Dah lama aku nak menulis di sini. Dah lama tidakku curahkan isi hati kat sini. Sebab aku cuba, cuba untuk tak bergaduh. Kadang-kadang, niat aku menulis kat sini untuk luahkan apa yang aku rasa yang aku tak boleh nak cakap direct. Takut jadi gaduh. Dan selama tak menulis tu, aku cuba, cuba untuk pendam semua yang aku rasa. Aku terima je semua apa yang orang buat sebab aku sayangkan hubungan ni. Aku tak nak gaduh-gaduh. Nak hidup happy macam pasangan yang lain.
Tapi, makin aku diam, makin menjadi-jadi. Mungkin sebab orang tak faham kot. Bila aku diam, orang ingat semuanya OK. Bila aku diam, orang fikir aku baik-baik saja. Bila aku diam, mungkin orang ingat aku happy dengan keadaan sekarang.
Jadi pagi ni, aku rasa sedih sangat bila memikirkan keadaan ni. Rasa dah tak tertanggung. Sejak tadi aku nangis. Sebab aku tak tahu nak buat macam mana. Kalau aku luahkan perasaan kat dia, mesti dia marah. Lepas tu gaduh dan aku akan lebih sedih. Takut nanti tulisan aku kat dia menyebabkan dia salah faham. Tapi serius, aku rasa tension sangat. So, aku kena tulis. Aku tak ada sesiapa nak bercerita. Bukan semua orang faham situasi aku.
Aku tak tahu kat mana salahnya aku? Kat mana kurangnya aku? Aku dah cuba, cuba perbaiki diri, cuba jadi lebih sabar, cuba tahankan apa saja perasaan sendiri asalkan dia happy. Dia tak marah dan kami tak gaduh. Sebab tu sikit-sikit hal yang buat aku terasa, aku diamkan. Tak macam dulu, mesti aku nak marah or cakap dan-dan tu jugak. Serius, aku sayangkan hubungan ni. Kalau ada pembaca yang mengikuti blog aku ni sejak 12 tahun dulu, korang mesti tahu aku macam mana.
Satu lagi, selain dari cinta yang mendalam yang mendorong aku untuk perbaiki diri adalah kerana dia pernah cakap, kalau aku jaga hati dia, dia akan jaga hati aku. OK. Aku tolak ke tepi semua ego. Aku cuba untuk jadi orang yang diam bila orang buat something yang aku tak suka. Dengan harapan, segalanya akan baik-baik saja. Setakat tersinggung sikit-sikit tu apalah sangat jika dibandingkan dengan hubungan yang baik, saling berkasih sayang, saling memerlukan, mengambil berat dan bertanya khabar. Lewat Whatsapp pun dah memadai bagi aku kalau tak boleh nak call. Macam dulu-dulu.
Aku selalu tanya apa salah aku? Apa yang aku buat dia tak suka. Tapi dia tak suka aku tanya macam tu. Nanti benda tu yang akan buat gaduh. Aku tanya sebab aku peduli tentang hati dia, tentang perasaan dia. Bila aku tanya, maknanya aku bersedia untuk buat apa yang dia suka janji, kita happy dan bahagia walau pun bukan selalu berdekatan.
Penulisan ni bukanuntuk menghukum siapa salah, siapa betul. Siapa baik dan siapa tak baik. Ini sekadar luahan hatiku tentang apa yang aku rasa. Sebab aku rasa semua benda berlaku ada sebab. Jadi, aku lebih suka untuk tahu kalau aku yang salah. Kalau puncanya datang dari aku.
Sejak akhir-akhir ni, aku rasa dia berubah. Cinta ini tak sehangat dulu. Puas aku renung ke dalam diri, kat mana lagi salahnya aku? Kat mana lagi perlu aku perbetulkan? Aku ni orang yang kurang kasih sayang sejak kecil. Jadi, kasih sayang, kemesraan, itu sangat penting bagi aku. Itu yang akan membuatkan aku menjalani hidup ini dengan ceria dan bersemangat.
Masa awal-awal kenal dulu, ramai yang tegur, aku nampak happy, nampak bahagia dan berseri.
Sekarang ada yang tegur, aku nampak macam kau buat haluan sendiri je sekarang? Aku sekadar senyum dan jawab mana ada.
Aku tak tahu di mana salahnya aku. Sejak-sejak kebelakangan ni, dia tak macam dulu. Jarang sekali ada text buatku sekiranya aku tidak menghantar text dulu kepadanya. Aku bukan berkira atau mempertikaikan siapa hantar text dulu. Cuma membawa kepada persoalan seterusnya, sebab bila aku text, jawabnya ringkas je, ya, dah, belum, OK. Jarang sekali ada text yang panjang. Kalau dulu, dia suka bercerita itu dan ini. Bercerita apa yang dia rasa, apa yang dia buat. Tapi sekarang? Jarang, jarang sangat. Kenapa? Kat mana salahnya aku?
