Sunday, February 10, 2019

Jatuh Cinta Rasa Pertama

Jumaat lepas aku ke Courts Mammoth. Saja tengok-tengok set bilik tidur. Tengok queen bed sebenarnya. 



Terjumpalah dengan tilam Latex. Sedang promotion. Harga dari RM2,000.00 lebih jadi RM1,399.00. Sangatlah bestnya! Aku suka yang ada spring. Tak adalah lembut sangat. Tapi lembutlah. Pakkal je mengenangkan takut jadi kahwin tahun ni. Kalau tak, memang aku beli dah tilam tu. Biarlah tak beli katil pun. Tilam je dulu. Katil aku dah ada yang berkenan kat Ikea. Tu pun harga boleh tahan. Dapat tilam je dulu pun OK. So, katil aku ni boleh letak bilik satu lagi untuk adik yang nak duduk kat sini nanti. Sampai hari ni aku duk teringat kat tilam tu.  


Tak apalah. Bukan rezeki aku kot. Allah kan tahu apa yang terbaik. Semoga bila tiba masa nak beli nanti, adalah jugak promotion. So, tilam Latex, kau tetap dalam anganku. Hehehehe...

2 comments:

Kasih Ilham Yasmin said...

hamboi besar angan-angan tu! tak apa. kalau dapat beli harap bertahanlah sampai 30 tahun. jika ia boleh berkata-kata hamper separuh hidup kita tilam tu boleh kisahkan semula.

Tun Teja said...

Hahahaha