku. Aku pun merancang nak buat itu dan ini.
Petang semalam, dia teks aku, tanya apa plan untuk hari ni? Plan? Plan apa? Memang aku tak ada jawapanlah sebab plan aku kat rumah. Aku tanya dia, dia suka buat apa? Dia kata, dia suka lepak-lepak. Hmmm... Sebenarnya kesukaan kami berbeza. Kalau aku, aku suka keluar jalan-jalan kat shopping complex, tengok-tengok barang, window shopping, main bowling. Tapi dia tak suka semua tu. Fikir punya fikir, aku buntu. So, aku diam.
Aku dah bersedia untuk dimarahi sebab tak ada plan. So, balik tu, aku mandi siap-siap. Sebab kalau dia marah, dia akan jumpa aku kejap je. Jadi kalau aku dah mandi, bolehlah aku duduk melepek atas katil dan bersedih sorang-sorang, nangis.
Dah banyak kali kena marah. Apa yang aku buat, ada je salah. Apa yang aku minta, ada je yang tak kena. Mungkin aku yang tak faham cara orang. Tak apalah. Makanya, bersedia jelah untuk dimarahi atau permintaan yang tidak ditunaikan. Aku perlu lebih berhati-hati. Maka hasilnya, bila bertemu, aku terlalu berhati-hati sampai aku rasa, aku tidak lagi menjadi diriku sendiri. Tak apalah. Asalkan pertemuan ini tenang dan dia happy. Aku? Aku tak penting. Seperti yang dia mahu, aku perlu jaga hatinya, pentingkan dia dulu. Aku ni, tak apalah. Dah biasa sedih, dah biasa terasa dan makan hati.
Bila dia tanya apa plan? Aku dah tunggu dah, dah bersedia untuk dimarahi. Aku cakap tak ada plan. Kalau ada pun, mesti dia tak suka. Dia kata, cakap dulu. Sebenarnya aku hanya ada, tengok wayang, pergi Ikea tengok perabot tak pun jalan-jalan kat mall.
Alhamdulillah, dia setuju untuk tengok wayang. Memandangkan jam, kami pun naik LRT dan tukar BRT untuk ke Sunway Piramit. Sampai kat sana, tak ada pulak cerita yang dia suka. Sebenarnya, aku sekadar nak habiskan masa dengan dia. Cerita apapun aku tak kisah. Janji, dia nak tengok. Bila semua cerita dia kata tak best, Aku fikir, kejap lagi mesti dia ajak balik.
Tapi tidak, dia mahu bersiar-siar sambil cuci mata. Itu pun memadai bagi aku. Janji, aku dapat luangkan masa dengan yang tersayang. Tapi, memang tak dapat dinafikan, sikap berhati-hati aku tinggi. Hingga aku rasa, aku tak bebas bercakap dan perlakuanku terbatas. Rasa rimas pun ada. Tak apalah. Janji tak bergaduh. Aku dah penat. Dia nak jalan-jalan dengan aku habiskan masa pun dah syukur alhamdulillah. Kalau birthday aku dia buat semua ni, pasti senyum tak lekang di bibir aku masa tu. Dahlah, jangan ingat pasal birthday. Sebab, setiap kali aku ingat pasal birthday aku, aku pasti rasa sedih, rasa nak nangis. Sampai ke saat ni. Aku tak minta lebih-lebih. Aku nak masa bersama di hari bermaknaku. Tu je.
Masa jalan-jalan tu, dia bacakan aku setiap kedai yang kami lalui. Ada satu kedai baju ni, dia cakap, baju tu comel-comel semuanya. Semua saiz aku je. Tak ada yang besar. Dengan teragak-agak, aku minta nak masuk tengok kedai baju tu. Tanpa banyak cakap, dia menurut. Kami melihat-lihat baju yang dipamerkan. Dalam aku berhati-hati tu, jatuh pulak baju yang bergantung. Ingatkan dah nak kena marah dah. Tapi dia cakap, kalau nak apa-apa cakap, biar dia yang ambilkan.
Tuesday, November 12, 2019
Pakaikan Tali Pinggang Keledar
Post kedua untuk hari ni.
Suka hatilah nak post berapa kalipun. Kan blog aku.
Apabila seorang perempuan meminta lelaki yang dicintainya melakukan sesuatu, bukanlah bermaksud dia mahu memperhambakan lelaki tersebut. Jauh sekali tidak hormat kepadanya. Apabila permintaan kita ditunaikan, Rasa kasih sayang tu segera je mengalir sejuk ke dasar hati.
Salah satu daripada permintaanku adalah dipakaikan serta dibukakan tali pinggang keledar. Bukan niat mahu memperhambakannya.
Sebenarnya, aku cuba melupakan masa silamku. Cuba untuk meletakkan orang yang aku cintai lebih istimewa dari yang sebelumnya.
Kenapa?
Apabila diperlakukan begitu, aku rasa sungguh istimewa. Perlakuan ini sering aku ingat tatkala menaiki kenderaan sebab tak ada orang pernah buat benda ni melainkan dia.
Setelah kami berpisah, aku selalu berharap agar aku tidak lagi mengingatinya. Selalu mengharapkan kebaikan orang yang ada bersamaku mampu membuat aku lupa segala-galanya tentang dia. Aku ingin lupakan segala-galanya tentang dia. Tentang apa yang pernah dilakukan padaku sama ada baik atau buruk. Kerana apa? Orang yang ada denganku sekarang adalah rialitiku, masa depanku. Dan aku mahu merasakan orang yang ada denganku sekarang adalah yang terbaik. Yang paling istimewa.
Down
Hari ni, aku rasa down. Rasa down sangat.
Masalah kat tempat kerja. Susah kalau berurusan dengan orang yang tak professional ni.
Rasa tak ada mood nak buat event hujung minggu ni.
Aku rasa sedih sangat. Benda yang tak ada isu, jadi isu. Semata-mata kerana dia tak boleh jadi secretariat aku. Sebenarnya bukan sebab tak dapat jadi secretariat. Semua berebut nak jadi secretariat aku sebab ada elaun. Tu je. Dan aku takkan pilih orang yang tak buat kerja dan akan menyusahkan aku, yang duduk saja datang nak mengarah. Bukan nak buat kerja.
Tapi, dengan peristiwa yang berlaku, buat aku jadi lemah. Jadi down. Tapi aku tak boleh tunjuk depan staff aku, depan secretariat bawah aku. Nanti dia orang pun jadi down. Sedangkan, para peserta dari Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, semuanya call aku dengan ceria, nak datang event, nak jumpa aku. Ada yang dah siap cakap nak belanja aku sarapan pagi. Ada yang dah siap beli barang untuk aku tanda penghargaan, ada yang dah cakap nak belikan aku buah tangan. Semua tu buat aku rasa bersemangat untuk buat yang terbaik untuk dia orang. Memang excited nak jumpa. Maklumlah, jauhkan, so sesekali dapat jumpa, seronok. Event macam nilah nak beramah-mesra.
Tiba-tiba jadi macam ni hanya kerana tak puas hati.
Dengan siapa aku nak share ni? I need someone to talk. I need someone untuk dengar luahan ni. Someone untuk bagi semangat kat aku yang tengah down ni. Event tiga hari je lagi.
Abang? Baru je nak baik. Karang aku cerita-cerita, dia salahkan aku. Lepas tu aku terasa. Pas tu aku marah, dia pun marah. Then gaduh lagi. Aku penatlah.
Sudahnya, kena simpan ke??? Stress!!!!!!!!!!
Wednesday, November 6, 2019
Dugaan Allah Datang Lagi
Mungkin betul kot orang cakap, kalau kita niat nak kahwin, memang Allah tu akan uji hubungan kita. Bukan setakat ujian melalui pasangan tu sendiri tapi termasuk ujian dari luar.
Aku rasa, aku diuji dari kedua-duanya. Makin lama, sikap dia makin lain. Apa yang lain? Tu kena buat entri lainlah.
Yang keduanya, Allah datangkan seseorang untuk menguji sekuat manakah rasa cintaku pada si dia dalam situasi begini. Situasi sikap dia pun menguji kesabaranku.
Adalah sorang mamat ni, baru-baru ni, dia call aku atas urusan rasmi. So, macam biasalah. Aku mestilah layan orang dengan baik kalau dah berurusankan? Dia tu sebenarnya kawan aku. Tapi bukan selalu contact macam mamat puaka office aku ni.
Then, mulai dari hari tu, rajin pulak dia text aku. Aku cuma jawab apa yang dia Tanya. Kalau lebih-lebih, aku stop. Prinsip aku, aku tak suka mainkan hati orang. Aku pernah rasa macam mana sakitnya dipermainkan. So, insya-Allah, aku takkan buat orang macam tu. Aku tak nak bagi harapan palsu kat orang.
Then semalam, dia text cakap pasal program. Aku sampai rumahpun dah lewat sebab masa nak balik tu terjumpa Yaya, operator office aku dan kami bersembang. Leka-leka, lewatlah gerak pergi stesen. Aku memang nak cepat sebab nak Maghrib dan ada kelas mengaji. Si Aishah pun sama. Masa aku nak cepatlah baru nak Tanya itu dan ini.
Nampak macam panjang je dia orang ni, aku cakaplah, "OKlah. saya nak Maghrib lepas tu nak pergi mengaji." Dengan harapan, dia orang termasuk mamat tu tak text aku dah.
"OK. Malam ni calling ek," Text dari mamat tu. Aku diam. Malas nak layan. Takkan nak bersembang malam-malam dengan dia? Kalau sebelum ni memang selalu call dan sembang, OK la. Tapi tiba-tiba je.
Masa tu, aku teringat. Aku suka sangat bila abang call aku. Tapi abang tak nak call aku. Mungkin ni Allah uji. Allah datangkan lelaki lain untuk memenuhi kemahuanku untuk melihat kekuatanku melawan semua ni.
Balik mengaji, aku baca text yang masuk. Ada text dari mamat tu, "hati-hati sayang."
Hah? Salah send kot. "Salah send ke?" Tanyaku kepadanya.
"Nope. for you la,"
Gila! Jangan layan! Entah-entah saja nak mainkan aku. Pada hal aku pernah cakap yang aku ada seseorang. Kalau dari dulu dia ada hati kat aku tu, aku fahamlah susah nak lupa. Ni, saja nak cari penyakit ni.
Dan malam tadi, aku sibuk membaca group whatsapp Tupperware aku. Then aku up status Whatsapp dan Facebook tentang barang kesukaan aku tu. Then, ramailah kawan-kawan text aku pasal benda tu. Termasuklah si puaka office aku ni. Kalau dah dua-dua riuh, lamalah kami duk buat review pasal Tupperware ni. Ni belum masuk memasing mempuakakan masing-masing.
Pagi ni, seawall pukul 6.00 pagi dia dah text aku, "Assalammualaikum, morning...." Entah apa-apa dia komen status western food aku semalam.
"Malam tadi, tidur awal ke?" Tanyanya.
"Tak adalah. chatting dengan kawan-kawan."Dengan harapan dia faham, yang aku tak nak berbual dengan dia.
"Saya tunggu awak. Kalau tahu, saya call malam tadi,"
Aku diam. Malas nak komen.
"Dah bersiap nak pergi kerja?" Diam jelah. Sengaja baca lewat text tu.
"Hati-hati dan semoga dipermudahkan semua urusan hari ni." Tak jawab, dia tu kawan. Jawab nanti kata melayan. Tak jawab kata sombong.
"TQ". Aku terus offline. Hadoi, serba salah kalau kawan sendiri yang buat macam ni.
"My pleasure," Lantak kaulah. Dah, jangan text aku. Malas aku nak layan. Boleh tak kalau text aku tu, macam kau text kawan kau? Macam selalu bila ada urusan?
Demi membacakan text itu, aku terus text abang. Dengan harapan, abang akan lebih romantic dari dia. Supaya ia lebih menguatkan hati aku untuk melawan semua dugaan Allah ini. Tapi hampa, layanan abang hambar mungkin masih marah atau merajuk. Tapi kan dah banyak hari. Cukuplah tu. Tak ada kata-kata hati-hati sayang, semoga selamat di perjalanan, atau yang sama waktu dengannya untuk bekalan aku ke pejabat. Malah bila aku tiba di pejabat, aku beritahu abang "sampai," kalau ikut nada percakapan, sampai tu dengan girang aku beritahu untuk memadankan rasa sedih abang tak cakap apa-apa masa aku nak pergi kerja tadi. Tapi, sekali lagi, aku hampa. Abang tak balas apa-apa meskipun dia membaca text aku. Tak apalah. Allah uji. Fikirku dalam hati. Aku berdoa supaya hatiku kuat melawan semua dugaan.
Abang tahu tak, sayang sayang sangat kat abang. Sambutlah cinta kasih sayang ni, abang. Jangan dibiarkan ia tidak bersambut. Sayang hulurkan pada abang. Bukan pada orang lain.