Satu lagi, bila aku text tanya tentang dia, buat apa? Kat mana? Dia sekadar menjawab je. Tak ada pun soalan balas tanya tentang aku balik. Kenapa? Mungkinkah aku ini dah tak penting bagi dia? Kalau dulu selalu tanya aku ok ke tak? Kat mana? Buat apa? Tapi sekarang jarang. Jarang sangat. Kat mana salah aku? Nak dapat text panjang-panjang macam dulu, tersangatlah jarang. Kadang-kadang, aku rasa macam text perbualan tu nak ditamatkan segera. Tak nak berpanjangan dan berlarutan. Kalau dulu, sepanjang hari ada text walau pun taklah berterusan. Tapi sekarang... tak ada dah text lama-lama. Jangan salah faham ek. Text lama-lama ni bukan text balas, text balas. Ada je jarak setengah ja, satu jam, 2 jam, baru balas. Sebab masing-masing ada kerjakan. Bukannya mengadap phone je 24 jam. Tapi sekarang kalau aku text, dah tidur ke? Jawapan, dah nak tidur. OK bye. Macam, nak cepat-cepat tamatkan perbualan. Aku bukan nak berbual panjang. Kalau orang dah nak tidur, mesti aku akan balas, OK la, tidurlah. Tak adalah nak paksa orang suruh text dengan aku.
Malam tadi, aku benar-benar tersinggung. Aku ada sedikit masalah kat rumah ni. Nak bercerita kat dia, aku tahu dia penat sebab mengemas rumah semalam. Aku tahu macam mana penatnya mengemas. Lagi pun, nampak dia jarang online. 2 jam, sejam lebih baru online. So, mestilah dia busy. Dan kalau mengemas ni, mestilah kemas besar-besaran. Nak-naknya orang berkeluarga. Kalau kemas sikit-sikit, takkan sampai macam tu kan? Jadi aku rasa, biarlah. Tak nak ganggu dia dengan masalah aku yang remeh-temeh ni. Walau pun aku tension cuba uruskan sendiri, aku OK je. Cuma sesekali teringat kat dia. Kalau dia ada dengan aku, mesti hal ni tak serumit ni. Mesti dah lama settle.
So, aku up status kat whatsapp yang aku tension dengan emergency ni. Dengan harapan, dia baca bila dia senang. Jadi, taklah aku mengganggu dia. Kalau dah boleh baca status whatsapp, maknanya betul-betul free la kan? Aku tengok dia baca. Tapi tak ada sebarang komen pun. Aku masih lagi positif. Mungkin busy kot. Tak sempat nak tanya khabar aku. Tak apalah.
Tapi, hati jadi berderai bila aku tahu, sebenarnya malam tu dia tak ada buat apa-apapun. Aku dalam kesusahan pun tak boleh ke hantar text tanya kenapa? Ke memang dah jadi pantang larang tak boleh text aku dulu dah sekarang? Dekat ofis pun sama, kat rumah pun sama. Kalau kat rumah lagi teruk. Habis tu, bila masa untuk aku? Aku yang selalu menantikan ada sedikit waktu terluang untuk text atau berbual. Kalau on the way pergi dan balik kerja, tak boleh kacau jugak. Sebab katanya masa tu, masa privasi dia. Masa untuk menyendiri. Agaknya memang masa untuk aku ni memang dah tak ada. Dulu, aku mengharapkan, text tulah masa untuk aku. Yang hanya beberapa kali sehari. Tak apalah kalau tak sekerap masa mula-mula kenal dulu. Sebab mungkin dah tak tahu nak sembang apa. Tapi nampak gayanya, nak selitkan pun susah masa untuk aku tu. Bila aku text pun, rasa macam text aku tu tak dialu-alukan. Rasa macam orang nak cepat je tamat text dengan aku. Dah tak seronok agaknya text dengan aku ni. Kalau ye dah tak seronok bagi tahu, apa yang perlu aku betulkan. Kadang-kadang, aku ni happy sangat text orang. Rasa ceria. Tapi bila terima balasan orang tu, terus jadi down.
Aku tahu, kalau hal malam tadi ni aku cakap direct, mesti jawapan dia, kenapa tak text dia terus cerita masalah aku? Macam mana aku nak buat macam tu? Kalau orang yang membaca dan menerima text tu akan balas macam tak dialu-alukan je text aku ni? Kalau aku cakap macam tu, dia akan kata, aku suka prasangka. Selalu negatif kat dia. Macam mana aku tak negatif kalau dah hari-hari macam tu?
Sampai sekarang ni, aku rasa dah lali kena marah. Sampai dah rasa, tak kisah kena marah. Macam apa yang famili aku buat. Kalau cakap baik-baik tu barulah aku rasa OK, aku kena berubah, kena buat macam ni, jangan buat macam tu. Tapi bila orang marah, aku dah rasa macam, hmmm... nak marah, marahlah. Buat macam tu salah, macam ni salah. Habis nak buat macam mana lagi? Semuanya kena marah. So, biarlah orang marah. Tak guna nak baiki diri pun, sebab orang still akan marah dan terus marah. Kadang-kadang, bila aku cakap something, aku tertanya-tanya, bila nak kena marah ni? Dia tak nak marah ke? Kadang-kadang bila aku text something yang aku rasa dia akan marah, tapi dia tak marah, aku jadi pelik pulak. Macam tulah buruknya kesan marah dalam hidup aku. Sebab dari kecik, dari kecik aku hadap kemarahan orang setelah arwah chek tak tinggal bersama aku. Kadang-kadang fikir, buat pun marah, tak buat pun marah. Suka hatilah, marahlah.
Sebab tu, jangan suka marah-marah. Cakap baik-baik kalau ada apa yang kita suka atau tak suka. Sebab kita dah dewasa. Bukan budak-budak lagi. Bawalah berbincang kalau ada sesuatu yang kurang enak. Aku? Aku sedia untuk berubah. Tapi dalam hubungan, kita perlukan support dari pasangan dan perlu sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Memang adik ada dengan aku. Tapi adik dengan pasangan tu lain. Adik yang ada bersama bila kita susah, tak sama dengan satu text dari pasangan yang bertanyakan khabar kita.