Thursday, February 14, 2019
Tilam Impian Menjadi Milikku
Semalam, misi mencari tilam diteruskan dengan berkunjung ke kedai menjual produk kilang di Sungai Buloh.
Dulu-dulu adalah berangan nak pakai tilam macam kat hotel tu. Tapi bagi aku, itu sekadar angan-angan. Mana mungkin orang biasa-biasa seperti aku nak pakai tilam berbelas incikan? Bukan jutawan ni.
Dah namanya berangan, so, tak adalah kisah sangat pasal tilam tu. Janji best, boleh tidur.
Hajat di hati sebenarnya pergi ke sana tu, kotlah, dapat tilam yang sama macam kat Courts Mammoth hari tu dengan harga lebih murah. Kat Courts hari tu harganya RM1,399.00, mana tahu kat sini dapat harga RM800.00 ke? Berangan lagi.
Atau sekurang-kurangnya dapat tilam RM800.00 Ikea yang aku berkenan tu dengan harga RM500.00 ke. Duit bukan banyak sangat. Dahlah paip bilik air dapur problem. Minta duit jugak.
Masa aku dan Mr. Nice Guy sampai kat kedai tu, pintunya tutup separuh. Bila call, dia kata boleh masuk. Dah macam pencuri kami menyelinap masuk. Hahahaha...
Tilam pertama yang aku pegang dan duduk membuatkan hatiku berkata-kata, "Memang hari ni pun aku balik tanpa tilamlah ni. Tilam yang tak berapa best ni pun tebal gila. Ni mahu harga RM10,000.00. Tak apalah. Tak dapat belipun, kita cuci mata jelah. Terapi jugakkan? Nanti balik boleh berangan. Kalau ada rezeki lain kali boleh beli,"
Tak lama penjaga kedai balik. Kami pulak dari satu tilam ke satu tilam kami try. Hayyyooo... Semua tilam luar biasa ni, memang punah harapanku kali ni. Ni lebih teruk dari Courts dan Ikea ni. Fikirku dalam hati. Hancur musnah harapan kau Teja. Berhentilah berangan. OK, keputusan muktamat, beli katil single untuk Hakim je. Selesai masalah aku.
Tilam-tilam dalam tu memang best. Macam tilam hotel lima bintang kau. Tapi duit aku yang tak berapa nak berbintang. So malam malap terus harapanku.
Apa? Kilang ni pembekal untuk Vono, Getha, Sweetdream, Good Night dan macam-macam tilam berjenama? Gila! Memang rasa nak balik terus! Hatiku berkata-kata, "Jomlah abang., balik. Tak yah lama-lama kat sini. Nanti bukan belipun. Buat malu je," Tapi tak boleh nak cakap. Promoter tu selalu dekat kita orang sebab tak ada pelanggan lain. Hayyyoooo... Macam mana nak ajak balik ni?
Alamak! Tilam ni best! Mr. Nice Guy bawa aku duduk kat satu tilam. Wow! tingginya tilam ni. Lembut pulak tu atas dia. Hadoi, aku dah macam jatuh cinta ni. Jap lagi tak boleh move on asyik terbayang-bayangkan tilam best ni. Rupanya tilam ni untuk Getha. Katanya, kalau ada brand Getha, harga tilam ni RM13,000.00. Nak mati? Tidur mati teruslah jawabnya dengan tilam harga senggini. Hadoi, ingat datang sini dapat tilam murah. Ni makin melajukan degup jantung je ni? Salah kedai rupanya. Hampa! Memang taklah aku beli tilam ni! Hmmmm... Tapi hati dah berkenan.
Duduk kat satu tilam lagi. Pun aku suka! Tapi, harganya murah sikit jelah dari yang tadi. Tapi yang tadi tetap pilihan hati.
Aku Tanya Mr. Nice Guy, berapa harga tilam tu kat kedai ni instead of RM13,000.00 kalau ada jenama? Aku bersedia untuk mendengar jawapan yang menghampakan. "RM3,399.00," Pun memang tak boleh-belah! Jomlah kita cabut! Hadoi dia ni, sibuk pulak duk melayan promoter tu.
Datuk Vida pun beli tilam kat sini. Katanya tilam Datuk Vida tu ditambah ketebalan yang bernilai RM17,000.00. Hmmm... Dia tak apalah. Tilam sejuta pun dia mampu beli. Aku ni?
OK, kita berangan jelah tidur atas tilam yang aku minat ni. Nak mati beli tilam harga RM3,000.00 lebih? Tak payah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
jadi beli yang mana? nak rasa tumpang duduk pun jadilah. baca pun dah terkejut belum lagi kalau dapat duduk.
Hahahahaha... Beli yang RM3.399 tu. Yang paling saya suka. Mujur tak beli kat Getha. Kalau tak, RM13,000.00 tu saya simpan beli barang kemas jelah.
RM3,399.00. Salah tulis. Tapi dia bagi diskaun so dapatlah RM2,900.00
wah ok tu. jangan lupa bagi rasa duduk tau. semoga Allah mudahkan jalanmu. hanya mampu doakan yang terbaik buatmu.
Boleh je. Datanglah. Terima kasih atas doamu sahabat. Aku amat menghargai dan mengharapkannya.
Boleh share contact no tempat puan beli tilam dan gambar tilam puan?
0172655266
Boleh share contact no tempat puan beli tilam dan gambar tilam puan?
Sbb saya pun sedang mencari tilam.
0172655266
Boleh share contact dan dan lokasi kilang tilam??
0172655266
Salam puan?
Boleh share lokasi dan dan contact puan beli tilam? Sy pun x mampu nak beli tilam mahal2, kalau dapat beli tilam di tempat puan beli, sy syukur sgt2.
Boleh share ni contact dan nama kilang?
Khaizur 0172655266
Assalamualaikum Puan.. boleh share contact dan nama kilang? Terima kasih
Maafkan saya sebab tak alert dengan komen kat blog ni. Nanti saya cari kad waranti tilam ni untuk dapatkan nombor contact. Saya tak simpan nombor kilang kat phone la pulak
Baiklah, di sini saya sertakan contact nombor tapi ini adalah nombor service contact may be dari sini korang boleh Tanya nombor kedai. Saya bagi alamat dan email jugak:
Setha Malaysia Sdn Bhd,
Lot 960-1, Jln Industri 11,
Kg Baru Sungai Buloh,
47000 Sungai Buloh,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-61512775
Email: sethamalaysia@gmail.com
Post a Comment