Pesanan Buat Yang Merajuk
rajuk, marah, terasa dan cemburu pasti takkan boleh dielakkan bila kita berhubungan dengan seseorang. Sebab, perasaan kita tu dekat sangat dengan dia. So, kalau sikit yang dia buat, dia cakap, kita cepat je nak marah, nak merajuk, nak cemburu, nak terasa. Boleh, bukan tak boleh. Tapi, berpada-padalah.
Kadang-kadang, apa yang dia buat tu, sebab kita jugak. Dan, kalau marah dan merajuk tu tak perlulah panjang-panjang sampai sehari dua, seminggu, sedangkan, pasangan kita tu sebenarnya terasa hati dengan sikap kita jugak. Tapi, dia tahankan je. Dia control perasaan dia supaya dia tak marah lama dan tak merajuk jugak. Dahlah pasangan kita merajuk kita buat tak layan. Kononnya, benda macam tu pun nak merajuk, salah sendiri. Pujuklah diri sendiri. Kalau pasangan kita nak bagi ayat macam ni kat kita, boleh sangat. Tapi sebab dia tu nak jaga hati korang, so, dia sabar je bila korang merajuk. Geram-geram pun, dia cakap dalam hati. Dahlah dia merajuk korang tak nak pujuk. Bila korang merajuk, korang tahu pulak nak dia pujuk. Bukan setakat pujuk, nak dia pujuk bermati-matian, sampai korang puas hati. Adilkah macam tu? Cuba korang letak diri korang kat tempat dia. Apa korang rasa. Dia pujuk, korang buat bodoh. Buat tak layan. Yang dia, fikir macam mana nak bagi elok hubungan. Macam mana nak baikkan korang. Kalau Korang, nak ke korang buat macam tu? Rasa macam tak dihargaikan? Rasa macam korang je yang terhegeh-hegeh. Tak sampai sehari, korang dah meradang. Dan buat lantakkan dia. Lama-lama korang mesti rasa bosankan? Korang fikirlah sendiri.
Bila dia marah pulak, korang marah dia balik. Kononnya dia tu salah, korang je yang betul. Tapi bila korang marah, korang paksa dia suruh terima apa yang korang cakap, apa yang korang buat. Korang kata, itu yang terbaik. Tanpa bagi ruang pada dia untuk bersuara dan luahkan apa yang dia rasa, isi hati dia. Kalau dia cakap, korang kata, dia menjawab, melawan. Sekali lagi, cuba korang letak diri korang kat tempat dia. Apa korang rasa? Adil ke?
Kesimpulannya, boleh je nak marah, merajuk, cemburu dan terasa. Cuma, biar berpada-pada. Hari pertama pasangan korang pujuk korang, dia pujuk dengan ikhlas. Dengan rasa penuh kasih sayang. Walaupun sebenarnya dia yang terasa dengan korang.
Hari kedua, Dia dah mula rasa semacam. Tapi sebab sayangkan korang, dia ikutkan jugak.
Hari ketiga, diapun dah mula nak marah. Sebab rasa tak dihargai apa yang dia buat. Lebih-lebih lagi kalau sebenarnya dia yang merajuk, lepas tu korang twis jadi korang yang merajuk. Jangan bangga dengan kebolehan korang yang pandai twis tu sebab itu adalah perosak hubungan sebenarnya.
Maka, fikir-fikirkanlah.
Monday, November 4, 2019
Macam Yang Aku Pernah Cakap
Sekali lagi. Aku baru je dalam proses pemulihan hati. Dah bagi aku rasa yang tak sedap.
Wahai kaum lelaki, korang ingat perempuan ni suka-suka ke nak cemburu? Sakit tau tak??? Tapi, itu lumrah manusia terutamanya perempuan. Tapi korang ni, bila perempuan cemburu marah. Habis tu kenapa korang buat perempuan cemburu???
Kalau korang nak berpoligami, belajarlah dari Rasulullah, baca sirah. Baca akhlak Rasulullah bagaimana menangani isteri-isterinya cemburu. Banyak riwayat bercerita tentang cemburu isteri Rasulullah terutamanya Aishah yang sering dilanda cemburu. Tapi Nabi tak pernah marahpun. Dengan kebijaksanaan, baginda menangani cemburu Aishah baik dan lemah-lembut sampai terubat hati Aishah. Tapi korang? Korang bila perempuan cemburu je marah tak tentu pasal. Rasulullah hanya marah apabila Aishah mencela madunya. Kalau cemburu, rasulullah tak pernah marah. Belajarlah bab tu. Cemburu tu sakit. Kalau tak diubati, sampai ke malamlah sakitnya. Malah, sampai bila-bilapun kita ingat.
Aku nak lupakan semua yang aku terasa. Nak lupakan birthday yang orang tak ada dengan aku, nak lupakan orang marah aku sebab aku minta dia buat apa yang aku suka. So, janganlah tambah dengan rasa cemburu ni. Awak jugak yang tak suka saya cemburu. So, janganlah buat. Ni bukan kali pertama benda ni jadi. Kalau aku ulang kesilapan yang sama tahu nak marah. Tapi kalau dia ulang, tak apa ke? Dulu pernah gaduh pasal hal ni. Takkan tak ingat? Apapun alasannya, elakkan dari bagi ayat buat aku cemburu.
Dahlah call pagi tak nak. Aku dah sampai office, tak ada pun dapat text bagi tahu yang dia nak gerak ke office. So, dengan rasa kasih sayang, nak tahu di mana keberadaan orang yang kita sayang, aku text dia, "Nak gerak tak cakap pun?" Ni aku bagi text Kalau aku cakap, aku Tanya ni dengan manja OK. Bukan marah atau tak puas hati.
"Nak gerak ke stesen. Minta dihantarkan." Untuk orang yang tak alami apa yang aku alami, ayat tu biasa. Tak ada salahnya pun. Tapi bagi mereka yang ada di tempat aku? Sebenarnya nak cakap apa ni? Nak cakap sedang bermanja ke? Nak bagi tahu yang sedang berbahagia? Masa tengah berbunga-bunga? Tak salah nak rasa semua tu, dah suami-isteri kan. Tapi simpan sendiri jelah. Tak payah nak cerita kat aku. Aku pun selalu mendoakan yang baik-baik. Tak adapun nak suruh bergaduh memanjang. Sebab aku datang dengan niat yang ikhlas bukan nak runtuhkan rumahtangga orang. Cemburu tu lumrah. Saidatina Aishah yang dijamin syurga pun cemburu. Jadi siapa aku untuk terkecuali daripada perasaan tu???
Fikirlah sikit. Masa dah tak banyak dengan aku. Call pun tak, jumpapun strick ikut peraturan, seminggu sekali je. Tak boleh lebih. Kalau lebih tu jarang sangat. Tapi ada ke aku merungut? Tak adakan? Aku ikut je. Walaupun ada masa-masanya, aku nak sangat jumpa. Tapi aku faham kedudukan aku. Aku tak berhak. Nak jumpa bilapun aku tak pernah cakap kecuali ditanya. Nak pergi manapun aku tak cakap kecuali ditanya dan ada tempat yang aku terpaksa pergi. Lebih kurang 12 jam sehari kalau tak termasuk waktu tidur, lebih kurang 4 jam sehari masa diluangkan kat sana tak termasuk hari cuti 24 jam. Untuk aku? empat jam seminggu pun belum tentu. Dan again, aku faham siapa aku. Cuma, aku minta jaga hati aku seperti mana hatinya nak dijaga. Makin lama, masa untuk aku makin kurang. Dulu kata, masa banyak untuk aku. Sembang pagi dan petang dah berapa jam. Sekarang dah tak ada. Dah dipotong. Dan aku tak ada pilihan, aku kena terima semua tu. Takkanlah dalam bab ni pun tak boleh faham?
Kan lebih baik kalau ayat tu diubah, "Nak gerak ke stesen. Abang tak drive hari ni." Automatik aku faham. Then kalau aku nak kepastian, aku sendiri akan Tanya.
Karang kalau cakap, tak boleh, marah. Tapi suka buat orang terasa, cemburu. Simple je. jangan cakap benda-benda yang menimbulkan rasa cemburu dan buat aku terasa. Lagipun, aku tak boleh buat benda tu kalau dengan aku. Aku tak boleh hantar pergi stesen. So, jangan cerita apa yang orang lebih dari kita. Cemburu atau tidak seorang perempuan, bergantung kepada lelaki. Cemburu atau tidak seorang lelaki, bergantung kepada perempuannya.
Sudah Teja, jangan nangis, kejap lagi ada staff meeting. Nanti ada yang bertanya.
Sunday, November 3, 2019
Rasa Sebak Dan Terharu
Rintitan rasa rindu padanya, aku text bagi tahu yang aku ingat kat dia. Nak cakap rindu, sayang tu belum lagi. Mungkin hati aku ni dalam proses pemulihan.
Dia tanya aku buat apa hari ni? “Kemas rumah.” Jawabku ringkas. Bimbang hati dilukai jadi biarlah ringkas-ringkas je. At least, ada jugak aku text dia. Karang marah pulak.
Dia jawab, “Nanti abang nak pergi DIY, nak tengok flash sayang ye,” Sekonyong-konyong hati jadi sebak dan terharu. Dalam kesibukan dia melayan orang-orang di depan matanya, masih lagi ingat akan masalah aku.
Thanks abang.
Cinta Itu Gila
Cinta itu memang gila.
Ke aku yang gila?
Ke hati aku yang gila?
Ke perasaan aku yang gila?
Kalau dinihari semalam aku sedih kerana terasa perasaanku diketepikan, lewat pagi tadi mengejutkan aku lalu hati diterpa rasa rindu yang mendalam padanya.
Benarlah kata ustaz masa kursus kahwin hari tu, tak susah manapun nak hidupkan rasa kasih sayang di hati perempuan, buat baik padanya, berlemah-lembut, cakap baik-baik, tunjukkan kasih sayang, lafazkan kasih, rindu dan sayang, insya-Allah, terubatlah hati perempuan kerana fitrah perempuan ingin disayangi, dibelai, dimanja dan perlukan perhatian.
Bukan susahpun nak buat aku sayang dan melayan orang dengan lemah-lembut terutamanya orang yang aku sayang. Kalau dia lemah-lembut, cakap baik-baik, tak adalah aku buat perangai walaupun bukan 24 jam ada depan mata aku.
Semalam, dia text, tanya aku buat apa? Lepas tu gurau-gurau cakap dengan aku. Sejuk rasa hati.
Sayang sayang abang. Abang tak perlu tunjukkan keegoan abang pada sayang, marah sayang berlebih-lebihan dan lama. Sebab itu akan menjauhkan sayang dari abang. Jika abang berlemah-lembut, tegur sayang dengan baik, itu akan membuatkan sayang jadi seorang yang taat tanpa melawan. Dengan lemah-lembut, tanpa keegoan, sayang tahu abang untuk dihormati dan dijaga hatinya. Tapi dengan kekerasan, ia akan menawarkan hati sayang buat abang.
Mungkin, abang rasa, dengan kekerasan, ego dan paksaan, sayang ikut apa yang abang nak. Tapi sebenarnya, abang sedang menghalau sayang jauh dari abang. Kalau sayang ikut pun, bukan ikhlas dari hati. Tapi terpaksa. Bila terpaksa, ikhlas tiada. Itu yang akan buat sayang sering memberontak dan menjawab.
Bila abang baik-baik dengan sayang, abang tak suruh pun sayang akan buat. Bukan sayang tak tahu apa yang abang suka. Tapi bila abang kasar-kasar dengan sayang, sayang malas nak buat. Sayang jadi tak ada mood. Buat ala kadar je supaya abang tak marah.
Saturday, November 2, 2019
Tiba-tiba Rasa Sedih
Tiba-tiba teringat kepada peristiwa yang berlaku dua minggu lepas, semasa pulang dari JB. Rasa sedih segera menerpa. Tangis pun berguguran. Aku bukan seorang pemendam. Maka sebab itulah bila dipaksa jadi pemendam, maka hatiku memberontak dan aku akan ingat peristiwa tu. Aku tak boleh nak lupa macam selalu. Selalunya bila aku marah atau sedih, dan aku luahkan, perasaan itu akan pergi. Lepas tu, aku akan lupa semuanya seolah-olah perkara tu tak pernah berlaku.
Dia nak aku buat semua yang dia suka. Tapi kebanyakan kesukaanku, dia enggan melakukannya. Adilkah? Bukan ke dalam sesebuah hubungan tu kita kena saling memahami dan memenuhi keperluan terutamanya keperluan emosi pasangan? Itu yang aku belajar minggu lepas dalam kursus kahwin.
Dia selalu cakap, kalau aku jaga hatinya, dia akan jaga hatiku. Tapi tak banyakpun yang berubah bila aku jaga hatinya. Malah, setiap kali aku cuba jaga hatinya, ada je benda yang melukakan hatiku atau yang buat aku cemburu atau terasa.
Aku cuba, cuba untuk buat apa yang dia suka. Sebab benda tu senang dan mudah. Dan aku selalu buat pun sebelum ni. Hari-hari. Contohnya, bagi tahu setiap kali nak keluar dan sampai kat tempat tu. Kalau sekali tak buat, mulalah lain macam, nak marah. Tapi sepanjang minggu ni, tak ada sekalipun dia call aku. Sedangkan dia tahu, aku suka bila dapat berbual. OK la, kalau tak boleh call hari-hari, nak menikmati pemanduan katanya. Tapi takkanlah sesekali tak boleh? Habis apa kesukaanku yang dia boleh buat?
Aku pun ada hati, ada perasaan yang sama macam dia. Ada benda yang aku suka bila pasangan buat.
Bila aku sayangkan seseorang, aku akan cuba penuhi apa kemahuannya. Akan cuba menggembirakannya, menghiburkan hatinya. Tapi, bila tuntutan emosiku tak dipenuhi...
Bukan bermakna aku diam, aku lupa semua tu.
Kita tengoklah. Kita penuhi apa yang dia nak. Jaga hati dia. Dan apa pulak yang akan dia buat yang katanya dia akan jaga hatiku bila aku menjaga hatinya.
Tuesday, October 29, 2019
Jangan Tipu
Aku lupa siapa yang cakap ni sama ada Ustazah Mariani atau Ustaz Mohd Nor. Masa tu dia tengah cerita tentang percakapan isteri dengan suami. Dia bagi contoh, aku dah lupa apa contohnya. Lepas tu dia cakap, “Kalau isteri cakap macam ni, sejuk hati suami. Mesti suami tak cari lain.”
Paling aku tak boleh lupa, dia cakap, “Orang lelaki, kalau dia nak kahwin lagi, mesti bersebab. Kalau hidup dia bahagia, dia takkan kahwin lagi. Kalau dia kata, dia bahagia tapi nak kahwin lagi, mesti ada yang tak kena. Tak banyak, sikit. Kalau dia kata dia bahagia tapi nak kahwin lagi, itu menipu. Tak banyak, sikit mesti ada yang dia rasa kurang sebab tu dia cari pelengkap, untuk menampung apa yang kurang atau apa yang dia tak dapat dalam perkahwinan dia. Orang perempuan, ingat tu. Jagalah apa yang patut.”
Doa segeraku panjatkan, walau siapapun jodohku, meskipun berpoligami, aku harap, aku mampu menjadi yang terbaik, yang sentiasa membahagiakan, sentiasa dirindui dan didambarkan. Andai aku tak mampu untuk menjadi yang pertama, maka aku mohon agar Allah jadikan aku yang terakhir buatnya.
Monday, October 28, 2019
Kursus perkahwinan
Alhamdulillah, semalam, tamatlah sudah kursus perkahwinan. Pelbagai sesi ceramah telah kami sertai.
Ustaz Mohd Nor, pensyarah IPK sewaktu di UiTM dulu salah seorang daripada penceramah tersebut. Ustaz yang kini telah bergelar Professor Dr. menyampaikan topik paling penting dalam rumahtangga iaitu Komunikasi dalam perkahwinan.
Satu lagi penceramah yang saya suka ialah Ustazah Mariani dan tidak ketinggalan Ustaz Abdullah.ketiga-tiga ustaz dan ustazah ni memberi input yang banyak dalam gaya penyampaian yang menarik.
Saturday, October 26, 2019
Power Bank, Hadiah Hari Lahir Yang Masihku Simpan
Power Bank transformers yang Fauzi berikan sebagai hadiah hari lahirku yang pertama bersamanya, masihku simpan dan masih elok. Sejak guna phone baru ni, jarang aku menggunakannya sebab kalau gunapun, tak penuh untuk sekali charge. Power bank ni berat dan berlampu macam transformers. Dulu, dia selalu tanya,
“Awak, transformers awak elok lagi?”, “Awak tak bawa transformers awak?”
Aku menyimpannya di bilikku bukan kerana masih belum move on atau masih mengharapkannya. Cuma, hadiah hari lahir dari orang-orang yang pernah menjadi orang istimewa, kebanyakannya masih aku simpan kerana ianya mampu buat aku rasa istimewa, dihargai dan rasa happy bila teringatkan saat itu. Dan hadiah Transformers ni sangat istimewa bagi aku. Yelah, tahun pertama menyambut birthday bersamanya. Bila terpegang power bank ni, rasa happy sangat walaupun aku bukan merindui dia. Siapa tak happy kalau dapat hadiahkan?
Ingat lagi pada hari lahirku itu, dia ajak aku keluar. Lepas tu, dia tanya aku nak pergi mana? Jawapan standard aku, “Tak tahu. Ikut suka awaklah. Mana yang awak rasa nak pergi,”
“Hari ni kan birthday awak, awak nak hadiah apa?” Tanyanya lagi.
“Awak nak bagi saya hadiah?” Saya bertanya kegirangan sebab dah lama tak dapat hadiah dari sesiapa.
“Yelah,” Jawabnya ringkas.
“Laaa... kalau awak nak bagi, janganlah tanya saya nak apa. Tak surprise la,” Kataku padanya.
“Saya tak pandai nak beli hadiah. Sayapun tak tahu apa yang awak suka. Nanti kalau saya beli, awak tak pakai pulak,” Jawabnya menerangkan.
“Saya rasa tak best la nak minta orang,” Jawabku sambil dahi berkerut.
“Bukan awak minta. Saya yang nak bagi. Cuma, saya tak tahu nak bagi apa.” Katanya sambil memandu.
“Berapa budget awak?” Biar aku tahu budget. Tak adalah aku minta benda yang melampau di luar kemampuannya.
“Awak cakap je awak nak apa.” Balasnya.
“Awak, saya nak power bank boleh tak? Kalau saya jalan jauh, beteri saya selalu habis. Tengok dia orang yang ada power bank tu best je. Kat mana-manapun boleh charge,” tanya saya kepadanya teragak-agak. Saya tak tahu harga power bank masa tu, takut mahal sangat bagi dia.
“OK, kalau macam tu, kita pergi Loyad,” Lantas, dia memecut keretanya menuju Plaza Loyad.
Ada beberapa kedai kami pergi untuk tengok Power Bank pelbagai jenis. Akhirnya, dia memutuskan untuk membeli Power Bank di satu kedai. Masa tengah test tu, dia cakap dengan orang kedai, dia nak power bank yang menyala terang supaya senang saya nampak. Dan kalau boleh dia nak lampu tu berubah warna jika nak habis beteri. Sebab tulah dia pilihkan Transformers ni untuk aku. Kita orang je panggil Transformers sebab macam transformers je Power Bank ni.
Harga Power Bank ni masa tu beratus jugak. Lebih dari RM200.00. “Awak, tak mahal sangat ke?” Tanyaku kepadanya. Tak naklah membebankan dia.
“Tak apalah awak. Mahal sikit. Nanti awak boleh pakai lama.”
Hari tu, saya terima hadiah tu dengan riang gembira dan senyuman yang tak lekang dari bibir. Rasa happy sangat bila orang ingat birthday kita dan cuba buat kita happy. Yelah, family aku mana ada benda-benda macam ni masa birthday. Aku pulak, teringin nak disambut birthday, nak terima hadiah dari orang.
Tiba-tiba teringat saat tu malam ni bila aku terpegang Power Bank ni. Terus rasa happy bila ingat saat-saat tu. Bukanlah bermakna aku masih mengharapkannya. Cuma kenangan manis tu menjengah. Itu adalah antara momen hari lahir yang tak mampu aku lupakan sampai saat ni. Selalu teringatkan saat itu. Saat-saat yang istimewa sewaktu menyambut hari lahirku. Senyum sampai ke malam kot masa tu. Sampai tidur senyuman tak lekang dari bibir. Hari tu, aku asyik belek je power bank tu. Maklumlah, barang baru. Pemberian insan istimewa pulak tu. Tak puas aku membeleknya.
Thursday, October 17, 2019
Hari Lahirku
Setiap tahun, hari yang sangat aku nantikan adalah hari lahir. Masa kecik-kecik dulu, mummy yang selalu belikan kek dan aku akan potong di rumah. Siap ada lilin dan nyanyi lagu hari jadi. Dan pada hari lahir tu, aku akan pakai baju baru atau baju cantik yang jarang aku pakai. Amalan ni, aku teruskan sampai ke hari lahirku semalam.
Bila meningkat besar sikit, dan dah tak duduk dengan mummy, tak ada lagi sambutan hari lahir. Ucapan pun, kadang-kadang orang lupa. Mungkin bagi sesetengah orang, hari lahir tu biasa je. Tapi bagi aku, hari lahir tu hari yang sangat bermakna. Sebab tu aku sangat mengambil berat tentang hari lahir terutamanya hari lahir seseorang yang istimewa. Ada jugak rasa sedih bila kebanyakan hari lahirku, family tak ingat pun.
Dan semalam... adalah antara hari lahir yang tak akan aku lupakan. Antara hari lahir yang sangat sedih dalam hidupku. Aku tak tahu kenapa. Adakah kerana marahkan aku atau kerana aku belum menjadi isteri maka, hari lahirku kurang diambil berat. Sedangkan, aku tahu dia tak macam tu. Hari lahir isteri dan anak-anaknya pasti dia ingat dan siap buat sambutan hari lahir. Siap bagi tahu aku yang esok kena balik awal, lusa kena balik awal sebab birthday si pulan dan si pulan. Pergi Melaka dan Negeri Sembilan sebab nak sambut birthday orang ni dan orang tu bersama. Aku OK. Tak ada masalah pun. Dan aku suka sangat keadaan macam tu. Yelah. Aku yang tak selalu disambut hari lahirnya ni, faham. Hari lahir tu, hari yang istimewa. Dan aku suka sangat bila dia menitikberatkan hal tersebut. Sekurang-kurangnya semua orang happy. Dia cuba melakukan yang terbaik buat semua orang di bawah tanggungjawabnya. Tapi semalam... perasaanku sangat terguris. Aku tidak mengharapkan orang cuti di hari lahirku seperti Fatah pernah buat atau diberi hadiah yang istimewa dan makan di tempat yang mewah seperti Fauzi pernah lakukan. Aku faham, dia ada tanggungan yang perlu didahulukan. Aku juga tak mengharapkan kejutan yang datang meskipun kawan-kawan cakap, “Mesti kau dapat bunga kan hari ni?” Ada yang tanya, “Ada keluar makan-makan ke hari ni dengan dia?” “Kau dapat apa hari ni dari si dia?”.
Aku hanya senyum. Enggan mengulas. Sebab aku tak tahu. Dan aku pun taklah mengharapkan bulan dan bintang. Bagi aku, adanya dia bersamaku, sudah cukup. Yang lain-lain tu bonus kalau ada. Text pun biasa-biasa je. Tak ada tanda akan ada apa-apa yang istimewa. Dan, sedari pagi, aku ingatkan diri aku bahawa akan tiada detik-detik istimewa atau pertemuan untuk hari lahirku apabila aku mengetahui yang dia meletakkan keretanya di LRT Sentul. Itu bermakna, dia akan balik terus tanpa bertemuku. Allah je yang tahu betapa pedihnya perasaanku. Aku tahankan sedih dan tangis sepanjang hari agar tidak terlihat dek kawan-kawan. Bila ramai yang mengucapkan selamat hari lahir, yang menyanyikan, aku leka.
Dan petangnya aku rasa hampa dan terkilan dengan diri sendiri. Sebab masa raptai sebuah event, handset tiada bersamaku sedangkan ada panggilan dari dia dan text dari dia bertanyakan aku di mana? Dan paling sedih, bila aku call dia balik, dia dah dekat Titiwangsa. Maknanya, memang tiada pertemuan di hari lahirku walaupun sekejap. Dan aku sangat sedih. Maka sedarlah aku, bahawa yang kedua akan tetap yang kedua. Takkan pernah penting seperti yang pertama.
Aku rasa nak menangis. Tapi bila kawan setuju nak teman aku uruskan tentang sesuatu, aku tahankan tangis. Rasa terhiburlah jugak bila dapat buat something untuk orang yang kita sangat cintai. Tak apalah kalau dia tak ingat kat kita pun. Yang penting kita, kita yang lakukan sesuatu untuk dia. Untuk happy kan dia. Jangan kita buat sama macam dia buat kat kita kalau benda tu yang buat kita sedih. Lagipun, memang dari awal aku nak buat untuk dia. Meskipun apa yang aku buat ni, tak akan seistimewa yang di sana buat pada pandangan dia.
Setelah selesai, aku balik. Pun aku masih menahan perasaan. Tapi bila sampai kat stesen berhampiran rumah, aku tak mampu lagi menahan tangisku. Dalam hujan gerimis yang semakin rebas, tangisanku mula pecah. Namun aku tahankan supaya tidak kelihatan pada orang ramai. Namun sesekali, pecah jua.sesampainya aku di rumah, tangisanku terusku hamburkan. Biar lepas semua segala rasa yang terbuku. Biar keluar semua rasa sedih dan hampa yang ku tahankan seharian ini. Aku sedih, aku hampa dan aku kecewa. Maka hari lahir kali ini, tiada yang istimewanya. Tapi ucapan hari lahir dari dia, aku baca berulang kali. Agar lenyap segala sedih yang aku rasa. Tapi sedih ini tak mampu untuk pergi meskipun dikala ini. Dikala aku mencoretkan isi hatiku di sini.
Apapun, sayang tetap sayangkan abang. Walaupun sayang ni tak sepenting orang lain pada abang.
Wednesday, October 16, 2019
Untuk Dia
Dalam sibuk meraikan hari lahir sendiri, alhamdulillah, aku telahpun berjaya siapkan sesuatu untuk birthday si dia nanti. Lapang rasanya dapat siapkan hari ni sebab minggu depan orang yang boleh tolong cuti seminggu. Takut jugak kalau nak pilih orang sebarang yang tolong. Bukan tak bersyukur orang nak tolong. Cuma takut tak sama macam yang aku nak.
So, sekarang tunggu harinya je. Seminggu je lagi. Tapi mungkin aku tak dapat jumpa dia masa birthday dia. Kan ada orang lain yang lebih berhak. Sehebat manapun persiapan aku, aku tetap second class. Ingat tu. So tak payah nak berharap sangat.yang kedua, akan tetap yang kedua. Pendek kata, second class la walau apapun yang aku buat.
Sekarang, baru aku faham kenapa dulu Fauzi selalu cakap, “Biar saya buat yang terbaik dan sehabis baik untuk awak. Nanti kalau jadi apa-apa saya tak menyesal sebab saya dah cuba yang terbaik yang saya mampu,”
Dan sekarang, nampak gayanya, aku pulak yang pegang kata-kata tu. Cuma, aku berdoa agar segalanya baik-baik saja dan kekal hingga ke Jannah dalam kebahagiaan.
Tuesday, October 15, 2019
Kenapa Blind Suka...
Kebanyakan blind, termasuk aku, suka bila orang yang kita cinta tu call. Tapi ada pasangan tak suka nak buat benda ni. Terutamanya yang nampak. Kenapa? Mungkin sebab dorang nampak kot. So banyak benda dorang nak tengok. Kalau rindu dorang boleh tengok gambar, tengok profile picture whatsapp.
Tapi pada orang yang seperti aku, aku tak mampu melihat wajah yang aku rindu. Tak mampu menatap senyuman yang dilemparkan. Tak mampu membaca riak wajah insan yang aku sayang. Lalu, suaralah yang mengambil-alih peranan tersebut. Bila bercakap dengan orang yang kita sayang, kita akan dapat menikmati suaranya, merasai kehadirannya, merasai perasaannya terhadap kita.
Kalau aku, mendengarkan saja bunyi deringan telefon, sudah membuat aku tersenyum lebar dan hati berlagu riang. Ianya amat bermakna. Siap adjust masa lagi supaya tak terlepas panggilan dari si dia.
Kalau nak ikutkan, boleh je setiap hari melayan panggilan dari orang lain berjam-jam. Boleh je minta orang lain temankan waktu pergi dan balik kerja. Tapi, kebanyakan orang yang sanggup buat ni, adalah lelaki. Bayangkan kalau setiap hari kita bercakap dan melayan lelaki lain,tak ke nanti ia akan melibatkan perasaan? Tak elokkan?
Jadi, kita mengharapkan orang yang kita sayang. Tambah pulak, bagi aku yang duduk sorang ni. Kebanyakan masa aku diam. Bersembangpun dengan kucing je. Dapat tak bayang apa yang aku rasa?
Orang akan cakap, cakap jelah dalam text. Tapi korang tahu tak text tu tulis. Lebih baik aku tulis je kat blog ni. Ataupun kat status whatsapp dan Facebook. Meriah sikit. Ramai je yang nak komen. Sama jugak. Tulis-tulis je.
Apapun, terserahlah kepada masing-masing untuk mencorakkan warna-warni hubungan korang. Nak putih, hitam, ceria atau suram.
Sunday, October 13, 2019
Birthday Seseorang
Tak lama lagi, birthday seseorang yang sangat aku sayangi walaupun ada masanya sikap dan kata-katanya cukup menghiris dan buatku berkecil hati. Tapi, apapun dia, dia tetap orang yang aku pilih untuk aku sayangi dan insya-Allah hingga ke Jannah.
Seperti kelazimannya, jika seseorang yang istimewa menyambut kelahirannya, aku pasti ingin ciptakan kenangan manis buatnya. Walau mungkin kenangan tu tak semanis manapun jika dibandingkan sambutan serta hadiah yang orang lain buat padanya sebelum ni.
Tambah pulak si dia. Apa yang akan aku lakukan pasti tidak seistimewa orang-orang yang dah lama dalam hidupnya buat. Almaklumlah, aku ni orang baru. Dan aku pun tak betul-betul memahami dia. Aku buat jelah apa yang aku rasa boleh. Kalau tak terindah bagi diapun... tak apalah. At least ada kenangan indah untuk aku kenang nanti.
Apa persiapannya? Rahsia. Nanti bila birthday tu dah berlalu, aku kongsikan di sini.
Baju Columbia? Taklah. Dia bukan peminat Columbia. Musim hadiah Columbia dah tiga tahun berlalu.
Teringat pulak dulu-dulu nak belikan Columbia, dia minta aku bayar sikit je sebab kesian kat aku. Takut aku tak cukup duit. Apalah. Kalau bayar sikit bukan hadiah namanya. Kalau dah aku nak bagi, mestilah sudah diambil kira dari segala sudut.
Untuk orang yang aku sayang, segalanya akanku lakukan meskipun ada masanya aku ni kelihatan keras dan degil.
Tapi kalau kena gaya dan pandai tackle, mudah-mudah je aku akan mengalah dan lembut.
Tapi kalau aku dah terasa tu, lambatlah sikit.
Malam Ini...
Ya Allah,
Kenapa sepanjang malam ni aku rasa sejuk? Kipas dan air corn telah aku matikan. Selimut tebal berbulu telah aku pakai. Tapi sejuknya masih terasa. Dan untuk kali yang kedua, pening itu datang lagi. Dan sekali lagi aku bernasib baik, ia datang saat aku berbaring. Tiba-tiba aku rasa tilam ni berputar laju. Rasa bergoyang dan terumbang-ambing. Rasa tempat di mana aku berbaring tidak stabil.
Thursday, October 10, 2019
Adakah Aku Membosankan?
Selain daripada bersua muka, berbual juga merupakan salah satu cara menunjukkan kasih sayang dan mengeratkan hubungan.
Dulu-dulu, kalau dia call, ada je benda yang nak dibualkan. Ada je usik-mengusik yang membuatkan kami tertawa bahagia.
Tapi sejak akhir-akhir ni... segalanya seperti tawar.
Apakah aku tak mampu lagi membahagiakan?
Atau aku sememangnya membosankan?
Bila telefon berdering dan tertera namanya, hatiku berbunga bahagia. Banyak benda yang nak aku ceritakan. Banyak perkara yang nak aku adukan.
Tapi... bila dia banyak diam dan respon tidak memberangsangkan kala aku bercerita, mood untuk aku bercerita akan hilang. Semua cerita terbang entah ke mana.
Kadang-kadang aku tertanya, over sangatkah cerita aku ni? Ataupun cerita aku ni, cerita bodoh?
Pernah dia cakap, sekarang ni kalau bercakap kat telefon pun, banyak diam je.
Bukan aku sengaja mahu diam. Aku boleh je berbual panjang dengan ceria setiap hari dengan orang yang sama. Tapi ianya mestilah ada respon yang baik dan soal jawab dari kedua-dua belah pihak.
Dah banyak kali benda ni berlaku. Last-last, aku yang terasa sendiri dan menangis sendiri bila menamatkan perbualan.
Bukan aku tak cuba. Setiap kali berbual, aku cuba untuk bercerita itu dan ini. Dari isu berat, kerja, apa yang aku buat, tapi akhir-akhir ni, respon tu tak berapa menggalakkan. Sedangkan aku, aku rindu, rindu nak berbual, rindu nak bercerita dan rindu nak mengadu.
Akhirnya aku pendamkan semua cerita sebab aku rasa, orang tak minat pun nak dengar.
Tapi kalau aku diam, kelak aku akan dimarahi sebab diam. Lepas tu bila aku bercakap, orang macam tak suka je dengan cerita aku. Kadang-kadang rasa macam bercakap sorang.
Setiap hari aku cuba menceriakan suara. Menceriakan suasana bila menerima panggilan. Tapi sering kali aku gagal menghidupkan suasana.
Rasa happy nak bercakap dengan orang yang kita rindu, akhirnya membuatkan aku tertanya sendiri, membosankan ke aku ni? Apakah segala rasa sayang dan rindu semakin pudar?
Apakah aku yang tidak pandai melayan?
Untuk menghidupkan suasana ia perlukan kerjasama kedua-dua belah pihak. Setiap kali berbual, otakku ligat mencari idea untuk berbual supaya keadaan ceria. Tapi hambar jua yang aku temui.
Ada waktu-waktunya, aku pun teringin nak dengar cerita dari dia. Tapi aku jelah yang perlu bercerita. Sampai aku dah temui jalan buntu. Apa yang harus aku lakukan agar suasana ini hidup?
Atau sememangnya dia tak mahu lagi berbual-bual dengan aku?
Sunday, October 6, 2019
Impian Yang Tak Terpenuhi
Allah ciptakan aku dengan penuh kemanjaan.
Allah ciptakan aku dengan kaya rasa kasih sayang.
Allah ciptakan aku dengan hati yang lembut. Yang sentiasa ingin disayangi dan dibelai.
Allah ciptakan aku sentiasa ingin melafazkan rasa kasih sayangku. Dan aku juga diciptakan untuk sentiasa ingin mendengar ucap kasih, sayang, cinta dan rindu dari seseorang.
Tapi Allah takdirkan aku untuk hidup dalam lingkungankeluarga yang tandus dengan kasih sayang.
Setelah aku dipisahkan dengan arwah chek, tiada lagi suasana kasih sayang yang membara dalam aku meniti hari-hariku.
Keluargaku seolah-olah malu untuk menunjukkan kasih sayang sesama sendiri. Apatah lagi untuk mengucapkannya.
Bertahun-tahun aku tunggu suasana yang aku impikan itu hidup.
Tapi yang ada hanya kemarahan, keegoan, pentingkan diri sendiri. Itu yang aku tempuh.
Lantas, aku mula memasang angan. Memasang impian agar Allah temukan aku dengan seorang lelaki yang bisa memenuhi keperluan emosiku.
Aku ini romantis jiwanya, lalu datanglah kepadaku dengan romantis.
Hidupkanlah suasana cinta yang marak membara agar kasih sayang yang dibina sentiasa hangat terasa meskipun berjauhan.
Tapi... kebanyakan lelaki yang aku temu, sekadar manis dipermulaan hubungan. Setelah hatiku dimiliki, lupa tentang hal yang satu ini.
Aku bukan mahu wang berjuta, tapi mewahkanlah aku dengan rasa cinta dan rindu.
Aku bukan mahukan harta bertimbun. Tapi, timbunkanlah aku dengan rasa kasih dan sayang.
Lelaki sering berfikiran, marah itu kuasa. Marah itu bisa menundukkan orang jagaannya terhadap kemahuannya.
Namun, itu bukan fomular terbaik untuk melembut dan membuat aku taat.
Aku dibesarkan dengan kekasaran, dengan keegoan dan kemarahan.
Jadi, jika ianya berulang, maka ketika kesabaranku tinggi lalu aku diam. Diamku bukan kerana patuh. Sekadar mahu mengelak perbalahan. Diamku membawa aku memendam marah dan hampa yang jika tak tertahan, suatu hari akan meletus.
Kalahku hanya dengan kelembutan dan nasihat. Itu kunci membuatku taat. Itu kunci melembutkan hatiku. Jika lembut dan hemah cara seseorang, maka aku ikhlas menerima kesilapanku serta tegurannya. Dan itu mampu menambat hatiku selama-lamanya dengan izin Allah.
Monday, September 30, 2019
Kenapa Dia Pilihan Hati?
Bagi orang yang tidak memahami, pasti akan sibuk bertanya, kenapa dia pilihan hatiku? Kenapa dia yang berstatus suami orang yang aku pilih? Tidak adakah lelaki lain yang single kat Bumi Tuhan ni? Tapi tahu tak mereka yang jodoh itu ketentuan Allah? Hati serta cinta manusia juga milik Allah. Maka Allah la yang berhak untuk menentukan kepada siapa hati seseorang itu harus diberikan.
Aku search lagi hari ni kat internet sesuatu yang positif untuk dijadikan semangat bagi wanita seperti aku yang bakal bergelar isteri kedua, Insya-Allah. Hampa! Semuanya mengecam, menghukum yang isteri kedua itu dari golongan yang tidak baik. Rata-ratanya menulis lelaki yang ingin berpoligami itu jahat. Majoriti mencoretkan bahawa isteri pertama itu baik, sempurna dan teraniaya. Bila suami ingin kahwin lagi, suamilah yang salah. Suamilah yang jahat. Bila suami jatuh cinta terhadap perempuan lain, perempuan tulah yang jahat. Perempuan tu nak bolot harta suami, nak rampas suami, nak rampas kebahagiaan perempuan lain. Semuanya tomahan yang tak berasas. Aku jadi sedih. Lepas tu siap cakap, isteri pertama berhak buat jadual dan suami kena ikut. Isteri kedua kena terima semua, kena hormat isteri pertama sebab kita ni ambil hak orang, menumpang kasih orang. Korang tahu tak, dalam Islam, tak ada beza hak antara isteri pertama, kedua, ketiga mahupun keempat? Hak isteri tetap hak isteri. Tak kisahlah isteri ke berapapun dia. Dan semua isteri harus hormat keputusan suami, kena ikut cakap suami selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Boleh berbincang untuk mencapai persetujuan tapi bukan hak isteri untuk mengarah suami buat itu dan ini.
MNG, bukan suami orang pertama yang cuba meraih cintaku. Tapi, dia hadir dengan kelebihannya yang tersendiri. Setakat ini, dia mampu meyakinkan aku yang dia mampu bertanggungjawab terhadap isteri dan keluarganya.
Buat bakal isteri kedua, jangan merasa bahagia dan seronok bila si lelaki melebihkan korang dalam semua perkara. Jangan rasa happy bila dia mengabaikan keluarganya, isterinya demi korang. Itu adalah satu petanda yang tidak baik.
Ya, sebagai perempuan aku inginkan perhatian. Aku ingin sentiasa disayangi. Ingin sentiasa bersamanya tiap waktu. Ingin dia sentiasa bersamaku dan ingin aku seorang memilikinya. Namun, apabila menyedari yang aku jatuh cinta terhadap suami orang, perasaan ingin aku sahaja memilikinya hilang. Aku sedar, dia mempunyai tanggungjawabnya. Dan aku bukan perempuan kejam yang ingin menganiaya orang lain. Lantas aku mohon, agar aku sentiasa memiliki kasih sayangnya, cinta rindunya meskipun saat berjauhan. Aku telah menerima hakikat bahawa bila aku menjadi yang kedua, ada waktunya, pasti dia tidak akan bersamaku. Tapi aku mohon, saat dia tiada bersamaku, izinkan aku merasa cinta kasihnya terhadapku. Itu sudah memadai untuk mengubat hati yang lara.
Perasaan cemburu? Pasti ada. Mustahil tiada. Namun, peranan lelaki, kasih sayangnya, itulah yang mampu memadam rasa cemburu.
Dulu, aku sering negative kepada lelaki yang ingin berpoligami. Pada aku, mereka pasti akan mengabaikan isteri pertama. Masa mereka akan banyak dihabiskan bersama bakal isteri kedua, tanggungjawab terhadap anak-anak terabai. Cinta akan membuatkan mereka hanyut. Sebab itu aku bencikan lelaki yang mahu berkahwin lebih.
Tapi... Segalanya berubah sejak aku mengenalinya. Sungguhpun aku dapat merasai kasih sayangnya terhadapku hingga kadang-kadang aku dapat merasakan yang dia tidak mahu kehilanganku. Namun tanggungjawab terhadap keluarganya tetap dijalankan sehabis baik. Aku bukan sekadar mendengar cerita-ceritanya. Aku menilainya secara tidak langsung. Aku menilai dari perbuatannya.
Korang tahu apa yang MNG buat? Tentulah hal dalam rumahnya aku tidak tahu. Tapi apa yang aku Nampak:
1. MNG bukan seorang yang semua benda nak isteri buatkan. Contoh, dia gosok baju sendiri walau sesibuk manapun dia dan sepenat apapun dia.
2. Masih melayan kemahuan isterinya meskipun dia ada aku. Walau penat macam manapun dia, dia sering melayani kemahuan isterinya. Dari kenduri berdekatan rumah sampailah kenduri di tempat jauh. Penat berkerja pada hariraya pertama. Balik petang, tapi disebabkan isterinya nak ke tempat saudara-maranya yang bukan dekat, diturutkan jua.
3. Menemani isteri walau dia telah jatuh cinta kepadaku. Jika isteri mahu berurut, MNG masih bisa menemani isterinya untuk berurut dua jam pada malam hari berkerja dan pulang lewat sekitar jam 12,00-1.00 pagi. Masih setia menemani isterinya membeli barang di Tesco tidak kira bila harinya termasuk hari berkerja. Tetap setia menemani isterinya meskipun terpaksa membeli barang pada jam 12.00 atau 1.00 pagi meskipun pada siangnya, dia sibuk dengan hal kerjanya.
4. Cinta terhadapku tidak membuatkan dia hanyut meskipun sebagai seorang anak. Demi menunaikan kemahuan ibu tersayang, MNG rela bertolak ke Kelantan selepas waktu kerja pada hari Jumaat, singgah di kampungnya mengambil ibunya dan terus ke Kelantan. Tiba di Kelantan dalam jam 4.00 pagi. Tidur sekejap dan menghadiri kenduri pada jam 11.00 pagi. Sekitar jam 3.00 petang, dia bertolak kembali ke kampong ibunya untuk menghantar ibunya pulang dan terus pulang ke Kuala Lumpur.
5. MNG masih lagi menyambut hari lahir isteri dan anak-anaknya malah hari ulang tahun perkahwinannya. Tidak ada seorangpun di antara mereka dilupakan tarikh istimewa mereka. MNG akan meraikan mereka dengan belanja makan, habiskan masa bersama dan memberi mereka hadiah.
6. MNG masih lagi setia membawa isteri dan anak-anak ke tempat kerjanya jika terpaksa berkerja di luar waktu berkerja. Malah, dia akan membawa mereka menghadiri event pejabatnya.
7. Masih melayani Whatsapp isteri dan anak-anaknya ketika bersamaku dengan sekadarnya kerana dia sedar bahawa hatiku juga perlu dijaga.
8. Tidak mengurangi perbelanjaan rumahtangganya termasuk belanja dapur dan anak-anak. MNG pernah memberitahuku untuk memberi wang belanja kepada isterinya sebagai tambahan pemberian nafkah bulanan. Selalunya lelaki, kalau dah ada perempuan lain, lantak kaulah cukup belanja ke tidak. Yang penting orang baru perlu dimewahkan. Tapi MNG tak macam tu. Dalam masa yang sama, dia berusaha untuk membahagiakan aku. Menggembirakan aku dengan pelbagai cara. Cuma biasalah, ada waktu-waktunya, hatiku sentap dan sensitive.
9. MNG masih setia melayani kerenah anak-anaknya dari yang besar hingga yang kecil. Hampir setiap minggu juga MNG ke Seremban dan Melaka untuk melawat anaknya yang tinggal di asrama. Bukan sekadar pergi Seremban lepas tu ke Melaka ya. Pergi Seremban, ambil yang kat Seremban, bawan pergi Melaka atau sebaliknya. Lepas tu, keluar. Kemudian, hantar yang Melaka balik asrama lepas tu hantar pulak yang duduk kat Seremban. Kemudian baru balik. Kalau nak kira mudah, pergi je melawat yang Seremban, lepas tu, biarkan yang Seremban duk asrama. Melawat pulak yang kat Melaka lepas tu boleh terus balik KL. Tapi MNG tak buat macam tu. Dia sentiasa mahukan anak-anaknya happy walaupun dia penat.
Bila difikirkan, jika mahu berpoligami, sang suami harus melayan isteri sedia ada dulu dengan baik termasuk semua di bawah tanggungjawabnya. Jangan dapat yang baru, yang lama dilupakan.
Cemburu? Pasti ada kerana aku perempuan dan manusia. Cuma, jika aku mahu menjadi yang kedua, aku perlu rasional. Aku tak boleh pentingkan diri sendiri. Dia perlu bertanggungjawab kepada semua, bukan untuk aku je. Aku sering berdoa agar MNG juga akan melakukan perkara yang sama terhadapku sekiranya Allah izinkan kami bersatu sebagai suami-isteri. Aku mendoakan agar MNG juga akan melayani aku dengan baik, memenuhi semua kemahuanku dengan rasa ikhlas dan gembira apabila tiba giliranku bersamanya. Aku mendoakan agar dia juga mampu melayani aku dengan penuh rasa tanggungjawab dan paling penting dengan rasa kasih sayang yang jitu. Aku sukakan lelaki yang romantis jadi aku berdoa agar MNG mampu bersama-samaku menghidupkan suasana romantis itu.
Jika kita mahu orang menghormati hak kita, kita dululah yang perlu menghormati hak orang. Lagipun, aku hadir bukan sebagai perampas. Aku tidak mahu MNG kehilangan apa yang dia miliki kini. Aku sekadar ingin menumpang kasih. Ingin rasa dicintai dan disayangi. Kenapa tak pilih lelaki lain? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui kenapa Dia memautkan cinta antara kami.
Yang aku tahu, aku tidak terlintas pun ingin menganiaya atau menyingkirkan sesiapa dari hidup MNG.
Thursday, September 19, 2019
Betapa Masa Itu Berharga Buatku
Masa yang sedikit bersamamu amat berharga buatku. Meskipun sekadar menerusi perbualan telefon.
Masa yang sedikit itu telah berkurang untukku. Sehingga mungkin kau terlepas pandang akan rinduku padamu.
Masa untukku hanyalah pada hari-hari kerja saja yang mendekatkan engkaupadaku. Jika waktu-waktu begitu juga kurang, siapalah aku untuk mengharapkan adanya panggilan di hari cuti. Itu mimpi di siang hari.
Jika dulu ada waktu cucian kereta buatku walau seketika di pagi Sabtu atau Ahad, kini sudah lama tiada.
Demi cinta yang Allah pinjamkan padaku, akanku bawa rindu ini sentiasa di hati.
Mungkin kerana aku sentiasa ada kerana itu kesukaanku boleh ditunda tangguh. Boleh dibiar berlalu tanpa ganti.
Rasa Terharu
Kala ni, aku sangat memerlukan seseorang. Aku nak berbual. Nak bercerita. Perasaan aku bercampur-baur. Marah, sedih, terasa hati, jauh hati. Semua ada.
Tiba-tiba, ada seseorang call. Aku sebaik mungkin mengawal rasa sedih yang bertandang. Suaraku kawal sebaiknya agar tidak kedengaran di telinganya akan kesedihan ini.
Dia menghubungiku atas urusan. Selepas dia nyatakan kemahuannya, dia bertanya:
Dia: Kenapa ni?
Aku: Tak ada apa.
Dia: Sedih ke stress ni?
Demi mendengarkan soalan tersebut, tangis yang ku tahan mahu pecah. Suara mula bergetar.
Aku: Tak adalah.
Dia: Ke pasal boy friend lagi?
Aku: Tak ada apalah. Biasalah, saya kan sensitive orangnya.
Dia: Orang kata, dah ada boy friend?
Aku segera membawanya ke topic asal. Enggan menangis di hadapannya.
Rasa terharu sangat bila orang ambil tahu akan keadaan kita, perasaan kita. Lebih-lebih lagi saat kita sangat memerlukan seseorang. Terima kasih teman kerana prihatin padaku.
Kalau Aku Marah, salah ke?
Aku memang cepat menangis. Menangis yang ada pelbagai makna. Kadang-kadang aku menangis sebab aku marah. Kadang-kadang nangis sebab sedih. Ada waktunya nangis sebab terasa. Adakalanya pulak nangis sebab jauh hati.
Tapi hari ini, aku memang nangis. Sebab apa? Sebab marah! Ikutkan hati, memang aku nak je tulis kat blog satu lagi. Memandangkan ramai yang aku kenal baca blog aku tu dan ada jugak yang kenal orang tu, so better aku tulis kat sini jelah. I need someone to talk actually, need someone untuk dengar cerita aku. Bukan apa, aku nak luahkan apa yang aku rasa. Tapi tak apalah. Mungkin semua orang busy kot. Takkanlah dorang nak dengar cerita aku pulak?
Sebenarnya aku tahu, ada je orang yang nak dengar apa yang aku rasa dan apa yang nak aku luahkan. Tapi, kalau ianya akan membawa kepada sakit hati orang lain, better aku tak payah call dia walaupun aku tahu, call aku tu welcome je sepanjang masa. Biar aku pendam je. Tak ada pilihan, aku cerita je kat sini selagi keadaan tak mendesak.
Pendaftaran untuk program aku dah tutup. So, borang penyertaan dan beberapa borang lain patah balik kat aku. Dahlah ada peserta yang beria minta borang soft copy last-last yang datang balik borang yang lain rupa bentuknya. Dan korang rasa apa fungsi kerani? Semua benda dari yang besar sampai yang kecik pun aku nak kena buat ke? Aku memang rasa bengang. Banyak benda aku nak kena buat. Takkanlah benda simple pun tak boleh buat? Ni bukan kali pertama nak buat event ni. Takkanlah satu-satu aku nak kena bagi tahu apa nak kena buat???
Dahlah. Rasa macam makin tak ada mood pulak. Nantilah aku cerita kenapa aku stress sangat.
Tuesday, September 17, 2019
Bila Cinta Sudah Tiada
Bila cinta sudah tiada, maka segala-galanya tawar.
Bila cinta sudah tiada, maka tiada lagi debaran yang menyesak dada.
Bila cinta sudah tiada, maka hilanglah segala getaran jiwa tatkala berbual atau bertemu.
Bila cinta sudah tiada, maka hilanglah rasa ingin sentiasa bertemu atau bercakap.
Bila cinta sudah tiada, maka tiada lagi perasaan berbunga-bunga.
Cerita minggu lepas.
Aku keluar dari office dengan hajat ingin ke ATM bersama assistantku.
Kak Iza: Teja, kejap ek. Nak isikan borang gym jap.
Sebaik melangkah keluar dari pintu office ke lobi, Kak Iza yang telah siap sedia di lobi menegurku lembut.
Aku menghampirinya di kaunter penyambut tamu sambil tersenyum.
Aku: Isi borang siapa?
Kak Iza: Mr. F.
Aku: OK.
Aku tenang saat mendengarkan nama itu. Tiada lagi debaran atau resah menyerbu hati seperti dulu. Tiada jua hati dan jiwaku yang terusik. Semuanya biasa-biasa saja. Seperti orang lain berkunjung ingin menjadi keahlian gym. Alhamdulillah, aku tenang.
Mr. F, dia diam seribu bahasa.
Ilah yang kebetulan ada di situ yang sememangnya mengetahui hajat kami ingin keluar, menawarkan diri untuk mengisi borang Mr. F.
Kami berdua keluar ke ATM. Pulang dari bank, kami ke gym untuk melihat kerja pemasangan door closer. Sewaktu berdiri di hadapan pintu gym sambil menanti Raihan tiba:
Kak Iza: F ikut Raihan. Mungkin nak tengok gym kot.
Mr. F mengekori Raihan, technician yang bertanggungjawab ke gym.
Aku: Ooo.
Aku dan Kak Iza masuk ke gym setelah melihat Raihan menghampiri kami.
F: Boleh tengok gym?
Kak Iza: Boleh.
F: Teja, boleh saya masuk?
Laaa... Kan Kak Iza dah cakap boleh tadi. Bila Kak Iza kata boleh, bermakna Kak Iza mewakili aku. Tak apalah.
Aku: Masuklah. Azyzee, ni F, he is our new member, so minta tolong Azeezy tunjuk apa yang patut.
Pintaku kepada Azyzee, gym instructor yang ada di dalam gym.
Azeezy menghampiri F dan mempersilakan dia melihat peralatan gym yang ada.
Keesokan harinya:
Ikram: Teja, kau ada dapat apa-apa ke semalam?
Aku tertanya-tanya. Dapat apa? birthday aku bulan depan. Nak kata MNG bagi bunga, dah lama dah tak. Dapat apa ek?
Aku: Dapat apa?
Ikram: Mamat semalam tu tak bagi kau apa-apa ke?
Aku: Tak ada. Kenapa pulak kau Tanya macam tu?
Ikram: Kau tahu tak? Aku, Dhiya dengan Ilah duk perhati je dia petang semalam. Aku datang counter dah lewat. Ilah dan Dhiya cerita kat aku, Mamat tu, terus membisu seribu bahasa bila kau keluar. Aku pun Nampak, dia macam tak tentu arah je bila kau ada kat situ. Gelisah semacam. Aku pandang jugak kau. Aku tengok, kau relax je. Tak adalah resah-gelisah.
Aku: Eh, kenapa pulak aku nak resah-gelisah? Bukannya aku ada apa-apa dengan dia dah.
Ikram: Lepas kau keluar tu, lepas Ilah siap isi boring dia, dia still kat lobi kau tahu. Kejap-kejap dia keluar, kejap-kejap dia masuk. Kita orang tengok je. Macam tak tentu arah. Macam menunggu seseorang. Lepas tu Ilah Nampak, dia macam ada keluarkan something dari beg dia. Kita orang syak, dia nak bagi kau barang tu. Sebab tu aku Tanya kau dapat apa-apa tak? Dhiya kata dia kadang-kadang datang bagi kau cookies atau kek.
Aku: Tak adalah.
Ikram: Mungkin kau asyik dengan Kak Iza kot, tu yang tak ada peluang nak mencelah tu.
Aku: Entah-entah tunggu orang lain kot.
Ikram: Lepas kau masuk office yang dari gym tu, dia datang lobi tau. Macam cari seseorang. Tapi dah tak ada, dia belahlah kot.
Aku: Oh ye ke? Aku tengok jugak, coach dah habis terangkan kat dia pasal peralatan, tapi dia duduk je dalam gym tu. Tak keluar. Aku fikir dia just nak sembang-sembang dengan coach kot. Ah, biarlah dia.
Petangnya pulak:
Aku terima whatsapp dari F bertanyakan kad usernya. Dia bagi tahu nak ambil lewat sikit petang tu dalam 4.45-4.50 gitu. Aku balas whatsapp tu bagi tau, jangan lewat sangat sebab Iza yang uruskan pasal kad tu. Izah selalu balik on time. Aku pun pelik, kenapa whatsapp aku pulak? Kan yang uruskan pendaftaran tu assistant aku? Contact jelah assistant aku terus. Apa-apalah. Profesional Teja.
Bila dah sah jadi gym's member, aku add dia ke dalam group whatsapp gym user sama macam orang lain. Biasalah, dalam group tu ada je yang nak hentam aku. Malam tu, ada sorang yang mula nak Tanya soalan panas. F terus text dalam group, Dah malam, orang nak tidur. Lagipun ni group gym, jangan Tanya soalan lain. Budak tu terus minta maaf. Aku diam je. Malas nak menyampuk walaupun aku tahu, soalan tersebut ditujukan kepadaku.
Bila kita berkerja, kita kena professional. Lupakan hal peribadi. Layan semua sama je macam orang lain. Lagipun aku dah malas nak ulangi cerita lama. Malas nak gaduh panjang-panjang walhal salahnya sikit je. Malas nak hadap keegoan yang tak bertempat, malas nak dipermain-mainkan, malas nak tunggu kata putus orang, malas nak jadi pelabuhan, bila suka datang, bila tak, hilang entah ke mana, malas nak hadap kemarahan orang yang entah apa-apa. Aku dah tak larat. Tak larat untuk dipermainkan lagi. Jadi, lebih baik aku buat tak tahu je. Layan sekadarnya sebagai pemberi perkhidmatan terhadap penerima perkhidmatan.
Saturday, September 14, 2019
Bila ada relationship dengan someone kat Facebook, tertunggu-tunggu jugak, bila ya orang nak tag kita? Dan tertunggu-tunggu jugak status dia yang terbaru. Setiap kali tengok wall tak ada pun? Tak puas hati, tengok pulak wall dia, pun tak ada.
Monday, September 9, 2019
Hari Minggu Pertama
Assalammualaikum dan selamat malam semua.
Meh nak bercerita kejap sebelum tidur.
Sesiapa yang mengikuti blog aku ni, pasti tahu akan hubunganku bersama MNG. Dan pasti tahu keadaan MNG. Oleh sebab itu, hari minggu bukanlah hari yang aku nanti-nantikan seperti aku bersama Mr. X dan Mr. F dulu. Malah, hari minggu adalah hari yang suram, yang mahu aku hindari, yang malas aku lalui. Sebaliknya, hari berkerja itulah yang aku nanti-nantikan dan tak mahu ia berlalu. Nak buat macam mana, rezeki setiap manusia tu berbezakan? Aku yakin, pasti ada hikmah atas semua ini. Kalau weekend tu kami OK, tak gaduh atau tak terasa hati, kira OK lagilah. Tapi kalau weekend tu bergaduh, aku terasa hati, memang tak bermakna weekend aku. Hehehehe...
Sepanjang 11 bulan aku bersamanya, tidak ada satu weekend pun yang kami habiskan bersama kecuali 7 Julai, 2019 lalu. Siapa tak nakkan habiskan weekend bersama yang tersayang? Semua orang yang bercinta, weekend tulah untuk mereka habiskan waktu bersama. Bersiar-siar, tengok wayang atau buat apa-apa aktiviti bersama. Namun, sekali lagi, ketentuan Allah itu berbeza untuk setiap hambaNya. Apabila kita mencintai seseorang, kita harus terima apa adanya dia. Walaupun hati kecil sentiasa meronta-ronta untuk habiskan masa bersamanya pada hujung minggu, aku tak pernah suarakan hasrat tersebut. Orang kata, cinta itu pengorbanan. Maka ini adalah bahagian daripada pengorbananku buat cinta ini. Semoga pengorbanan yang sedikit ini membawa manis pada akhirnya. Semoga pengorbanan sebesar hama ini tidak dipandang sepi oleh dia. Sebab tu aku sensitif sangat kalau hujung minggu. Kalau aku rasa dia lain, memang aku sedih sangat. Tapi kalau dia OK, itulah pengubat hatiku yang sunyi, yang sentiasa mendambarkan dia di sisi.
Alhamdulillah, untuk weekend ni, aku rasa tenang dan damai. Sebab aku rasa dihargai dan disayangi. Itulah ubat paling mujarab atas segala keinginan yang ku pendam. Malah, rasa sayang ini bertambah buatnya. Alhamdulillah, tak ada fikiran yang bukan-bukan datang meskipun aku hanya duduk di rumah dan lantaran daripada sakitku, masaku banyak dihabiskan dengan berbaring di tilam bersama si gemuk kesayanganku. Si Gemuk la peneman dan penceria hidupku yang keseorangan di sini.
Berbalik kepada 7 Julai lalu, aku memberitahunya yang ada kawan buat open house. Bukan niatku ingin mengajaknya ke sana kerana aku sedia maklum akan keadaannya. Aku sekadar bercerita. Kebetulan masa tu, belah sanakan tengah ribut. Dia memberitahuku bahawa dia ingin menemaniku ke sana. Aku terkejut namun girang sekali. Tak pernah habiskan weekend bersama sepanjang perkenalan kami. Ya Allah, masa tu hanya Allah je tahu betapa gembiranya aku untuk menghabiskan weekend bersamanya. Kalau keadaan normal, entah bila dapat bersamanya di hujung minggu. Perasaan sebak, terharu, happy semuanya bersatu. Namun, aku simpan segala rasa kemas dalam hatiku. Tak tahulah dia perasan ke tidak yang aku happy sangat hari tu.
Paginya kami bersiar-siar di Paradigm Mall. Lepas Zuhur gerak ke rumah kawan. Walaupun MNG terima Whatsapp yang memaklumkan adiknya kemalangan, sekurang-kurangnya, habislah acara makan-makan dan beramah mesra bersama rakan-rakanku.
Insya-Allah, aku akan ingat tarikh tu sampai bila-bila. Itulah weekend pertama kami bersama.
Ajaibnya Panggilan Sayang
Panggilan sayang ni bagi aku panggilan keramat. Aku suka sangat bila dipanggil sayang.
Bila ada panggilan sayang ni, hati aku akan berbunga. Rasa happynya semacam. Tak perlu panjang-panjang. Contoh nya, bila aku dapat text dari MNG ringkas tapi ada perkataan sayang, huuuuu you make my day, dear. Contoh, 'OK syg'. Aku akan senyum baca text tu. Lepas tu boleh ulang baca berkali-kali. Berbeza kalau dia tulis 'OK'. Alaaa... OK je? Aku bertanya sendiri dengan hampa.
'Ye syg' tu pun hati aku dah kembang-kembang. Berbanding dia tulis 'ye'. Apatah lagi kalau text panjangnya ada perkataan sayang seperti 'Abg grk dlu syg'. Setiap kali dia cakap sayang, setiap kali tulah sayang aku pada dia naik satu anak tangga. Hahahaha...
Kalau dia sibuk, kurang berbalas text dengan aku, tapi kalau sekali text ada perkataan sayang tu, itulah yang akan jadi pengubat hati aku. Nak buat perangai atau nak berjauh hati pun tak jadi. Boleh ek gitu? Hehehehe... Simple je aku ni sebenarnya. Bukanlah kata aku nak sentiasa dia text aku. Aku pun faham kalau aku text dia, dia lambat balas. Mestilah dia ada benda nak buat. Takkanlah tunggu text aku je kerja dia?
Apapun, hari ni abang buat sayang rasa tenang dan rasa disayangi.
Lafazkanlah
Sayang. Indahkan panggilan tu?
Aku ni memang seorang yang sensitif dengan panggilan macam tu. Mungkin kerana jiwa aku ni lembut dan penuh dengan kasih sayang. Aku suka menzahirkan kasih sayangku terutamanya untuk orang yang aku cintai. Aku juga sangat suka bila orang yang aku cinta menzahirkan kasih sayangnya terhadapku.
Dalam keluargaku, tak ada sorang pun faham akan kesukaanku yang satu ini kecuali chek yang selalu membelaiku dengan kasih sayangnya. Melalui pelukan, ciuman dan kata-katanya. Yang lain-lain tu, memang tak adalah nak tunjukkan kasih sayang mereka. Mungkin mereka ni hatinya keras sikit. So, cara mereka menzahirkan kasih sayang tu dalam cara bukan lembut. Sedangkan aku, aku nak sangat berkasih sayang. Aku nak sentiasa zahirkan kasih sayangku. Nak selalu ucap apa yang aku rasa.
Dulu-dulu, aku sering membaca novel romantis. Selalu berangan nakkan pasangan yang romantis. Aku cuba untuk romantis pada cinta pertamaku. Tapi tahu sajalah. Dia tidak mencintai aku sepenuhnya. Macam mana nak romantis kan? So, aku malulah nak zahirkan perasaan aku. Takkanlah aku terhegeh-hegeh nak ucap itu ini sedangkan dia tidak.
Cinta kedua, aku hampa lagi. Dia seorang yang happy go lucky. Penat aku tunggu dia propose aku. Penat jugak tunggu dia ucapkan yang dia sayangkan aku. Kadang-kadang, aku tanya dia, "Awak, awak sayang saya tak?" Nak tahu apa jawapannya? "Awak rasa?" Aku tak suka berteka-teki. Aku inginkan kepastian. Tak pun dia jawab, "Entahlah awak. Saya dah buat macam-macam untuk awak. Awak fikirlah sendiri," Kadang-kadang aku tertanya sendiri. Perlukah ada rasa malu nak ucap pada pasangan yang kita cintakan dia atau sayangkan dia? Memang sikap orang Melayu macam tu ke? Kenapa mesti malu ek? Sampai matilah kot aku tak merasa orang cakap dia sayang kat aku. Memang lelaki Melayu romantis macam dalam novel tu tak ada kot sebenarnya. Bila tengok dia macam tu, aku simpan jelah ungkapan kasih sayangku dalam hati. Yang lelaki tak nak ucap, takkanlah aku yang perempuan ni terhegeh-hegeh nak lafazkan? Entah-entah, dia tak sayang pun kat aku sebenarnya.
Bila jumpa MNG, dia ni lain sikit. Bukan sikit. Banyak. Dia yang sering lafazkan rasa sayang, cinta dan rindunya pada aku. Hingga akhirnya, perasaan malu untuk ucapkan padanya apa yang aku rasa, hilang. Dan sampai ke malam ini, kami masih saling mengucapkan rasa sayang, cinta dan rindu kami. Kalau tak dalam Bahasa Melayu, dalam bahasa Inggeris. Bukan sekadar menerusi text malah, menerusi perbualan di telefon dan saat kami bertemu. Aku rasa tenang setiap kali melafazkannya. Dan aku rasa gembira setiap kali mendengar ucapan itu dari bibirnya.
Sunday, September 8, 2019
Cinta Itu Roller Coaster
Assalammualaikum semua.
Dah lama tak menulis. Rasa tak ada mood.
Jika difikirkan, cinta tu macam roller coaster kan? Sekejap elok, sekejap tunggang terbalik. Hehehe...
MNG cakap, kalau aku penat, aku mula buat perangai. Hehehe... Eleh, cakap orang. Dia sebenarnya yang macam tu.
Kenapa aku suka buat perangai? Bukan sebab penat. Kalau nak diikutkan, kalau aku duduk rumah saja-saja macam minggu ni sebenarnya aku lebih suka buat perangai. Sebab masa aku banyak yang terluang so mulalah aku fikir macam-macam. Bila aku imbas balik, kebanyakan yang gaduh tu masa aku duduk kat rumah.
Kenapa aku suka buat perangai sebenarnya? Bila aku rasa MNG tak hiraukan aku. Bila aku text, dia macam nak tak nak layan aku. Tak rasa kemesraan dan kasih sayangnya. Lepas tu, dia membisu seribu bahasa, tak text aku. mulalah aku fikir bukan-bukan. Kalau aku tak text dia, mungkinlah dia bengang. Tapi bila aku dah text dia, lepas tu dia diam dan tunggu aku text je, tu lagi mempercepatkan aku buat perangai. Hehehe... Yelah, kita dah buat apa yang dia nak, lepas tu dia buat tak tahu je, benganglah kan? Hehehehe... Mulalah perangai merapu aku datang.
Tapi untuk hari ni dan semalam, aku rasa MNG baik sangat. Walaupun aku duduk rumah, ditambah dengan sakit perut, aku dapat rasakan kehangatan kasih sayangnya. Aku ni bukannya nak ber'text' je dengan dia sepanjang masa tak henti-henti. Aku tahu dia ada banyak urusan. Almaklumlah, aku duduk sorang, so aku rasa sunyi. Bila rasa sunyi, mulalah hati cepat terasa dan otak fikir bukan-bukan.
Semalam dan hari ni, ada waktunya kami berbalas text. Cara dia melayani aku dalam text, membuatkan aku rasa tenang, rasa damai, rasa diperlukan, dihargai dan disayangi sehinggakan aku tak fikirpun yang aku berkongsi kasih.
Pagi tadi, adalah sikit hatiku terusik bila mengenangkan betapa untungnya orang yang dapat bersama dia hatta dia ke tempat kerjanya. Bukan salah MNG pun. Bukan niat dia buat aku terasa. Tapi hati ni yang tiba-tiba jadi tisu. Reduplah sekejap. Tapi, apabila dia text, dengan kata-kata yang lembut, bergurau dan panggil sayang, terus tak jadi nak buat perangai. Dan alhamdulillah, aku tenang hingga ke saat ini.
Aku harap, esok, bila dia ke Melaka dan Seremban, dia masih lagi MNG yang hari ini dan semalam. Yang sering membuatkan aku rindu padanya dan yang menambah kasih sayangku padanya walaupun kami jauh.
Cinta tu memang macam roller coaster. Boleh buat hidup kita tunggang terbalik.
Saturday, August 24, 2019
Perlukah Aku Terasa?
Sejak akhir-akhir ni, abang tak macam selalu. Kalau bercakap dalam telefon, dia banyak diam. Aku je yang banyak bercakap sampai kadang-kadang rasa macam tak apa ke aku bercakap ni? Dia bosan ke dengan aku? Textnya pula tak selembut dan seromantis dulu. Kadang-kadang aku rasa aku je beria text dia, cakap yang sweet-sweet, tapi balasannya, tawar je. Kadang-kadang rasa macam dia nak tamatkan text tu cepat. Ke perasaan aku je?
Hati ni cepat je tersentuh kalau dia yang buat something. Tapi, aku segera halau semua perasaan sedih yang bertamu. Abang kata, abang sibuk. Sebelum ni pun dia ada cakap yang dia ada handle beberapa projek kat ofis. Macam semalam ke Kajang untuk uruskan Raja Muda Perlis nak naik train. Lepas tu malam pergi simulasi LRT. Pukul 3.00 pagi baru sampai rumah dan tidur. Hari ni, pagi-pagi lagi, abang dah keluar sebab raja muda Perlis naik train pagi tadi. Balik petang, pergi perlawanan bola sepak. Dia kan manager, kenalah pergi. Takkan nak biar team terkontang-kanting tanpa pengurus? Pukul 6.00 petang baru sampai rumah.
Tak apalah. Simpan jelah dulu perasaan ni. Semoga tak ada apa yang buruk berlaku. Semoga abang baik-baik saja. Semoga abang kembali tenang.
Sayang rindu abang yang dulu. Yang lembut, romantis dan selalu layan sayang. Selalu bergurau, ketawa dan banyak cakap. Sayang rindu masa-masa tu. Sayang tunggu abang yang dulu. Yang selalu buat hati sayang berbunga-bunga. Yang selalu buat sayang jatuh cinta kat abang. Kan abang pernah cakap, kalau sayang jaga hati abang, abang akan jaga hati sayang. Sayang akan cuba sehabis baik untuk jaga hati abang. Sayang harap keadaan ni tak berpanjangan. Sayang seorang yang manja dan perlukan perhatian serta belaian abang. Rindu abang sangat-sangat.
Wednesday, August 14, 2019
Sedih
Tiba-tiba aku rasa sedih. Rasa sayu. Hanya Allah je yang tahu perasaan ini. Tak tahu nak cakap dengan siapa. Orang faham ke?
Aku Rindu
Ya Allah, aku rindu.
Kenapa lepas bergaduh mesti rindu?
Ya Allah, sampaikan salam rinduku padanya sehingga aku menjadi kerinduannya.
Ya Allah, titipkan jua kerinduan dalam hatinya sepertimana engkau titipkan rindu dalam hatiku uatnya.
Sunday, August 11, 2019
Tanya Sama Hati
Tanya sama hati, apa yang aku rasa hari ni?
Jawab hati, biarlah aku saja yang rasa dan tahu.
Biar segalanya ku adukan kepada pemilik hati.
Semoga apa yang aku lakukan ini, tidak dipandang sepi seperti angin yang lepas lalu.
Friday, August 9, 2019
Warkah Buat Abang
Assalammualaikum Abang yang amat sayang rindu,
Sayang mohon, abang bacalah luahan hati sayang ni dengan minda terbuka serta hati yang lapang.
Terlebih dahulu, sayang mohon ampun sekiranya apa yang akan sayang perkatakan, membangkitkan kemarahan abang.
Maafkan sayang jugak abang kerana terpaksa menulis luahan ini di sini.
Mungkin sayang tak pandai untuk bercakap dengan abang tentang rasa hati yang satu ini. Sebab tu abang marah sayang dan keadaan menjadi teruk.
Sayang faham apa yang abang mahukan. Sayang faham yang abang nak sayang text abang, tak perlu tunggu abang text dulu. Sayang boleh buat. Dan sayang pernah buat.
Tapi abang, untuk permulaan ni, jika ada rasa belas di hati abang, sayang mohon abang buatlah macam hari tu dulu. Jangan drastic ubah sesuatu yang dah biasa sayang terima. Buatlah dengan perlahan-lahan supaya sayang dapat menerima keadaan ni sedikit demi sedikit.
Tahukah abang, bila keadaan berubah secara drastic, ianya mengganggu emosi sayang dan seterusnya, merosakkan hubungan kita?
Sayang tak minta banyak. Jika ada rasa kasihan di hati abang, pada waktu yang biasa abang text sayang, hantarlah satu text. Dan sayang takkan panjangkan waktu abang text dengan sayang tu. Sayang faham, masa abang bukan untuk sayang sorang.
Lepas tu, sayang akan buat rutin sayang bila sayang nak tidur. Sayang akan wish abang macam selalu.
Sayang tak minta benda ni untuk selama-lamanya. Sekadar permulaan supaya sayang rasa OK. Bila sayang rasa OK, sayang yang akan text abang walaupun abang tak text sayang dulu.
Sekali lagi sayang mohon ampun sekiranya entri ini membangkitkan kemarahan abang. Sayang cuma mahu keadaan pulih seperti biasa.
Sayang sayang abang.
Sunyi
Dua malam ni, terasa sunyi. Tak tahulah kenapa. Rasa sedih dan jauh hati sering mengundang tangis.
Tuesday, August 6, 2019
Dari Malam Ke Malam
Aku rasa down sangat sejak malam tadi. Rasa sedih. Rasa tak nak buat apa-apa. Aku hanya melepek, berbaring, menangis dan tidur sepanjang malam tadi, siang dan hingga saat ni. Aku tidak ke pejabat hari ni lantaran daripada rasa tidak enak ini.
Nafsu terhadap makanan juga hilang. Sampai detik ini, tiada seteguk air dan sebiji makanan mengisi ruang mulut dan perutku. Seleraku mati.
Ku cuba pujuk diri jangan menangis bimbang kepala dan mata sakit. Tapi aku tak mampu menahannya. Dan benar bagai diduga, belakang kepalaku mulai sakit. Mata mula terasa perit.
Ya Allah, berikan aku ketenangan. Redakan rasa yang menyiksa ini.
Sunday, July 28, 2019
Lelaki Itu Penyayang
Sambungan kepada entri pagi tadi.
Daripada pemerhatian yang telah dinyatakan pagi tadi, di sini satu lagi kesimpulan yang dapat dirumuskan.
Lelaki yang baik bukanlah lelaki yang kejam meskipun mempunyai ego yang tinggi melangit.
Macam yang aku katakan dalam entri sebelum ni, mereka kalau dah sayang, mereka sayang. Tapi, kalau korang ikut rentak dia, secara automatik dia akan tunjukkan kasih sayangnya tanpa perlu disuruh atau diminta.
Hipotisis yang aku buat adalah seperti berikut:
1. Ego:
Sebenarnya, dia bukan ego sepanjang masa. Cuma waktu dia marah, memang dia akan pertahankan egonya. So, kita kena pandai buat pemerhatian bilakah masa yang sesuai untuk kita bagi tahu dia apa yang dia buat tu kita tak suka atau kita terasa.
Kalau lelaki tu lelaki yang baik, dia akan elakkan apa yang kita tak suka tu walaupun dia tak cakap yang dia akan elakkan. Dah namanya ego kan, dia akan diam je bila kita cakap atau tak komen apa-apa. Tapi insya-Allah, kita akan rasa perubahannya.
2. Bila dia marah:
Kalau dia marah, kita diam, Insya-Allah, marahnya juga takkan lama. Kita boleh ubah topik lain dan dia akan layan apa yang kita bualkan dengan baik. Cuma biasalah, perempuankan, sensitif tu lebih. So, lambat sikit nak ubah topik. Dan kita akan diam dalam jangka masa yang lama untuk pulihkan emosi kita. Tapi diam yang lama ni akan menambahkan lagi kemarahan dia.
3. Bila dia senang hati dan happy dengan kita:
Kalau kita senangkan hati dia, dengan sendirinya. dia akan luahkan perasaan kasih, sayang dan rindunya pada kita dalam keadaan yang romantik. Keadaan ni boleh berlaku pada bila-bila masa hatta dalam keadaan yang tak disangka-sangka.
4. Benda remeh bagi dia tapi besar bagi kita:
Bila dia marah, dia akan buat seolah-olah perasaan kita tu remeh je. Tapi sebenarnya, walaupun dia seakan tak tahu perasaan kita, dia faham. Then seterusnya, dia akan cuba sedaya-upaya untuk jaga hati kita dengan caranya tersendiri yang kadang-kadang kita tak faham.
5. Kalau kita buat dia tenang:
Selalunya dia akan bagi apa yang kita nak walaupun permintaan kita tu untuk nanti. Tapi segera je ditunaikan.
6. Memanjakan kita:
Dia akan senang hati melayan kerenah kita atau memanjakan kita sekiranya kita rukun damai je dengan dia. Tak bergaduh, tak jawab apa dia cakap dan tak merajuk. Ingat, merajuk boleh, tapi sikit-sikit je. OK.
7. Sentiasa ambil berat:
Dia nak kita bagi tahu ke mana saja kita pergi dengan detail sebab dia peduli tentang kita. Lelaki adalah satu spesis dia tak suka benda remeh-temeh. Kalau dia dah tetapkan macam tu, ikut jelah. Tak payah dia tanya banyak kali or berkali-kali.
Kontra kan sikap lelaki dan perempuan? Kemahuan juga berlawanan. Sebab tulah kita saling memerlukan. Sebab kita ni puzzle.
Jadi, bagaimana sikap lelaki itu tergantung kepada sikap kita. Begitulah sebaliknya. Tolak-ansur, saling memahami, menghargai, itu paling penting. Dan yang lebih penting, kita kena selalu zahirkan pada pasangan sama ada melalui perbuatan atau kata-kata yang dia tu penting bagi kita serta kita sangat menyayanginya.
Perkahwinan Ladang Pahala Buat Isteri
Aku sering tertanya, kenapa perkahwinan dikatakan ladang pahala buat sang isteri? Kenapa tidak buat sang suami?
Persoalan ini timbul sekejap saja dalam fikiran. Kemudian hilang entah ke mana. Bila jumpa ayat ni then fikir lagi.
Baru-baru ni, aku dengar cerama Ustaz Anan Ataki di Youtube. Ceramah ustaz ni selalu mendapat tempat di hatiku kerana sering membuat hatiku tersentuh. Ustaz dari seberang ini membincangkan isu sabar. Katanya, Sabar itu payah, tapi ganjarannya berlipat ganda. Kenapa Allah sering menyebut orang yang sabar di dalam Al-Quran? Kenapa Allah menjanjikan syurga bagi orang yang sabar? Sebab sabar itu pedih.
Dan aku relatekan dengan insan berstatus isteri. Jadi, aku rasa, aku dapat satu kesimpulan.
Kenapa perkahwinan ladang pahala bagi isteri?
Sebab, lelaki mempunyai ego mereka di mana ego ini bisa merosakkan sesuatu hubungan jika tidak dipadamkan oleh perempuan.
Lelaki ni sukakan benda-benda yang perempuan tak suka buat. Dia sukakan sesuatu yang perempuan malas nak buat. Perangai dia ada masanya membuatkan perempuan marah. Bukan semua perempuan atau isteri sabar dalam melayani kerenah suami. Itu yang kadangkala berlaku perasaan suami terabai. Aku tak salahkan perempuan semata-mata tapi sikap lelaki memang menguji kesabaran. Patutlah Allah menjanjikan syurga bagi isteri yang suami redha akan dirinya. Menyenangkan hati suami pun dah dapat pahala. Aku sangat yakin, isteri yang macam ni, kesabarannya lahir dari kasih sayangnya terhadap sang suami.
Meh kita tengok antara sikap lelaki yang menguji kesabaran perempuan:
1. Ego:
Ego yang kadang-kadang tak bertempat. Padahal boleh je dia mengalah. Tapi selalunya takkan.
2. Hal besar bagi perempuan dianggap remeh:
Perempuan ni suka merajuk. Sebenarnya bila perempuan merajuk, dia nakkan perhatian. Merajuk tu tanda dia sayang. Tapi bagi lelaki, kenapa mesti merajuk, tu perkara simple? Ya Allah, yang ni paling tak boleh belah! Nak merajuk pun perlu ada alasan yang konkrit. Kau rasa?
3. Nak menang:
Kalau memang dia betul tak apalah dia menang. Tapi, dalam perkara yang sudah terang lagi bersuluh dia salah, pun dia nak menang jugak! Kalau perempuan yang jenis pendiam atau lemah-lembut mungkin bagi je dia menang. Tapi untuk perempuan yang tegas dan berpendirian macam aku ni, bukan senang nak adapt to this situation. Tapi sikit-sikit kena belajarlah kalau dapat suami yang jenis macam ni hahahaha
4. Tak boleh jawab apa dia cakap kalau dia tengah marah:
Hadoi, ni pun satu lagi perkara yang bukan semua perempuan boleh tahan. Kalau hujah dia tu tak kukuh dan boleh buat dia kalah, pun perempuan kena senyap walaupun perempuan ada hujah yang lebih bagus untuk menang. Sakit hati tak? Pun kena sabar.
5. Perempuan merajuk, dia twis bagi jadi dia merajuk pulak:
Mesti bengangkan? Kita merajuk dia tak pujuk, lepas tu dia pulak merajuk. Bukan sekadar merajuk, siap nak dipujuk. Selagi tak puas hati dengan kita, selagi tak dipujuk, memang dia hangin je memanjang. Dahlah tu, nak dipujuk dengan cara yang betul-betul buat dia sejuk. Gila kita tak hangin? Hahahahaha.
6. Semua benda kena bagi tahu dia detail kalau dah diminta untuk berbuat demikian:
Benda ni kadang-kadang kita lupa atau remeh je bagi kita. Tapi bagi dia, besar sangat dan boleh buat hangin satu alam. Ada waktunya, kita tak cakap detail sebab nak dia tanya. Kita pun nak tahu jugak, dia alert tak dengan kita? Tapi jangan cuba-cuba nak lari dari apa yang dia tetapkan. Nanti menderita perasaan korang. Hehehehehe...
7. Merajuk kejap je:
Ada masanya, dia sedar dia dah buat silap dan kita merajuk. Dia akan pujuk tapi korang kena cepat baik. Geramkan? Kalau dia merajuk nak kita pujuk sampai dia betul-betul habis merajuk dan puas hati. Tapi kalau kita merajuk, nak kena ikut time dia pulak. Tak boleh merajuk lama-lama. Alasan, tak pandai pujuk. Bukan susahpun nak pujuk, cakap je baik-baik dan yang indah-indah. Tu pun dia malas nak buat. Kalau masa dia merajuk, bukan main lagi!
Tulah antara contoh perkara yang menguji kesabaran isteri dan Allah janjikan syurga. Dulu-dulu ingatkan best je jadi isteri ni. Tapi banyak dugaannya. Namun, kerana cinta dan kasih sayang, ramai je yang jadi isteri.
Tapi korang kena ingat, kalau sebagai perempuan, kita mampu untuk layan semua kerenah lelaki termasuk yang disenaraikan di atas, korang akan rasa cinta dan kasih sayang mereka terhadap korang makin berkembang. Lelaki ni, kalau dia dah sayang, memang dia sayang sangat. Perempuanlah kena jaga dan kekalkan kasih sayang dia orang kepada perempuan.
Nanti aku akan tulis kesan daripada korang layan lelaki ni dengan sabar dan kasih sayang. Kalau dapat lelaki yang baik, tak rugi korang mengalah dan sabar sebab dia akan hargai korang dengan sesungguhnya.
Tapi bukan mudah ya. Kadang-kadang, aku pun menangis bila berada dalam sesuatu situasi yang tertentu. Tu belum jadi isteri.
Sunday, July 21, 2019
Malam Yang Resah
Malam ini adalah malam yang resah. Tuntutan pembelaan telahpun difailkan. Aku faham dan aku redha dengan segala tuntutan balas yang akan MNG buat.
Cuma aku harap, Allah permudahkan urusan kami. Allah bukakan minda hakim dan mahkamah untuk keadilan. Semestinya kami mengharapkan agar mahkamah memberi izin untuk kami berkahwin.
Ya Allah, resah ini hanya Engkau Yang Tahu. Aku tiada tempat untuk mengadu dan memohon. Aku tiada tempat untuk berharap dan mengharapkan belas kasihan melainkan semuanya padaMu.
Resah di pembaringan, aku bangun, duduk, membelai kucing kesayangan yang seakan faham resah ini. Lalu aku teringat, “Jika kita tiada tempat mengadu, jika kita resah, jika kita sedih, jangan takut, sebab kita ada Allah. Allah yang sentiasa menanti hambaNya datang. Allah yang sentiasa ingin mendengar rintihan hambaNya.” Aku lihat masih ada sinar harapan untuk cinta ini terus mekar. Lantas aku meninggalkan katil. Setelah basah air di anggota tertentu, sejadah ku capai. Ku adukan semua padaNya Yang Maha Mendengar. Ku hamburkan segala tangis dan resahku padaNya kerana Dia Maha Mengerti. Di pagi yang sunyi ini, aku mohon Allah sudi melihatku. Sudi mendengar suara ini. Dan semoga Allah mengangkat hajat ini dan memperkenankannya. Sesungguhnya Ya Allah, Engkaulah sebaik-baik penolong. Maka aku sandarkan segala harapan ini kepadaMu Yang Maha Bijak mengatur setiap sesuatu. Sesungguhnya semua dalam pengetahuanMu dan takdirMu. Kami insan lemah. Maka Engkaulah tempat kami memohon pertolongan, sepenuh hati kami.
Aku yakin, Allah tidak pernah menganiaya dan mengecewakan hambaNya. Dan kami juga tidak pernah berniat menganiaya sesiapa.
Sunday, July 14, 2019
Keinginan Yang Ku Pendam
Aku rasa, setiap pasangan yang bercinta pasti merasai apa yang aku rasa.
Apa yang aku rasa?
Ingin menghabiskan masa bersamanya. Ingin dihantar dan dijemput olehnya. Contohnya, esok dan lusa. Esok tu taklah sebab waktu berkerja. Oh ya, aku nak out station. Satu malam je. Fly back to KL lusa.
Dulu-dulu, aku sering dihantar dan dijemput. Tengoklah kalau tak kena time office hour. Aku memang suka bentangkan jadualku kepada pasangan. Lepas tu aku akan slow talk tanya, boleh ke ambil aku kat airport? Or hantar ke airport? Jawapan selalunya tidak mengecewakan dan aku akan rasa happy sangat. Selalunya tak sempat aku slow talk dia dah cakap, nanti saya jemput awak ek. Aku ni lambat sikit, takut susahkan orang or takut orang bosan. Aku je konon jaga takut orang bosan. At last, dia tinggalkan aku jugak.
Tapi... aku tak boleh samakan yang sekarang dengan yang dulu. Dulu, pasangan aku tu duda. Anak pun tak ada dengan dia. So, bolehlah kalau selalu jumpa, nak berhantar dan berjemput. Even naik keretapi turun kat KL Sentral nak balik Wangsamaju pun berjemput.
Lelaki yang aku cintai sekarang ni, suami orang. So, aku tak bolehlah nak buat benda yang sama macam aku buat dulu. Dia banyak tanggungjawab. Aku tak tahu jadual dia. Aku jugak tak tahu jadual yang telah dirancang untuknya oleh familynya. Aku kan berkongsi dahlah tu, orang baru pulak tu. Kenalah sedar diri dan pandai bawa diri. Jangan nanti orang kata mengada-ngada dan demanding. Apapun, keluarganya keutamaannya. Aku ni, tak apalah. Tak perlu nak demand lebih. Kalau orang rasa nak jemput syukur alhamdulillah. Dan pastinya aku sangat gembira. Masa-masa bersamanya amat berharga bagiku.
Esok, book jelah driver. Aku nak orang ambil pukul 5.30 jadi aku dah siap solat. 5.30 tu lepas office hour, tak adalah berebut dengan staff lain kot kecuali ada yang memerlukan time macam tu. Kalau orang nak jemput aku, boleh je aku cancel driver bila-bila masa. No phone dorang kan ada dengan aku. Anytime boleh call or whatsapp. Driver suka je sebab tak adalah dia balik lewat kalau tak jadi jemputku di airport. Macam dulu-dulu aku selalu buat bila orang tak confirm nak jemput, sebagai langkah keselamatan, aku book driver. Bila orang cakap nak jemput, on the spot, aku inform driver then driver tak adalah datang jemput.
Subscribe to:
Posts (Atom)